Ramai wanita tertanya-tanya, betul ke tak boleh minum teh masa haid?
Ada yang kata boleh, ada yang kata tak elok. Jadi, jom kita dengar penjelasan daripada Dr. Zubaidi teh mana yang baik, teh mana yang patut dielakkan ketika datang bulan!
Kesan Minum Teh Ketika Haid
Sebenarnya tidak ada larangan untuk minum teh semasa haid, tetapi ia bergantung kepada jenis teh dan kesan individu terhadap tubuh.
Contoh teh herba (seperti chamomile, peppermint, atau ginger tea) membantu melegakan kekejangan, kembung, dan rasa tidak selesa.
Chamomile tea, khususnya, mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan kesakitan.
Teh hijau pula kaya dengan antioksidan dan boleh membantu mengurangkan kelesuan atau keletihan.
Ads
Namun cuba elakkan teh berkafein tinggi (seperti teh hitam atau teh oolong) ketika haid.
Ini kerana kafein boleh meningkatkan dehidrasi dan menyebabkan kekejangan lebih teruk pada sesetengah individu.
Kafein juga boleh meningkatkan kegelisahan atau perubahan mood.
Elakkan juga teh yang terlalu manis. Gula tambahan boleh menyebabkan kembung atau membuat simptom haid lebih ketara.
Ads
Jadi secara umumnya, teh herba adalah pilihan terbaik semasa haid kerana sifat menenangkannya.
Namun, teh berkafein tinggi mungkin tidak sesuai jika puan sensitif terhadap kafein.
TAMBAHAN INFO: MAKANAN UNTUK HAID YANG BAIK UNTUK DIMAKAN
1. AIR MASAK
Ads
Minum banyak air masak semasa datang haid amatlah penting. Kekal terhidrat boleh mengurangkan peluang anda untuk mendapat sakit kepala dan dehidrasi yang merupakan gejala normal ketika haid.
2. BUAH-BUAHAN
Buah-buahan yang kaya dengan air seperti tembikai dan timun adalah bagus untuk kekal terhidrat. Buah-buahan manis boleh membantu mengekang keinginan gula dalam badan. Tanpa perlu makan banyak gula halus yang boleh menyebabkan paras glukosa meningkat dan menurun.
3. SAYURAN BERDAUN HIJAU
Merupakan perkara normal apabila mengalami penurunan tahap zat besi semasa haid, terutamanya jika aliran haid anda banyak. Ini boleh menyebabkan badan keletihan, sakit badan dan pening.
Sayuran berdaun hijau seperti kangkung dan bayam boleh meningkatkan tahap zat besi dalam badan kerana kaya dengan magnesium.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Polis menahan seorang pemandu van selepas rakaman video memaparkan tindakannya menurunkan dan mengambil dua pelajar sekolah ketika kenderaan masih bergerak tular di media sosial. Perbuatan tersebut bukan sahaja mengundang risiko terhadap keselamatan pelajar, malah turut membahayakan pengguna jalan raya lain.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan video berdurasi singkat itu selepas ia dimuat naik di akaun Facebook Malaysia Baru New semalam sekitar jam 5.43 petang.
“Hasil semakan mendapati van berkenaan dalam keadaan bergerak ketika menurunkan serta mengambil dua pelajar sekolah. Tindakan itu jelas membahayakan kerana pelajar berisiko terjatuh atau dilanggar, selain boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Pemandu Berusia 59 Tahun Ditahan
Susulan pendedahan tersebut, polis berjaya mengesan serta menahan pemandu van terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun bagi membantu siasatan.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman berat ke atas pemanduan secara melulu atau berbahaya.
Polis menegaskan pihaknya memandang serius isu keselamatan pelajar sekolah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu yang mengambil mudah tanggungjawab membawa murid.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pesakit Atrofi Otot Spina (SMA) yang memerlukan suntikan Zolgensma bernilai lebih RM9 juta bagi mengubati penyakit genetik dialaminya akhirnya mendapatkan ubat berkenaan semalam.
Reese Tan Rui Xin yang kini berusia 19 bulan berjaya mendapatkan suntikan itu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas kutipan dana yang dilancarkan pertubuhan kebajikan One Hope Charity and Welfare akhir tahun lalu membuahkan hasil.
Sumber foto: Harian Metro
Pengerusi badan pertubuhan berkenaan Datuk Chua Sui Hau, berkata keadaan kanak-kanak perempuan itu kini dilaporkan stabil dan memuaskan selepas menerima suntikan berkenaan.
“Ubat genetik Zolgensma tiba di Malaysia pada minggu lalu dengan kos belian keseluruhan bernilai sekitar RM9.13 juta atas kadar pertukaran wang asing yang berbeza.
“Bagaimanapun kini semuanya sudah selesai dan kanak-kanak ini sudah pun menerima suntikan ubat genetik berkenaan dengan keadaannya stabil serta memuaskan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Jelasnya, Reese sebelum itu dimasukkan ke wad semalam untuk menjalani pelbagai saringan kesihatan sebelum menerima prosedur suntikan ubat genetik itu.
“Keputusan ujian menunjukkan bahawa keadaan adik Reese adalah sesuai untuk menerima suntikan ubat genetik terbabit dan prosedur suntikan ubat genetik Zolgensma dijalankan dengan sempurna hari ini.
“Saya yang berpeluang menyaksikan prosedur suntikan ini mendapati proses memakan masa lebih kurang satu jam dan reaksi Reese semasa menerima suntikan adalah baik dan normal,” katanya.
Sumber foto: Harian Metro
Menurutnya, ibu bapa kepada kanak-kanak itu juga menunjukkan rasa teruja apabila impian untuk melihat anak mereka kembali sihat tercapai.
“Buat masa ini, Reese masih perlu berada di wad rawatan untuk proses pemerhatian oleh pakar perubatan.
“Pihak kita ingin berterima kasih sekali lagi kepada semua penderma yang menjayakan kempen mengumpul dana yang dilancarkan akhir tahun lalu,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan, suami isteri iaitu Rachel Chung, 38, dan Jason Tan, 47, buntu bagi mencari dana untuk mengubati penyakit genetik anak bongsu perempuan mereka.
Aktor Datuk Fizz Fairuz secara terbuka memberitahu menerima keadaan fizikal isterinya, Datin Almy Nadia yang dilihat berisi berbanding sebelum memiliki cahaya mata.
Menerusi laporan Kosmo! Online, Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin berkata, dia akan terus menyayangi Almy yang juga seorang aktres kerana tidak kisah dengan perubahan fizikal dialami isterinya.
“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah. Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (berisi),” katanya.
Pelakon berusia 44 tahun itu berkata, dia bersyukur mempunyai pasangan hidup yang memikul tanggungjawab sebaiknya terutama dalam soal menguruskan anak-anak.
“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.
“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” ujarnya.
Kongsi pelakon filem Munafik itu lagi, dia pernah memberi galakan kepada isteri untuk menurunkan sedikit berat badan secara selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.
“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?
“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Fizz dan Almy berkahwin pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 6, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah, 2.
Sayu luahan hati isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang di...