Kehamilan

Kalau Tak Suka, Paksa Diri! Minumlah Susu Sebagai Persediaan Untuk Hamil

Share

Semasa wanita merancang untuk hamil ataupun menyusu, penting untuk mereka memenuhi keperluan khasiat yang diperlukan kedua dua ibu dan anak dalam kandungan.

Ramai dari wanita yang saya jumpa tidak suka minum susu. Tetapi terpaksalah minum untuk kesihatan anak dalam kandungan, apabila mereka hamil.

Sudahlah tak suka minum susu, banyak pula jenama di pasaran. Tidak tahu mana yang terbaik.

Badan kita memerlukan pelbagai nutrien penting seperti asid folik / folat, dha, asid lemak omega 3, prebiotik, kalsium dan Besi, untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi kita.

Sebagai ibu, penting untuk kita membekalkan nutrien penting ini kepada diri sendiri dan bayi pada peringkat ini.

Namun saya mencadangkan agar minum susu yang segar kerana ia tidak mengandungi gula yang ditambah sepanjang 3 trimester kehamilan.

Susu segar juga kaya dengan kandungan asid folik yang berfungsi menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin. Ini akan mengurangkan risiko kecacatan semasa lahir.

Selain itu susu segar mengandungi kalsium tinggi, zat besi dan vitamin C dan E yang mempunyai manfaat penting untuk pertumbuhan mental anak yang akan dilahirkan.

Susu segar adalah terbaik untuk ibu hamil yang mengalami anemia kerana membekalkan zat besi, vitamin B complex & vitamin C yang cukup untuk penghadaman & pembentukan sel darah merah yang sihat.

Sesekali elok mengambil yogurt segar atau minuman yogurt kerana ini mengandungi nutrien Prebiotik yang boleh membantu menjaga kesihatan sistem pencernaan & mengurangkan sembelit yang jika dibiarkan menyebabkan buasir.

Jadi bagi wanita yang bersedia dan berusaha untuk hamil, terus amalkan minum susu segar dan sesekali ambillah yogurt segar atau minuman yogurt. Seorang wanita tidak mengetahui bila dia telah hamil, kecuali selepas melakukan ujian UPT dan ultrasound setelah 6-8 minggu kehamilan.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa