Kekeluargaan

Mira Filzah Rancang Tambah Anak Kedua Tahun Depan, “Amir Suka Berkawan”

Share

Mahu menambah cahaya mata. Begitu kata pelakon Mira Filzah yang mengakui tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki oleh Allah SWT untuk menimang cahaya mata kedua.

Tambah ibu kepada Wan Khai Amir ini, dia dan suaminya merancang untuk menambah cahaya mata namun mereka menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

“Ada juga perancangan nak menambah sebab anak (Amir) pun dah berusia dua tahun. Amir pun suka berkawan, dia dah pergi sekolah sekarang.

“Dia pun ada sepupu jadi nampak lah dia suka berkawan.

“Saya cuma go with the flow. Tapi sekarang saya masih lagi dalam projek. InsyaAllah kalau ada rezeki tahun depan,” kata Mira.

 

Berkongsi perkembangan terkini anak sulungnya itu kata Mira, Amir semakin lincah dan gemar explore apa yang ada disekelilingnya.

“Masa kecil 6 ke 8 bulan dia banyak masuk komersial dengan saya tapi bila dah 2 tahun ni, dia tak suka sangat kamera.

“Dia masih explore apa yang dia suka. Saya nak dia membesar macam kanak-kanak biasa, main di taman dan sebagainya,” tambahnya berkongsi.

Terdahulu, Mira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Wan Khair Amir yang kini berusia dua tahun.

Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!

MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil

Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Published by
SRM