Misi Labour Room Ni Garang, Sebijik Singa Betina! Sebelum Sindir Tu Baca Perkongsian Doktor Ni

Share

Ada yang cakap mereka kasarlah, kurang ajarlah. Tak reti cakap lemah lembut lah. Ramai orang cakap jururawat tak ada hati perut, orang tengah sakit nak bersalin dia siap sindir-sindir, marah-marah. Tak ada belas kasihan. Tak sekolah lah.

BETUL KE?

Misi di labour room semua memang orang yang otai-otai. Besar-besar badannya. Sangat senior. Mereka ni memang terer lah dalam bidang memberanakkan orang ni. Kebanyakan mereka adalah bidan-bidan terlatih, tangan mereka ialah tangan rahmat yang menyambut sudah ratusan malah ribuan khalifah kecil yang lahir ke dunia. Tangan-tangan mereka adalah tangan tangan suci yang terpilih untuk menyentuh bayi anda buat kali pertamanya sebelum anda sendiri menyentuh anak anda sendiri.

Tuan tuan dan puan-puan sekalian,

Tugas kat labour room bukan tugas yang mudah. Labour room adalah sebuah tempat yang seperti roller coaster, tak boleh jangka apa yang akan berlaku. Kejap aman dan tenteram, tetiba boleh jadi medan perang tunggang terbalik sana-sini.

They are working under stress. Adalah perlu faham bahawa labour room hospital kerajaan sentiasa sibuk dengan pesakit yang tak henti-henti. Sebaik seorang ibu yang sudah hendak melahirkan masuk ke labour room, maka bermulalah debaran dan tekanannya. Yang pastinya, hasrat dan impian setiap staf yang bekerja di labour room itu ialah, setiap ibu yang masuk, akan keluar berdua bersama anak mereka yang selamat dilahirkan.

Untuk sesiapa yang pernah melahirkan anak, proses kelahiran adalah proses yang penuh mencabar, menyakitkan, dan memerlukan semangat kuat dan kental, baik dari pihak ibu dan ayah, dan juga kerjasama mereka dengan staf yang terlibat.

Di dalam kesakitan melampau ini ada yang menjerit sekuat hati mereka, ada yang menangis, ada yang bagus berselawat dan berdoa supaya proses kelahiran berjalan lancar, ada juga ya yang mengeluarkan kata-kata kesat belum lagi menyebut mereka yang menendang staf labour room.

Boleh saya katakan pesakit berada dalam keadaan yang sangat vulnerable ketika mereka hendak melahirkan. Keluarlah segala kerenah, segala perangai, segala ragam, segala attitude – tanpa mereka sedari.

Tahukah anda semasa melahirkan anak, misi yang anda kecam dan hina inilah yang bersusah payah membuang air kencing di atas tilam, setlekan najis yang pelbagai warna, bentuk dan bau – bukan baby punya tau, bermandi air mentuban.

Sabar je dorang, tak pernah komplen pun layan karenah pesakit. Belum lagi yang macam mak-mak bagi kata semangat urut-urut belakang, urut-urut kaki yang cramp.

Misi ‘singa’ ni tak mintak pun apa-apa. Tapi saya nak anda semua sekurang-kurangnya jangan la herdik mereka, bagilah ucapan terima kasih – sejuk sikit hati, ilang penat. Ye tak?

Saya bekerja dalam perkhidmatan kesihatan wanita ni bukannye setahun dua, dan saya tahu misi-misi ‘singa’ ni lah yg sentiasa jaga kebajikan pesakit, mahupun kebajikan Doktor sendiri. Pendek kata, saya sendiri tak pernah la berlapar bila bertugas oncall. Ada je makanan!

Terima kasih bidan terlatih, kerana jaga semua pesakit saya tanpa jemu.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Published by
Wan Amy