Bagi yang pernah bersalin di hospital kerajaan pasti pernah sesekali tu terdetik di hati “Garangnya Misi Labour Room”. Memang waktu kita rasa sakit, macam-macam yang kita fikir. Tapi sebenarnya itu semua untuk kebaikan ibu-ibu.
Bila kita ingat semula, kita mesti akan anggap, misi labour room ini sebenarnya seperti seorang ibu yang garang tapi sayang pada anaknya. Bukan senang ya nak uruskan ibu bersalin setiap masa jika tak ada kesabaran.
Lagi-lagi bab nak menyambut kelahiran dan selepas bayi dilahirkan. Tanggungjawab tu sangat besar kerana melibatkan nyawa dan sebolehnya mahu dielakkan. Bukan itu saja, jururawat yang bertugas juga perlu memeriksa maklumat ibu dan bayi berulang kali untuk memastikan maklumat tepat. Jika berlaku kesilapan ia akan mendatangkan masalah pada semua pihak terlibat.
Memandangkan tular kes tertukar bayi, jururawat yang bertugas di bahagian labour room, Nurul Syazwani Razali berkongsi skop tugas dan amanah besar seorang ibu yang sedang bertarung nyawa melahirkan anak.
Ikuti perkongsian Nurul Syazwani Razali di bawah ini.
Check berulang kali Viral betul isu tertukar baby vs tag baby hari ni. Itu juga salah satu skop kerja harian aku di labour room HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah).
Lepas ibu bersalin kita sendiri tunjuk kat ibu jantina baby then suruh ibu sendiri sebut ya dapat baby apa (jantina).
“Puan dapat anak apa?”
Letih lepas beranak pun saya akan pastikan ibu sebut sendiri, girl or boy.
Baby keluar je siap-siap buat tag, tunjuk lagi kat ibu.
“Puan, tengok ejaan nama puan betul tak, tengok nombor pendaftaran puan sama dengan tag baby ni?
Ads
“Tag baby ni kita pasang kat kaki baby ye puan.
“Nombor pendaftaran tu MESTI sama dengan nombor kat tangan puan.”
JELAS DAN NYATA.
Lepas check semula dengan ibu, kita akan counter check pulak dengan staf yang conduct (tangani) baby tu. Ulang pulak lagi sekali dengan ibu,
“Puan nama apa ya?
“Dapat baby apa?
“Baca nombor kat tangan puan mesti sama ya dengan tag baby.”
Begitulah rutin skop kerja aku kat labour room. Sebab kita lah frontliner, orang pertama yang sambut kelahiran baby.
Ads
“Ulang sampai lebam” Tak habis lagi ya puan-puan, lepas beranak kita ambil pulak baby nak cuci bersih-bersih cucuk Hepatitis B (vaksin) dan vitamin K.
Settle bab cucuk-cucuk baby, pass pulak baby kat ibu, tanya lagi ibu soalan sama ya. Ulang-ulang sampai lebam.
Ni baru kat labour room je berapa kali ulang yang sama, jangan la you all jawab dah la tadi kan dah tanya!
Kadang aku menyirap kalau ibu jawab macam tu, ya tahu penat sakit beranak tapi kalau jadi kes tertukar macam ni, you all nak salahkan siapa? Nurses jugak.
Settle semua jahit, nak hantar balik wad, nak pass over pulak kat staf wad, first mereka akan check TAG BABY ya kawan-kawan. Tanya lagi mak soalan sama.
Haa nampak tak, kita punya protect you all tak tertukar baby tu macam mana.
Ads
Sekian bebelan as a misi yang bekerja di labour room.
Ya Allah minta dijauhkan benda tak diingini, apa la nasib nurse tu ya? Kalau kena buang kerja, kesiannya. Yela bukan sengaja kan tapi kesalahan ni berat.
Moga kami semua dilindungi dari benda bukan-bukan, amiin ya Allah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Sesetengah anda mungkin takut untuk hamil kerana anda akan kehilangan bentuk tubuh anda. Kebanyakan wanita selepas hamil akan mendapat bentuk tubuh yang lebih besar berbanding sebelum kehamilan mereka. Bagi ramai wanita, kehilangan berat badan selepas kehamilan adalah suatu perkara yang amat sukar. Namun, mengapa biasanya ibu sukar turun berat selepas melahirkan anak?
Sebab mengapa sukar turun berat badan selepas bersalin
Keupayaan setiap ibu untuk menghilangkan berat badan selepas bersalin adalah berbeza. Terdapat ibu yang cepat mendapatkan kembali berat badan mereka sama seperti sebelum mengandung. Walau bagaimanapun, terdapat juga ibu yang memerlukan bertahun-tahun untuk menurunkan berat badan mereka. Hakikatnya, terdapat juga ibu yang terus naik berat badan selepas bersalin, dan akhirnya menjadi obes.
Kehilangan berat badan bukanlah perkara yang mudah. Anda perlu berusaha keras untuk mendapatkan berat badan anda kembali. Antara perkara yang membuatkan anda sukar turun berat selepas bersalin adalah:
Stres dan letih
Kedua-dua ini biasa berlaku kepada ibu bapa baru semasa bulan-bulan terawal selepas kelahiran. Stres dan letih boleh mencetuskan anda untuk makan lebih banyak supaya anda akan dapat simpan banyak kalori dalam tubuh. Ini pastinya membuatkan anda jadi lebih sukar untuk menurunkan berat badan.
Kurang tidur
Kurang tidur juga boleh menyebabkan anda stres dan letih. Ini kemudiannya boleh mempengaruhi tahap hormon dalam tubuh anda yang mengawal atur selera makan anda.
Stres pada tubuh juga boleh menyebabkan hormon kortisol (hormon stres) meningkat. Ini boleh menyebabkan ketidakupayaan dalam tubuh ibu untuk memetabolisma kalori dengan berkesan. Maka, metabolisma tubuh akan lebih perlahan yang membolehkan lebih lemak untuk berkumpul dalam badan. Tahap kortisol dalam tubuh juga boleh meningkat jika ibu bersenam terlalu banyak.
Jarang-jarang bersenam
Tidak pernah, atau jarang bersenam boleh membuka peluang untuk kalori terbina dalam badan, menyebabkan berat menaik. Tidak bersenam juga boleh memperlahankan metabolisma tubuh anda. Tambahan pula, metabolisma anda akan semakin perlahan dengan pertambahan usia anda. Kesemua perkara ini boleh menyebabkan anda tidak turun berat badan dan sebenarnya meningkatkan lagi berat badan anda.
Lemak tersimpan selepas kelahiran
Tubuh ibu menyimpan lemak sebelum kelahiran untuk mempersiapkan tenaga bagi penyusuan. Simpanan lemak ini tidak mudah untuk dihapuskan, terutama bagi anda yang tidak menyusukan bayi secara eksklusif.
Menurut La Leche League International, ibu yang menyusukan bayi boleh turun berat badan 6-7 kg setiap bulan dalam tempoh empat hingga enam bulan terawal selepas bersalin. Sementara itu, ibu yang memberikan susu formula kepada bayinya akan mempunyai lebih kesukaran dalam menggunakan simpanan lemak dan sukar turun berat badan.
Sebagai tambahan, ibu cenderung untuk mengekalkan kenaikan berat badan dari setiap kehamilan. Jika anda mengandung kembar, tubuh anda akan naik lebih berat badan daripada setiap kehamilan dan membuatkan sasaran anda untuk menurunkan berat badan adalah lebih sukar untuk dicapai.
Perubahan tubuh selepas kelahiran
Anda mungkin akan melihat bentuk tubuh anda berubah selepas melahirkan bayi. Ramai ibu yang mengeluh perut mereka masih tidak kembali kepada asal walaupun selepas setahun atau dua tahun selepas kelahiran. Ini boleh jadi disebabkan oleh perubahan dalam otot abdomen anda selepas kelahiran.
Sesetengah wanita pula secara genetiknya mudah terdedah kepada kesan regangan kulit dan kulit kendur. Ini mungkin akan berkurang, tetapi tidak sepenuhnya hilang. Kulit anda akan kehilangan keanjalan selepas anda melahirkan bayi dan seiring dengan peningkatan usia anda. Bagi tidak membiarkan masalah kulit ini bertambah teruk, anda perlu bersenam dengan kerap. Jika tidak, anda mungkin dapati sukar untuk memulihkan otot perut anda.
Selain daripada senaman yang kerap, anda juga perlu untuk menguruskan diet anda dengan baik dan cukup tidur. Elakkan diet yang berlebihan dan senaman yang berlebihan, kerana ia akan memberi tekanan pada tubuh anda dan boleh menyebabkan metabolisma tubuh menjadi perlahan.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
‘G6PD deficiency’ bermaksud kekurangan enzim G6PD di dalam badan. Enzim ini diperlukan untuk menstabilkan sel darah merah. Kekurangan enzim ini akan menyebabkan sel darah merah mudah pecah jika terdedah kepada tekanan oksidatif (oxidative stress).’
Macam mana nak tahu anak saya ada G6PD deficiency atau tidak?
Setiap bayi yang lahir di Malaysia akan dihantar ujian saringan G6PD sejurus selepas lahir. Jika positif, pihak hospital atau klinik kesihatan akan memaklumkan kepada ibubapa tentang ini. Boleh juga rujuk buku vaksin anak masing-masing, di situ juga ada tercatat status G6PD.
Kalau pihak hospital tak cakap apa-apa macam mana? Biasanya kalau tidak diberitahu insyaAllah normal lah tu.
Makanan apa yang perlu dielakkan oleh anak saya?
‘Kacang parang dan apa-apa makanan yang mengandungi kacang parang.’
Kalau makan juga, apa yang akan jadi?
Risiko berlakunya pemecahan sel darah merah yang boleh menyebabkan anemia akut dan gangguan kepada organ lain seperti jantung dan buah pinggang. Inilah yang kita panggil ‘acute haemolytic crisis’.
Apa tanda-tanda jika terjadi acute haemolytic crisis ini?
Kulit menjadi pucat dan kekuningan, air kencing berubah menjadi warna gelap (teh O), lemah, sesak nafas adalah sebahagian dari tanda-tanda yang boleh dikesan.
‘Harusnya dielakkan juga. Terdapat beberapa kajian menunjukkan bayi mendapat acute haemolytic crisis selepas ibunya memakan kacang parang (Favism by proxy).’
Selain kacang parang, kacang lain boleh makan ke?
‘Boleh.’
Kuah satay?
‘Kuah satay dibuat dengan kacang parang tak boleh.’
Anak saya masih menyusu. Disebabkan tu saya langsung tak makan satay.
‘Ruginya lahai satay sedap.’
Ubat apa yang perlu dielakkan untuk orang yang G6PD deficiency?
‘Hanya sebahagian kecil sahaja ubat-ubatan yang tidak boleh dan harus dielakkan untuk orang yang mempunyai G6PD deficiency. Ibu bapa digalakkan memaklumkan kepada doktor yang merawat sebelum menerima rawatan ‘Anak saya ada G6PD deficiency’. Elakkan juga ubat-ubatan herba dan ubat tradisional.’
Adakah anak saya boleh membesar dengan normal jika mempunyai G6PD deficiency?
‘Ya, tiada masalah pembesaran, sama saja seperti kanak-kanak lain. Hanya perlu elakkan makanan/ubatan yang ditetapkan.’
Ramai ke bayi yang ada G6PD deficiency ini?
‘Di Malaysia secara purata 5.3% bayi lelaki dan 1.4% bayi perempuan mempunyai G6PD deficiency. You are not alone.’
Luka caeser terbuka semula igauan ngeri bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan. Ikuti pengalaman & tips yang dikongsikan ibu ini yang melalui episod mendebarkan di mana luka bedahnya terbuka semula.
Dia yang tidak mahu dikenali berkongsi tentang episod itu dilalui ketika berpantang bersalinkan anak ketiganya Disember lalu.
ANAK DITAHAN DITAHAN DI WAD
“Saya berulang alik ke Neonatal Intensive Care Unit ( NICU sementara) selama 4 hari untuk susukan anak sebab NICU asal sedang ubahsuai. Jadi ibu tidak bermalam bersama anak kerana ruang terhad. Apa yang menambahkan lagi keadaan ialah apabila saya terkena batuk yang kuat.” kata ibu 3 anak ini.
Bayinya dimasukkan ke NICU kerana demam. Katanya bayi tidak sepatutnya demam. Doktor cuba cari punca kenapa demam dan hasil siasatan anaknya menghidap hipotirodisme konginetal dan jantungnya ada sedikit sumbatan.
CAESAREAN KALI KETIGA
Ibu ini sudah melalui 2 kali caesarean sebelum ini dan ini merupakan kali ketiga. Pada hari ke-9 bersalin tidak semena-mena luka pembedahan terbuka sebanyak 3sm dan keluar air bisa & nanah.
LUKA TIDAK BETUL-BETUL KERING LEPAS MANDI, BATUK & BANYAK BERGERAK
“Hari kedua lepas ceaser saya dah mandi. Tempat luka tak dikeringkan dengan betul, banyak ke hospital dan saya batuk. Tempat luka jadi bengkak 1-2 hari dulu, tak lama kemudian keluar air nanah. Doktor klinik kesihatan rujuk ke hospital, doktor di hospital ada bagi laporan terbuka 3sm.
DIMINTA CUCI SENDIRI LUKA DI RUMAH
“Saya diminta cuci luka dulu sendiri selama seminggu lepas tu baru ada temujanji untuk tengok perubahan. Bila cuci luka di klinik kesihatan, doktor nasihatkan dalam tempoh cuci luka ni jika demam perlu segera ke hospital,kerana mungkin sudah ada jangkitan,” kata ibu ini.
Selepas mencuci sendiri selama dua minggu, luka menjadi semakin baik. Ibu ini pada awalnya sangat bimbang sekiranya berlaku jangkitan kepada luka pembedahan tersebut mampu bernafas lega.
DIAJAR LANGKAH CUCI LUKA SENDIRI
Wanita ini telah dibantu oleh suaminya untuk mencuci luka pembedahannya yang terbuka itu. Dia telah diajar oleh pihak hospital. Dia juga turut berkongsi langkah demi langkah dressing luka.
LANGKAH 1: Cuci dgn tisu basah
LANGKAH 2: Lapkan air bisa dgn tisu muka
LANGKAH 3: Sembur dermacyn
LANGKAH 4: Hair dryerkan
LANGKAH 5: Lapkan alcohol swab
LANGKAH 6: Sapu aloe care
LANGKAH 7: Tampal soft cloth
TIP UNTUK WANITA YANG LUKA PEMBEDAHAN
Selain itu, ibu ini juga turut berpesan kepada wanita-wanita bersalin yang mengalami masalah luka terbuka untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Selain dari itu, ibu berkenaan perlu mengambil vitamin C, mencuci luka 2kali sehari astikan luka sentiasa kering
KALAU BATUK RAWAT SEGERA
“Bersiap sedialah dengan ubatan dan suplemen yang perlu sebelum bersalin. Jaga kesihatan sebelum bersalin. Jangan makan/minuman sejuk yang boleh sebabkan batuk seperti yang saya alami. Kalau batuk perlu dapatkan rawatan segera untuk mengawalnya,” pesannya kepada ibu-ibu yang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seniwati Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita duka tentang pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, yang meninggal dunia akibat komplikasi batu karang dalam hempedu.