“Menyusukan anak kita perlu enjoy..” Ini antara tip yang dipegang oleh ibu muda yang juga seorang influencer, Shazwanie Yazip yang berjaya menyusukan anak sulungnya sehingga dua tahun secara eksklusif dan kini sedang menyusu pula anak kedua berumur 5 bulan.
Berkongsi pengalaman penyusuannya kepada Pa&Ma, Shazwanie atau mesra dipanggil Wanie menyatakan sebagai ibu muda kadang-kadang ada juga rasa stres. Tambah lagi ketika baru menimang cahaya mata pertama sebelum ini.
“Dengan tiada ilmu tetapi memang berniat nak menyusu anak, banyak saya belajar dari anak pertama, Lashira. Walaupun waktu itu rasa hampir berputus asa, bila tengok anak menyusu, kita rasa macam satu kepuasan pula.
“Sedar tak sedar, berjaya juga menyusu Lashira sehingga usianya dua tahun sebelum mengandung anak kedua. Selepas kelahiran anak kedua, alhamdulillah setakat ini susu masih lagi meriah seperti kakaknya dulu,” katanya.
Amalkan minum susu kambing
Tambah Wanie lagi, ramai juga yang bertanya apa tip yang saya amalkan untuk susu sentiasa ada walaupun tengok saya kurus je.
“Bila orang tanya jawapan saya hanya amalkan minum susu kambing setiap hari dari mula-mula mengandung anak pertama sehinggalah sekarang. Memang ini amalan yang tak pernah saya tinggalkan dan minum tiga kali sehari iaitu pagi, petang dan malam.
“Selain susu kambing, kurma juga antara menu wajib yang saya ambil sebagai snek harian kerana ia antara yang membantu susu meriah dan berikan mood kita sentiasa happy. Bukan itu saja, sepanjang menyusu juga saya tak pernah nak diet. Mungkin ini juga yang menyebabkan pengeluaran susu sentiasa banyak.
Ads
“Nasi memang diambil setiap hari. Tak ada pantang-pantang pun. Walaupun makan banyak, mungkin sebab menyusu, jadi berat tak pernah naik mendadak. Ini je rahsia saya,” ujarnya.
Elak makan masam, kurangkan pedas
Kongsi Wanie lagi, walaupun semua makanan diambil, ada juga sesetengah makanan seperti yang masam dan pedas dielakkan. Bukan apa pernah sebelum ini ambil dua jenis makanan ini, anak cirit birit.
Jadi terpaksa beringat juga jenis makanan yang diambil sebab kesannya pada anak lepas minum susu. Jadi jika teringin sangat ambillah sikit untuk rasa.
Ads
Tak pernah buat stok susu
Sementara itu, sepanjang menyusukan Wanie menjelaskan dia tak pernah pun pam susu untuk buat stok. Semuanya diberi secara terus mengikut waktunya. Memang tak ada istilah stok susu.
“Mungkin juga sebab Wanie kerja dari rumah dan anak-anak sentiasa ada bersama. Jadi stok susu itu memang tak pernah buat. Walaupun penat anak asyik mengempang tapi seronok.
“Lenguh badan, tak cukup tidur tu biasa tapi sebab kita betul-betul bertekad semua itu jadi mudah. Pernah juga berikan anak susu Wanie yang diletakkan dalam botol tetapi anak terus menolaknya. Bila hisap hanya main-main dan meleleh di tepi bibir,” katanya.
Imun badan anak jadi kuat
Ads
Lagi satu Wanie tengok, keajaiban susu ibu ini anak-anak Wanie memang jarang sakit. Jika nampak dia tak sihat, mula nak demam, Wanie akan banyakkan dia menyusu pada hari berkenaan dan sentiasa peluk.
Mungkin ini kebetulan tapi memang Wanie bersyukur sangat-sangat. Bukan saja anak dapat menyusu, hubungan anak dengan kita pun jadi rapat.
Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be! Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021. Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya. Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.
Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sikap ibu bapa mempengaruhi anak-anak. Apa yang anak lalui masa kecilnya semua akan mempengaruhi keperibadian. Elok yang dia lihat dan dengar, itu yang dia simpan dan jadikan panduan untuk membesar.
Begitu juga dalam mendapatkan ketenangan. Kadang kita sebagai ibu bapa cepat rasa nak marah, gelisah dan sesekali rasa tak kena je. Mungkin faktor penat pun salah satu puncanya. Jadi dalam hal ini cubalah amalan berzikir lepas solat atau waktu terluang.
Hanya beberapa minit kita luangkan, manfaatnya cukup luar biasa untuk hati kita. Mungkin ni juga salah satu terapi ketenangan untuk kita yang menjadi ibu bapa. Dalam zaman sekarang ni ramai yang stres dengan kerja, keluarga dan kewangan. Sekurang-kurangnya dengan cara ini dapat melegakan hati yang kusut.
Bagaimana untuk mendapat ketenangan? Ini yang dikongsikan oleh Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar
Lepas solat kita di suruh berzikir. Biasalah ada yang berzikir. Ada yang bangun terus. Zikir ada kesan langsung pada otak. Kesan hebatnya pada Prefrontal Cortex. Zikir secara khusus tingkatkan aliran darah di PFC.
Kesannya, otak lebih cerdas. Lebih pantas memproses. Lebih tepat prosesnya. Apa zikirnya? Sebutlah LA ILAHA ILALLAH. Perlahan. Satu persatu.
Rasakan getaran itu. Nikmati kuasa baharu otak. Teruskan alunan itu. Biar sebati dengan diri. Biar menjadi nadi berdenyut tanpa henti.
Lihat gambar imbasan otak. Belah kanan sebelum. Belah kiri selepas zikir. Otak lebih aktif. Tenang dan damai.
Mohon SHARE. Biar merakyat zikir ini.
Sementara itu, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Ranitururt berkongsi amalan zikir ini setiap pagi boleh beri pahala berlipat kali ganda dan hapuskan dosa lama.
Setiap pagi, ulangi dan bacalah zikir ini, Allah menyediakan pahala berganda, menghapuskan dosa lama.. bacalah dan ulangilah sahaja, dibibir kita dan dihati kita.. hanya ada DIA.. Allah yang maha kuasa..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang membesar pasti sekali-sekala terdetik di hati kenapa susah sangat anak nak dengar cakap. Adakah kita tahu rutin harian membasuh beras yang dilakukan itu sebenarnya rahsia paling mudah nak jadikan anak-anak lembut hatinya dan menjadi soleh dan solehah.
Tapi sebelum anda sering menyalahkan anak kerana sikapnya sedikit degil atau keras kepala sebagai ibu bapa kena teliti cara anda melayan dan mendidik mereka. Adakah terlampau garang atau terlalu dimanjakan?
Perkongsian dari Facebook Ustaz Abdullah Khairi dia memberi tip paling mudah nak diamalkan hanya dalam beberapa minit saja.
Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras. Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh?
Lagi satu pesan orang tua-tua, setiap kali kita nak sediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras ikut lawan putaran arah jam.
Kadangkala kita lupa nak buat. Jadi sangatlah rugi jika tak diamalkan. Ok mulai hari ini apa kata setiap kali nak membasuh beras jadikan doa ini satu amalan kerana banyak sangat manfaatnya.
Bukan sahaja untuk lembutkan hati anak tetapi boleh juga lembutkan hati pasangan dan diri ibu sendiri pun sentiasa berada dalam keadaan tenang.
Ini juga yang selalu di pesan Rasulullah SAW doa adalah satu ibadah dan senjata orang beriman dalam apa saja keadaan.
Jika isteri tak boleh tegur suami, maka siapa lagi yang boleh? Orang tua kita? Adik beradik kita?
Mereka tidak tinggal sekali dengan kita. Jika mereka tinggal sekali dengan kita pun, mereka tidak tahu perangai sebenar kita sebab kita tak tunjuk apa dan siapa diri kita yang sebenar pada mereka.
Tapi kita tunjuk pada isteri. Kita tinggal dengan isteri, kita tidur sekatil dan sebantal dengan isteri.
Jadi, sekiranya teguran isteri itu mencalarkan ego kita sebagai suami, menjatuhkan kedudukan kita sebagai suami, maka siapa lagi yang boleh tegur kita?
Sampai bila-bila kita takkan boleh memperbaiki diri, bermuhasabah diri andai kata tiada siapa pun yang boleh menegur diri kita sendiri.
Sentiasa merasakan diri tu betul dan sentiasa merasakan diri itu tidak salah maka, tunggulah saja teguran dari Allah SWT yang mana lebih dahsyat dan lebih besar kesannya daripada teguran dari orang-orang di sekeliling.
Ingatlah bebelan isteri atau peringatan isteri itu bukan ayat yang membosankan. Tapi itu tandanya dia sayang dan nak jaga suaminya dengan baik. Andai satu hari nanti, tiada lagi ingatan atau pesanan dari orang yang paling dekat, pasti ia akan dirindui.
Buat isteri, anda juga harus sentiasa tahu suami adalah insan yang sentiasa susah senang bersama. Hargailah dia sebaiknya. Jangan selalu samakan kehidupan kita dengan orang lain.
Layarilah rumah tangga ini dengan penuh nilai kasih sayang dan berdoalah agar dipermudahkan urusan untk terus mencapai kebahagiaan dan rumah tangga sentiasa dirahmati Allah.