Selain serbuk ikan bilis dan serbuk ayam yang dihasilkan sendiri sebagai perasa dalam makanan anak, resipi yang satu ini pasti buat anak makan bertambah. Bubur yang selama ini lambat hendak dihabiskan pasti licin. Perasa minyak bawang putih yang dikongsikan oleh Puan Scha Sharudin ini mama wajib cuba.
Minyak bawang putih yang dihasilkan daripada tumisan bawang putih ini bukan hanya menambah rasa dalam makanan anak terutama bubur bahkan juga cukup baik untuk kesihatan tubuh badan malah sifat anti bakteria yang terdapat di dalam bawang putih baik untuk melawan jangkitan. Jom kita cuba. Cara hendak menyediakannya juga teramatlah mudah.
Paling penting bukan hanya untuk makanan anak kecil bahkan ia boleh digunakan seisi keluarga terutama dalam penyediaan sup, bubur dan sebagainya.
Minyak bawang putih sebagai penambah perisa especially dalam sup dan bubur. Memang sangat sedap! Masa nak makan ambil minyak tu sikit je. Lebihkan bawang. Cedok bawang dulu lepas tu titik minyak dalam 2,3 titis. Sedap je bau dia. Baby pun makan banyak.
Bahan-bahan:
Bawang putih
Minyak
Basuh dan keringkan bawang putih. Masukkan ke dalam chopper.
Masukkan minyak dan bawang dalam kuali. Tak perlu tunggu minyak panas baru masukkan bawang.
Sentiasa kacau bawang putih takut terhangit. Nanti jadi pahit. Siap. Dah boleh simpan dalam bekas dan tak perlu letak dalam peti ais.
Nak makan just ambil and letak dalam makanan baby je.
Family friendly sebab yang ni maknya pun suka and jugak bagus untuk kesihatan. Saya buat agak-agak tahan dalam 2 minggu je tak pernah lebih takut berbau.
Bawang putih redakan masalah pernafasan anak
Bayi sangat mudah dijangkiti selsema, demam, pneumonia, asma, dan masalah pernafasan yang lain. Oleh kerana sifat anti bakteria yang sangat kuat, bawang putih dapat membantu melawan jangkitan ini. Mama boleh menyediakan sup bawang putih sebagai salah satu usaha untuk meredakan selsema malah melegakan pernafasan anak.
Kandungan minyak dalam bawang putih membantu membuka saluran pernafasan malah meredakan si kecil ketika waktu tidur. Bawang putih juga mengandung antibakteri dan antivirus, yang efektif melindungi bayi dari terkena selsema.
Bukan itu sahaja malah bawang putih yang dibakar dan kemudiannya dicampurkan dalam minyak sering dijadikan amalan orang-orang tua dalam menyembuhkan selsema bayi ketika waktu tidur. Hanya sapukan pada dada, belakang badan, tapak kaki bagi melegakan bayi sepanjang malam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI