Lazimnya, wanita selepas bersalin akan menjalani tempoh memulihkan diri atau dikenali sebagai tempoh berpantang.
Namun, ada beberapa amalan pantang terlalu ketat dan tidak baik untuk kesihatan. Berikut adalah mitos tentang beberapa amalan berpantang dan fakta yang boleh digunapakai.
Tidak boleh makan ubi-ubian
Mitos: Ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan daripada jenis ubi-ubian seperti keledek, keladi dan ubi kayu kerana makanan ini dipercayai mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu kembung perut. Hal ini berikutan ia makanan jenis ini berangin.
Fakta: Ubi-ubian merupakan makanan bijirin yang membekalkan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Jika tidak boleh mengambil ubi-ubian semasa dalam pantang, anda boleh mengambil makanan gantian daripada kumpulan bijirin yang lain seperti nasi sebagai sumber karbohidrat dalam diet.
Tidak boleh makan sayur ‘sejuk’
Mitos: Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, petola, terung, timun dan tembikai dianggap ‘sejuk’ dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang.
Dengan mengelakkan makanan ‘sejuk’, ia dikatakan melambatkan proses pemulihan. Tambahan lagi, makanan sejuk juga menyebabkan kembung perut, kejang otot dan sakit-sakit badan.
Fakta: Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting sebagai sumber vitamin, mineral, fitokimia dan serat. Serat amat penting untuk melancarkan pembuangan najis bagi mencegah masalah sembelit yang sering kali dialami oleh ibu yang baru bersalin.
Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, kekacang, bayam, labu, sawi dan lain-lain memberi sumber vitamin dan mineral dan dapat mengelakkan sembelit serta mempercepatkan penyembuhan luka.
Sayuran hijau juga mempunyai klorofil yang membantu merangsang pembentukan sel darah merah pada anda yang mungkin mengalami anemia.
Ads
Malaysia kaya dengan kepelbagaian sayur dan buah. Oleh yang demikian, anda boleh memilih sayur dan buah yang tidak dianggap sebagai ‘sejuk’ untuk memastikan keperluan harian buah dan sayur tetap dapat penuhi.
Untuk sayur-sayuran, anda boleh memilih sawi, kucai, ulam-ulaman antaranya pegaga, daun cekur dan ulam raja. Manakala pilihan buah-buahan pula adalah seperti oren, epal, betik dan pisang.
Tidak boleh makan ayam
Mitos: Ayam dianggap sebagai ‘berbisa’. Makanan berbisa dikatakan boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin. Malah, boleh menyebabkan pendarahan kepada ibu dalam pantang.
Fakta: Ayam merupakan sumber baik bagi protein, vitamin dan garam mineral. Anda perlu mengambil secukupnya makanan sumber protein seperti ikan, ayam, telur dan kekacang. Hal ini kerana sumber protein amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan.
Salah satu fungsi protein adalah pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh. Selain itu, makanan ini juga membekalkan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran dan dapat mencegah masalah anemia.
Ads
Jika tidak boleh makan ayam, gantikannya dengan ikan.
Tidak boleh minum banyak air
Mitos: Ibu dalam pantang tidak boleh minum air dengan banyak kerana dipercayai boleh menyebabkan urat saraf menjadi kembang.
Minum air dalam amaun yang banyak sepanjang tempoh berpantang juga boleh menyebabkan perut buncit, menggelebeh dan peranakan bengkak.
Fakta: Urat adalah salur darah. Kembang atau kuncup salur darah bukanlah disebabkan makanan atau minuman. Anda perlu minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari.
Hal ini penting supaya toksin boleh dikumuhkan dan semua organ dalaman boleh berfungsi dengan baik. Kepercayaan ibu dalam pantang perlu mengehadkan pengambilan air adalah perlu dielakkan.
Ads
Pengambilan air yang mencukupi penting untuk memulihkan kecergasan badan, memberi keseimbangan elektrolit dan mengawal suhu badan. Minum air yang mencukupi boleh mengelakkan sembelit yang biasa dialami ibu berpantang. Ia juga amat penting bagi ibu yang menyusukan bayi.
Tidak boleh makan telur
Mitos: Makan telur ketika berpantang akan menyebabkan luka bernanah. Lebih-lebih lagi bagi yang bersalin secara caesarean.
Fakta: Nanah disebabkan oleh jangkitan kuman. Sedangkan, telur adalah sumber protein yang baik dan bagus untuk pemulihan luka dalaman. Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 21mg Kolin.
Tidak boleh mandi terlalu lama
Mitos: Ibu berpantang yang mandi terlalu lama boleh menyebabkan dirinya dimasuki angin dan mengalami bentan.
Fakta: Larangan untuk tidak mandi dalam tempoh yang lama adalah disebabkan mahu anda menjaga luka perineum atau di bahagian perut yang semestinya perlu dijaga dengan baik.
Ia tidak boleh terlalu basah dan perlu segera dikeringkan selepas mandi bagi memastikan luka di bahagian berkenaan cepat sembuh.
Tidak boleh menggunakan kipas dan/ atau pendingin hawa
Mitos: Penggunaan angin sejuk daripada kipas dan pendingin hawa akan menyebabkan angin memasuki badan ibu berpantang.
Fakta: Kulit manusia mempunyai beberapa lapisan. Angin tidak masuk menerusi kulit dan terus ke saluran darah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
9 bulan tubuh menampung berat badan anda malah bayi dalam kandungan juga, lantaran rahim berkembang dari semasa ke semasa.
Perubahan fizikal semasa hamil antara faktor penyebab masalah sakit pinggang. Jadi, tidak hairanlah ada di kalangan anda yang mengeluh mengenai isu selepas bersalin.
Dalam usaha mengatasinya masalah ini, ada beberapa tip yang boleh anda praktikkan.
Banyakkan berehat
Selepas bersalin, pastikan badan mendapat rehat yang cukup. Selepas selesai urusan menguruskan bayi dan diri sendiri mengikut rutin pantang, baringkan badan supaya tulang belakang dapat ‘diluruskan’.
Dengan cara ini, anda dapat berehat dan selanjutnya dapat mengelakkan masalah sakit pinggang yang lebih teruk selepas ini.
Berurut dan bertungku
Pastikan anda melakukan urutan selepas bersalin bagi melancarkan penyaluran darah dalam tubuh. Dapatkan khidmat urutan dan bertungku supaya tubuh berasa lebih selesa terutamanya di bahagianya pinggang.
Elakkan membongkok semasa menyusu
Pilih postur yang selesa semasa menyusukan bayi. Namun elakkan diri daripada membongkok ke arah bayi untuk menyusukannya.
Anda digalakkan untuk menggunakan bantal menyusu yang dapat memberikan keselesaan kepada anda dan bayi semasa sesi penyusuan berlangsung.
Jaga postur semasa menyusu supaya anda tidak terus berasa sakit pinggang.
Elakkan mengangkat benda berat
Hidari diri daripada mengangkat benda berat. Pastikan benda paling berat yang diangkat acuma bayi sahaja. Dapatkan pertolongan orang lain jika perlu mengangkat barang.
Pakai bengkung
Pemakaian bengkung yang kemas dan selesa dapat membantu mengurangkan sakit pinggang selepas bersalin. Pemakaian bengkung membuatkan postur tubuh lebih kemas.
Dapatkan sumber kalsium yang cukup
Sumber kalsium yang mencukupi adalah perlu terutamanya anda yang merancang menyusukan bayi dengan susu ibu.
Ambil makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium. Jika bimbang ia tidak mencukupi ambil suplemen kalsium yang turut mengandungi vitamin D dan magnesium.
Suplemen magnesium dapat membantu merehatkan otot. Jadi, ia dapat membantu mengurangkan sakit pinggang lepas bersalin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada segelintir ibu bapa gemar memberikan ubat bontot ataupun nama perubatannya suppository (supp) kepada anak sebaik sahaja mendapati anaknya demam.
Ya, itulah yang dilakukan oleh doktor jika mendapati suhu badan pesakit ciliknya melebihi 39°C. Hal ini kerana ubat bontot atau supp lebih mudah diberikan kepada kanak-kanak berbanding ubat berbentuk sirap.
Sementara itu, sebagai ibu bapa anda perlu tahu cara betul penggunaan ubat supp ini. Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pengetahuannya tentang ubat supp.
Jika anak anda demam dan sukar makan ubat, lazimnya doktor akan berikan ubat supp paracetamol (PCM). Ia sama seperti ubat yang diberi menerusi mulut.
Ubat supp lebih memudahkan terutamanya bagi anak yang kerap termuntah selepas diberi ubat sirap. Malah jika anak dalam keadaan tidur, ubat supp boleh digunakan. Jika suhu badan anak adalah 38°C, anda boleh beri supp PCM.
Anda perlu tahu bahawa jarak pemberian supp dan sirap PCM hendak 4 – 6 jam bagi mengelakkan isu terlebih dos.
Untuk kanak-kanak, dos ubat dikira berdasarkan berat badan. Dalam pada itu, terdapat dua jenis dos ubat supp iaitu 125mg dan 250mg.
Ikuti saranan pemberian ubat supp kepada anak seperti berikut.
Umur 6 bulan – 4 tahun
1 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari
Umur 5 – 8 tahun
2 biji supp PCM 125gm, 4 kali sehari atau 1 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari
Umur 8 – 12 tahun
2 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari
Anda diingatkan untuk meneliti dos ubat supp sama ada ia 125mg atau 250mg. Jangan salah beri pula.
Cara betul beri ubat supp
1. Seelok-eloknya masukkan ubat supp selepas anak membuang air besar. Namun, ia boleh diberi pada bila-bila masa.
2. Baringkan anak dalam posisi mengiring. Angkat lutut anak ke bahagian dadanya.
3. Buka pembalut ubat supp. Sapukan supp dengan air.
4. Masukkan bahagian ubat supp yang tajam ke dalam dubur dan tolak ia sehingga masuk ke dalam kesemuanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila sesebuah keluarga mempunyai zuriat lelaki, pasti cita-cita mereka juga inginkan anak perempuan. Tapi bukan senang untuk dapatkan seperti yang kita impikan. Selain berdoa, kita juga harus berusaha untuk mendapatkanya.
Begitu juga yang berlaku pada Puan Juriah Halimatun, setelah mendapat 6 zuriat lelaki, keinginan untuk mendapatkan anak perempuan sudah pasti ada. Ikuti perkongsian beliau bagaimana beliau berjaya mendapatkan anak perempuan.
Untuk bacaan kaum perempuan TULEN sahaja. Heee..
Hari ini 14/12 , 4 tahun yang lalu mama fatim masih ingat lagi, detik-detik kelahiran si baby girl yang ditunggu-tunggu setelah 6 orang boy berderet-deret sebelum si kecil ni.
Bayangkanlah setelah lahir anak ke 7, boy juga, mama fatim baru terfikir untuk merancang untuk dapatkan juga baby girl. Sebelum tu, terima je apa-apa jantina yang Allah bagi .
Tapi , kerana nak kan seorang gegirl lagi tu lah, yang sedar tak sedar , berderet anak mama fatim. Alhamdulillah, mama fatim syukur dengan apa yang Allah bagi.
Akhirnya, mama fatim pun buat kajian sendiri, cari maklumat untuk ‘conceive’ baby girl. Dari segi sainsnya, memang mama fatim dah faham sebab dulu masa belajar pun memang bidang dalam bioteknologi, jadi takde masalah la mama fatim nak faham yang itu.
Sperma + ovum = baby. Sperma ni bila-bila je ada . Haha! Tapi ovum hanya masa-masa tertentu je yang ada.
Seperti yang kita tahu, perempuan akan mengeluarkan ‘telur’ atau bahasa sains nya disebut ovum. Ovum pula hanya membawa kromosom XX. Lelaki pula mempunyai sperma yang membawa samada kromosom XX atau XY.
Jadi , jika sperma yang membawa kromosom XX bergabung dengan ovum, baby girl yang akan lahir. Kalau XY, baby boy. Sperma ni, kerja dia berenang mencari ovum dan yang bawa XY ni lebih laju dari sperma yang bawa XX. (Kira nya yang XX ni slow la).. tapi kan, XX ni lebih panjang umur dari XY.
Sifir dia, sperma yang mana (XX atau XY) yang jumpa ovum dulu, yang itu lah yang akan senyawakan ovum dan hasilkan baby ikut kromosom yang dibawa oleh si sperma ni.
Jadi, macam mana kita nak pastikan bahawa sperma XX yang datang tepat pada masanya? (Sebab ni nak conceive baby girl). Sebab ovum bukannya ada pada setiap masa.
Jadi kita kena tahu;
1) Kitaran haid kita sendiri
Kebanyakan perempuan selalunya dalam masa 28 hari-30 hari kitarannya. Supaya kita boleh tahu bila waktu subur iaitu waktu pengeluaran ovum. Kena kira sendiri lah bermula dari waktu hari pertama datang bulan.
Ada juga mama fatim baca, kalau ada lendir seperti putih telur, itu pun tandanya waktu subur. Atau boleh beli ‘ovulation kit’ kat farmasi ek..
2) Jaga pemakanan
Sebab pemakanan menentukan keadaan rahim tu sendiri. Samada dalam keadaan berasid atau beralkali. Sperma untuk baby girl dikatakan sesuai dalam keadaan berasid.
Dikatakan makanan yang sesuai untuk mendapat baby girl ialah yang tinggi kalsium dan magnesium. Jadi antara yang sesuai ialah susu, ikan bilis , yogurt, badam, bayam, oat, brokoli, gajus.
Kurangkan makanan yang tinggi garam dan potassium . Makan beberapa bulan sebelum merancang nak mengandung. Bukannya dah mengandung baru makan ye.
3) Aktiviti suami isteri
Yang ni mama fatim tak nak cerita detail sangatlah, nak tahu lanjut boleh pm je. Cuma nak pastikan sperma XX yang sampai pada masa yang betul, aktivitinya 3-4 hari sebelum waktu subur.
Sebab XX ni jalan selow je.. XY ni pulak laju betul dia. Tapi dia ni cepat mati. XX ni panjang umur. Jadi sebelum ovum keluar, XY ni sempatlah mati dulu sebelum jumpa ovum. Bila dah mati, haa, kan senang cerita, XX lah yang dapat jumpa masa ovum tu keluar.. gituu..
4) Cara?.. pm je lah . Hahaha! Tak manis lah nak cerita kat sini kan
Oklah, ini la sedikit sebanyak tips untuk mendapatkan baby girl.
Untuk kawan-kawan yang ingin mendapatkan baby girl, boleh la cuba ye. Ini hanya ikhtiar, yang penting doalah banyak-banyak. Ada rezeki Allah nak bagi, insyaAllah ada.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.