Lumrah rumah yang ada anak kecil bersepah dengan mainan. Ada ibu bapa yang ‘sakit mata’ melihat rumah bersepah dengan barang mainan anak. Kadang tu bila berjalan terpijak mainan atas lantai, sakitnya sampai boleh keluar air mata.
Bila kemas letak dalam bekas besar, sekejap je boleh bertahan. Selepas tu, disepahkan semula atas lantai. Disebabkan situasi ni lah ada ibu yang biarkan je dulu anak main puas-puas sebelum kemas semula.
Bagi ibu yang tak mahu rumah bersepah dengan mainan penuh di lantai, ibu boleh lah DIY rak mainan seperti yang dikongsikan oleh Nurul Ain Anises.
Ads
Kos untuk buat rak mainan ini cuma RM 29.90 sahaja. Kalau beli di shopping online paling murah pun RM99.
Ads
Baskets tu semua Ain beli dikedai eco je. Kayu tu pula beli di kedai hardware. Kayu tu nak cat boleh nak spray pun boleh. Bagi dia nampak cantik dan lagi kemas.
Ads
9 baskets RM 18.90 3 batang kayu RM 11
Hanya perlukan tenaga dan kreativiti sahaja…Inas pun suka.. lepas ni dah boleh ajar Inas lepas main mesti dan wajib letak di tempat asal. Mainan anak pun tak lah berselerak lagi. Betul tak?
Sumber: Nurul Ain Anises
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai sesak nafas ketika sedang makan buah rambutan. Kejadian mengejutkan itu dipercayai berlaku di Pasar Stutong, Kuching sekitar jam 9 malam pada Ahad.
SESAK NAFAS SEBELUM PENGSAN
Mangsa yang berusia empat tahun itu tiba-tiba sesak nafas, batuk serta muntah darah sebelum pengsan. Ibu mangsa yang menyedari keadaan anaknya cuba menyelamat dengan menepuk belakang badan kanak-kanak itu.
GAGAL DISELAMATKAN, SEJARAH PENYAKIT ASMA
Bimbang akan keselamatan kanak-kanak itu, ahli keluarga bergegas membawanya ke sebuah hospital swasta berhampiran namun gagal diselamatkan. Menurut sumber, kanak-kanak malang itu dipercayai mempunyai sejarah penyakit asma.
BELUM DAPAT LAPORAN
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Ng Ah Lek ketika dihubungimemaklumkan pihaknya belum menerima laporan berhubung kes tersebut.
“Macam nak luruh jantung” itulah saat yang mendebarkan buat ibu mangsa apabila mengetahui anak tunggalnya dibawa lari oleh cucu pengasuh sendiri pada Selasa lalu.
Menurut perkongsian MalaysiaGazette, Farisha Amirah dikejutkan dengan berita kehilangan anak perempuannya pada pukul 5.30 petang sebaik pulang dari tempat kerja dan dalam perjalanan mengambil anaknya dari rumah pengasuh.
Jelasnya, dia kaku dan lemah apabila pengasuhnya yang juga warga emas memaklumkan cucu perempuannya sendiri yang melarikan anaknya.
Ketika itu wanita tersebut sedang solat.
“Memang macam nak luruh jantung bila saya dengar jiran saya (pengasuh) memaklumkan perkara sedemikian. Susulan itu, saya menelefon keluarga termasuk yang di kampung bagi memaklumkan kejadian sebelum suami saya pergi membuat laporan polis.
Sampai pukul 9 malam kami (saya dan suami) masih berurusan dengan pihak polis sebelum saya kuatkan hati pulang ke rumah untuk solat.
“Selepas solat, tiba-tiba naluri hati saya kuat mengatakan anak kami akan kembali ke pangkuan. Susulan itu, saya siapkan kelengkapannya termasuk menyediakan susu serta pakaian dalam satu beg sebelum turun dan tunggu kehadirannya di pos pengawal pangsapuri kami,”
Menurut Farisha Amirah, sejam kemudian, dia dan suami menerima panggilan daripada polis memaklumkan mereka telah berjaya mengesan suspek namun bayi yang dilarikan tiada bersama.
Katanya, meskipun diberitahu anak mereka belum lagi ditemui namun naluri tetap mengatakan bayi itu akan diselamatkan dan pulang ke pangkuannya
Syukur sangat selepas 10 minit kami dapat panggilan mengatakan anak saya ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan.
“Memang bagaikan mimpi dan lembik lutut saya sebaik dapat memegang dan peluk anak di hospital. Selalunya dengar cerita sahaja anak diculik tapi tak sangka kami sendiri lalui kejadian ngeri itu.
“Anak saya itu mungkin dijual kepada sindiket sekiranya pihak polis lambat mengesan suspek memandangkan bayi kami ditemui dalam sebuah van yang dipercayai dalam perjalanan ke sempadan negara jiran melalui negeri di Pantai Timur,” jelasnya yang berasal dari Changlun, Kedah.
Tambahnya, sehingga kini, dia masih trauma atas kejadian tersebut selain mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga anaknya sepenuh masa.
“Saya sudah serik nak bagi orang lain jaga anak dan kami sekeluarga harap mereka yang terlibat dikenakan hukuman setimpal agar kejadian yang sama tidak berulang kepada ibu bapa lain,” katanya.
Terdahulu, lima individu termasuk seorang remaja bawah umur yang dipercayai terlibat dalam kes melarikan bayi berkenaan direman di Mahkamah Bukit Mertajam di sini hari ini.
Mereka yang terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki berusia lingkungan 14 hingga 43 tahun itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu culik
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...