Penyanyi MK K-Clique tidak menafikan atau mengiyakan spekulasi kehamilan isterinya. Malah MK berkata dia akan berkongsi perkhabaran itu apabila tiba masa yang sesuai.
MK K-Clique Tak Nafikan, Iyakan Spekulasi Kehamilan Isteri
MK atau Muhammad Hairi Amin, 28, bagaimanapun berkata dia dan isteri iaitu Siti Hajaar memohon orang ramai mendoakan agar urusan mereka itu dipermudahkan.
“Saya sebenarnya tak nak nafikan atau cakap ya kerana akan datang waktu yang tepat akan saya kongsikan kepada umum cuma sekarang saya harapkan doa yang baik daripada semua.
“Kita sama-sama nantikan saja tapi doa yang paling penting, saya bukan tak mahu kongsi perkara ini sebab kena tanya persetujuan isteri… bukan nak sorok atau apa tapi kami mahukan privasi.
“Kadang-kadang berita baik ni kena sorok sehingga ia terjadi jadi keputusan yang kami buat ini memang nak tunggu waktu yang tepat dan perkara tersebut berlaku jadi baru sesuai untuk kami kongsikan kepada peminat dan semua,” kata MK.
Sebenarnya ada beberapa alasan mengapa ramai pasangan suami isteri mungkin memilih untuk merahsiakan kehamilan terutama pada trimester pertama.
Berikut adalah beberapa sebab umum:
Risiko Keguguran
Keguguran paling sering terjadi selama tiga bulan pertama kehamilan. Beberapa pasangan memilih untuk menunggu hingga risiko keguguran menurun sebelum mengumumkan kehamilan mereka kepada orang lain.
Masalah Kesihatan
Jika ada komplikasi atau masalah kesihatan yang berkaitan dengan kehamilan, pasangan mungkin ingin merahsiakannya sehingga mereka mendapat kepastian lebih tentang keadaan dan prognosis.
Kesulitan Kehamilan Sebelumnya
Orang yang pernah mengalami kesulitan dalam kehamilan sebelumnya, seperti keguguran atau kelahiran prematur, mungkin lebih berhati-hati untuk berbagi berita tentang kehamilan baru.
Ads
Keperluan Privasi
Beberapa individu lebih suka menjaga aspek peribadi hidup mereka secara pribadi, termasuk berita tentang kehamilan.
Menunggu Masa yang Tepat
Ada juga yang memilih untuk menunggu hingga momen yang mereka rasa tepat—seperti mencapai pencapaian tertentu dalam pekerjaan atau kehidupan pribadi—sebelum mengumumkan kehamilan.
Tanggapan Masyarakat atau Tekanan
Terkadang, tekanan sosial atau ketakutan akan penilaian orang lain bisa menyebabkan seseorang merahsiakan kehamilan.
Setiap pasangan atau individu mungkin memiliki alasan mereka sendiri yang sesuai dengan keadaan dan kenyamanan mereka.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kena rajin-rajin berpeluk dengan suami atau isteri kita. Peluk juga anak-anak. Dengan melakukannya, banyak manfaat yang akan kita perolehi. Berpeluk ni memang nampak biasa, nak buat pun tak susah. Tapi ia memberi kesan terbaik untuk kesihatan fizikal dan emosi seseorang. Nak tahu apa kebaikan berpeluk?
Sumber foto: www.freepik.com
Apabila kita berpelukan dengan pasangan, ia dapat merangsang perasaan kasih sayang antara kedua-dua pihak. Melalui perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di laman Facebooknya, beliau berkongsi tentang manfaat apabila kita berpeluk dengan orang yang disayangi.
Kebaikan berpelukan suami dan isteri..
Oxytocin adalah biokimia semulajadi dalam otak yang merangsangkan hubungan erat antara ibu-anak, suami-isteri, merangsangkan perasaan kasih sayang antara ayah kepada anak, dan menggalakkan suami untuk kekal setia pada isterinya.
Dalam kehidupan yang realiti, hormon oxytocin akan menyuburkan keluarga yang bahagia, tanpa perang mulut atau keganasan fizikal.
Hormon oxytocin dikeluarkan ketika berpelukan dan ia adalah sebahagian dari tindakbalas seksual. Oleh di kala ramai isteri yang sedang sedih minta dipeluk suami mereka, si suami membaca mesej yang salah. Mereka menyangka itu permintaan untuk melakukan hubungan jima’ dari si isteri.
Secara fizikalnya, kita akan dapat menganggak apabila oxytocin dikeluarkan, dengan melihat perubahan wajah yang menyenangkan dan intonasi suara yang menjadi semakin lembut.
Sumber foto: www.freepik.com
Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stress iaitu hormon cortisol dan norepinephrine. Secara tidak langsung oxytocin akan mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.
Ini bertepatan dengan banyak kaijan mendapati wanita yang tidak bahagia dalam perkahwinannya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
#sedangkanlidahlagitergigitdrzubaidi
Bukanlah susah mana pun untuk berpeluk dengan suami atau isteri kita kan? Selain baik untuk kesihatan jantung, ia juga dapat mewujudkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Apabila berpeluk dengan anak-anak pula, ia dapat mengeratkan rasa kasih sayang antara kita.
Keluarga pun harmoni tanpa sengketa. Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Zubaidi ini sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan kepada kita akan kebaikan berpeluk.
Kebelakangan ini kebanyakan tadika mengadakan hari sukan sekolah yang melibatkan kanak-kanak dari usia 4-6 tahun terlibat dengan pelbagai aktiviti menarik. Bagusnya hari sukan sekolah ini adalah kerana kesemua murid akan terlibat dan dapat meningkatkan kemahiran sosial serta dapat merangsang sensori serta kekuatan otot dan memori mereka.
Pelakon cantik, Shakilla Khoriri baru-baru ini berkongsi video anaknya yang terlibat dengan sukan sekolah. Ameena Sofia dilihat begitu aktif dan dapat memahami setiap arahan untuk melengkapkan tugasan yang telah ditetapkan.
Pada awalnya Ameena dan rakan-rakan membuat senaman ringkas untuk warming up dan kemudian aktiviti sukan pun bermula. Antara aktiviti yang dilakukan si comel itu adalah seperti berlari, memanjat, menyelesaikan puzzle dan banyak lagi.
Di penghujung video, Ameena bersama rakan-rakan telah diberikan pingat dan kelihatan sangat gembira dengan aktiviti pada hari tersebut. Malah menurut Shakilla, tahun ini Ameena lebih matang dan tiada drama air mata seperti tahun lepas.
Memang seronok bila tengok anak-anak melaksanakan tugasan serta terlibat dalam aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Sebenarnya pada hari sukan beginilah ibu ayah dapat melihat perkembangan anak-anak serta skil komuniksi mereka bersama para guru dan rakan-rakan. Good job, Ameena!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Guna khidmat ‘runner’ tukar duit raya, UAI kongsi cara nak elak riba. Meskipun menukar not kertas untuk duit raya menjadi amalan biasa, terdapat situasi tertentu yang boleh membawa kepada riba jika tidak dilakukan dengan betul.
Guna Khidmat ‘Runner’ Tukar Duit Raya, UAI Kongsi Cara Nak Elak Riba
Menukar wang kecil untuk dijadikan sebagai duit raya antara persediaan yang dilakukan untuk menyambut hari raya. Bagi yang sibuk, mereka akan menggunakan khidmat ‘runner’ bagi tujuan tersebut.
Namun timbul persoalan, apakah dibolehkan umat Islam menggunakan perkhidmatan ini? Ada yang mengatakan ia termasuk dalam unsur riba, benarkah begitu?
Menjawab persoalan tersebut, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, hukum menggunakan khidmat untuk tukaran duit raya ini bergantung kepada pelaksanaannya.
“Jika tukaran RM100 dan hanya mendapat RM98 kerana RM2 itu dikira upah, maka haram hukumnya. Itu riba namanya.
Bagaimanapun katanya, khidmat upah tersebut diharuskan sekiranya tukaran tersebut sama nilainya selain bayaran upah dibuat selepas tukaran selesai.
“Tukar duit RM520 dengan RM500, pertukaran itu tidak betul dan haram. Kena tukar RM500 dengan RM500 juga dan selepas itu beri RM20 kerana upah, itu baru betul (diharuskan),” hurainya.
Situasi tersebut sama juga hukumnya dengan tukaran wang kecil untuk tujuan lain selain duit raya.
Bagaimanapun ada dua syarat yang perlu dipenuhi ketika menukar duit tersebut agar kita tidak terlibat dengan riba.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dua syarat tersebut ialah mesti sama kuantiti tukaran dan dilakukan secara serta-merta.
“Sekiranya kuantiti tukaran tidak sama, maka transaksi tersebut tergolong dalam kategori riba al-Fadl.
“Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong dalam kategori riba an-Nasiah,” katanya seperti disiarkan dalam laman rasminya yang bertajuk Al-Kafi #1847: Jenis-jenis riba di sisi mazhab Syafie.
Katanya lagi, selain itu terdapat juga transaksi yang niat asalnya dilakukan secara serta-merta namun terlewat dari sudut penyerahan barang.
“Sekiranya hal ini berlaku, transaksi tersebut tergolong dalam kategori riba al-Yadd iaitu riba yang berlaku disebabkan lewat menyerahkan barang walaupun tidak diletakkan syarat penangguhan.
“Akhirnya, menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk memastikan setiap jual beli yang dilakukan tidak terjerumus dalam kancah riba yang diharamkan oleh ALLAH dan rasul-NYA,” katanya.
Suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.