Setelah sebulan lebih menempuh PKP, perut diraikan dengan begitu meriah. Apa kata puasa ini kita sahut cabaran untuk berdiet pula. Mana tahu selepas PKP boleh jadi slim dan mencapai berat yang diidamkan.
Jika sebelum ini kita sediakan oat dengan buah-buahan dan yogurt yang disiapkan dan dimakan ketika sahur, apa kata kali ini kita ubah kelainan dengan Rolled Oat Susu ini pula. Resipi diet simple yang dikongsikan oleh Ilifah Adnan ini sebenarnya disediakan untuk menu diet di malam hari. Apa kata kita ubah untuk sajian sahur nanti. Terbaik!
Resipi wajib cuba: Stok Pati Kurma Untuk Sahur Paling Mudah Nak Sedia, Perut Tahan Sampai Berbuka
Assalamualaikum. Nah payung sikit menu diet express. So, sesiapa yang ON DIET tu, boleh try jugak resepi ni untuk dinner. Memang cepat kenyang dan rasa kenyang lama. Banyak khasiat pulak tu. Yang bestnya, senang je ‘masuk toilet’.
Resepi senang jek:
Oat
Susu
1 sdt Chia seed
1 atu 1/2 sdt Ceylon cinnamon
Kismis
Campur air panas sampai oat lembut.
Kismis (campur last sekali masa nak makan). Boleh jugak nak campur terus, tapi pastikan air dah suam sikit.
Siap!
Tips:
* Oat tu beli yang rolled oat taw. Suka hati nak makan banyak mana.
* Ifah pakai susu tepung je. Nak pakai susu dutch lady low fat boleh jugak, tapi rendam lama sikit la.
* Bila air dah suam sikit baru masukkan kismis.
Selamat mencuba!
Resipi wajib cuba: Dumpling Soup Homemade Di Rumah Dengan Kos RM9 Sahaja, Awesome!