Perasan tak bila kita bawa anak ke kedai, pantang dia nampak sticker mesti minta kita belikan. Pelik juga kan, suka sangat dengan sticker. Main tampal sana-sini, buat bersepah rumah saja. Sebab itulah, kita ‘liat’ nak belikan bila anak minta sticker.
Kalau dapat main sticker, habis satu rumah dihiasnya! Jangan pula kita marahkan anak, kerana rupa-rupanya banyak manfaat apabila anak bermain tampal-tampal sticker.
Ads
Ikuti perkongsian dari seorang ibu, Wan Nur Syakira akan kebaikan aktiviti ini;
AKTIVITI ANAK-ANAK MENGGUNAKAN STICKER
Ads
Hari tu , ke kedai buku, belikan sedikit bahan nak buat aktiviti dengan anak-anak. Sticker antara favourite item bila buat aktiviti. Banyak boleh dibuat.
Ads
Ini antara aktiviti yang kami buat minggu ini.
1. Belajar bentuk dengan sticker.
Lukis bentuk dan ajak anak lekatkan sticker pada garisan bentuk itu. Adam suka sangat main yang ni. Boleh fokus lama.
2.Cabut sticker dan letak dalam bentuk yang dilukis.
Untuk Yusuf, yang umur 20 bulan, saya ajak dia main letak sticker dalam bulatan.
Nak latih kemahiran motor halus, bukan senang bagi kanak-kanak nak cabut sticker dari kertasnya. Perlukan fokus dan kemahiran motor halus yang baik.
3. Cabut sticker yang diletak pada anggota badan.
Adam dan Yusuf teruja dapat main ini. Main cabut-cabut sticker dekat badan.
4. Belajar nombor.
Buat kepala ulat. Minta anak lekatkan sticker untuk bentukkan badan ulat . Lekatkan sticker mengikut nombor.
Kalau pergi kedai, bolehlah borong sticker banyak-banyak. Nak lebih mudah, beli saja di SINI
Selamat beraktiviti dengan anak!
Jom tengok aktiviti tampal sticker ibu ini dan anaknya!
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Panggil atau jerit pun tak dengar, mama pun serta-merta jadi marah. Apakah tidak cukup kuat suara mama ini?
Rupanya si kecil mempunyai mempunyai satu kaedah mendengar dipangggil selective hearing. Ia memilih apa yang ingin didengarnya. Bukan sebab dia buat-buat tidak dengar atau suara ibu tidak kuat!
Perkongsian daripada kaunselor Puan Farhan ini diharapkan dapat membantu ibu daripada stres dan memahami keadaan anak dengan lebih baik. Rupa-rupanya ada sebab anak bertindak sebegitu, salah satunya ibu terlalu banyak cakap. Oops…
Ramai ibu-ibu mengalaminya
Fahami selective hearing boleh buat ibu bapa lebih faham. Bukan anak tak hormat.
Mula-mula ingat tak normal, tapi bila buat pembacaan ia adalah sesuatu yang biasa bagi kanak-kanak. Tak boleh biarkan, kena didik supaya tak terbiasa.
Punca Anak Selective Hearing
#1: Anak Letih
#2: Ada sesuatu lebih menarik
#3: Ibu/ ayah bercakap sambil membuat perkara lain/ tidak fokus kepada anak
#4: Terlalu banyak bercakap, anak tidak dapat memproses maklumat
Lazimnya, toys dan kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan. Lambakan toys di pasaran memudahkan ibu bapa untuk membeli dan memberikan kepada anak-anak. Dari sekecil-kecil saiz, sehingga sebesar-besarnya. Serta, juga adalah sesuatu yang normal jika rumah disepahkan dengan toys tidak terkira. Untuk perkembangan anak-anak katanya.
Persoalannya, adakah benar memberikan toys yang terlampau banyak memberikan kesan yang positif kepada perkembangan mereka?
-TOYS banyak VS. TOYS sedikit-
Menurut Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Hazhari Ismail, kajian tentang “The Influence of the number of toys in the environment on toddlers’ play” menjumpai toys yang ‘disisihkan’ akan mengurangkan kualiti waktu bermain, dan toys yang sedikit meningkatkan fokus serta attention span, juga promote kreativiti.
Bagaimana?
Apabila kanak-kanak mempunyai pilihan toys yang sedikit (masih lagi ada pilihan), mereka akan bermain dengan setiap mainan lebih lama dan lebih banyak interaksi. Ia termasuklah akal mereka yang terus berkembang untuk berimaginasi dan pretend play, self-expression, kemahiran fine motor skill dan koordinasi, even menyelesaikan masalah!
Menjadi lebih kreatif – Ada satu kajian yang dijalankan di nursery di Munich yang mengeluarkan toys di dalam premis. Pada peringkat awal, kanak-kanak akan menjadi bosan, tetapi lama-kelamaan, mereka menggunakan barang basic atau resources dari persekitaraan untuk mencipta games dan berimaginasi yang lagi tinggi untuk bermain!
Memanjangkan attention span – Mainan yang terlalu banyak akan distract kanak-kanak untuk kekal fokus. Contohnya, jika permainan itu memerlukan problem solving skill, mereka berpindah kepada toys yang lain jika gagal menyelesaikan masalah dek kerana pilihan permainan lain yang lebih mudah. Jadi, kemahiran problem solving yang diinginkan itu tidak menjadi.
Kemahiran bersosial menjadi lebih baik – Dalam perkembangan sosial, bukanlah semata-mata bagaimana kita tahu berkomunikasi dengan orang sekeliling. Tapi, kanak-kanak belajar how to maintain relationship dengan kawan-kawan dalam tempoh masa yang panjang dengan wujudnya hubungan secara interpersonal. Mereka akan menghargai orang sekeliling.
Menjaga barang – Ini benda penting. Kita nampak kanak-kanak menyepahkan toys sebab terlalu banyak. Mereka tidak belajar untuk menjaga dan menghargai barang sendiri. Untuk membina dan mengajar tanggungjawab kepada kanak-kanak, ia perlu dimulakan dengan yang sedikit dan akan berkembang. Jadi, tidak lah bila lalu di depan kedai mainan, kita tidak mengajar mereka untuk sentiasa beli toys yang baru.
Belajar berkongsi – Jika kita ada toys yang sedikit, mungkin di peringkat awal perebutan dan fighting akan berlaku antara kanak-kanak sebaya di taska/tadika, atau mungkin antara adik-beradik di rumah. Walaubagaimanapun, ‘pergaduhan’ itu perlu berlaku untuk establish sifat toleransi, kerjasama dan berkongsi. Maka, mereka akan jadi less selfish pada masa hadapan.
Nak kena buang ke toys yang berlambak dalam bakul kain tu?
Eh tak. Membazir kan tak elok. Ibu bapa boleh berikan toys secara berkala. Grouping kan toys tersebut. Berikan positive reinforcement. Tanya anak-anak, betul ke nak main toys banyak-banyak ni.
Jadi ibu bapa takdelah nak pening kepala. Pening dengan toys yang dibeli tapi tak main (or belum main lagi).
Dan pening dengan toys yang bersepah-sepah. Dah lah sakit kaki kalau terpijak.
Disclaimer – Saya bukanlah anti-toys. Saya melihat kesan kepada development kanak-kanak. Kalau toys yang banyak itu sesuatu yang merugikan developmentally and economically, marilah kita cari jalan lain yang lebih baik.
Sumber: Hazhari Ismail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu ayah yang mempunyai anak 1 hingga 2 tahun pasti berdepan dengan masalah anak yang kuat merajuk. Baik anak lelaki, lebih-lebih lagi anak perempuan, merajuk umpama aktiviti harian tetap mereka.
Puas juga melayan rajukan, malah ada kalanya ibu ayah ketawa sendiri melihat gelagat anak mereka. Merajuk bukan main. Mulut makin lama, makin muncung.
Tapi inilah emosi yang mampu ditunjukkan oleh anak sekecil ini. Puan Aisyah Kassim, Patologis Pertuturan-Bahasa mengungkap hal ini. Ada perkara dan teknik yang boleh ibu ayah lakukan untuk selesaikan masalah ini.
Menurut teori perkembangan kognitif (kemahiran berfikir) Piaget, kanak-kanak berusia 0-2 tahun berada dalam tahap perkembangan sensorimotor di mana mereka belajar dengan cara melihat, mendengar, merasa, menggenggam dan menghisap.
Mereka mula meneroka dan belajar melalui kaitan sebab dan akibat. Di mana mereka akan cuba memanipulasi sebab untuk melihat akibat perbuatan mereka. Sebagai contoh, mereka menangis untuk mendapatkan sesuatu seperti mainan dan sebagainya.
Mengikut Dr. Robert Marvin, Pakar Psikiatri kanak-kanak, kanak-kanak 2 tahun sudah boleh merasai pengalaman emosi yang menyeluruh. Jadi pada usia ini, mereka baru mula untuk belajar memahami dan mengawal emosi-emosi tersebut. Ini menyebabkan emosi kanak-kanak sentiasa berubah dengan cepat.
Jadi, tak hairanlah pada usia 1-2 tahun ini kanak-kanak akan mencuba pelbagai cara untuk memanipulasi keadaan dan orang-orang sekeliling mereka termasuklah merajuk. Mereka akan menangis, merengek, menjerit atau memukul sebagai tanda proses.
Faktor Dan Kesan Emosi
Kanak-kanak 1 hingga 2 tahun mempunyai kosa kata yang sedikit. Hal ini buat mereka sukar nak sampaikan kehendak dan emosi mereka secara verbal. Jadi cara terbaik adalah dengan merajuk.
Ibu ayah pula gagal untuk untuk fahami dan ekspresikan emosi mereka dengan betul. Maka akan berterusan dan semakin lama makin sukar untuk ditangani.
Anak kecil seawal 1-2 tahun juga mempunyai daya berfikir yang terhad. Mereka tak punya altenatif lain untuk mengekpresikan emosi mereka. Merajuk adalah salah satu jalannya.
Ingat bahawa kanak-kanak merajuk disebabkan oleh keinginan mereka untuk mendapatkan perhatian dari orang dewasa. Bagi mereka, semua perhatian dari orang dewasa adalah perlu.
Jadi apa ibu ayah perlu buat?
Ibubapa boleh menggunakan cara mengalihkan perhatian mereka pada sesuatu yang lain. Dengan cara ini, mereka akan belajar adanya alternatif lain untuk mereka lakukan dan pastinya lebih menyeronokkan.
Cara ini juga membolehkan mereka untuk belajar mengawal emosi.
Ibubapa perlu belajar untuk membezakan jenis rajukan anak supaya mengelakkan ia berterusan hingga meningkat usia.
Kanak-kanak 1-2 tahun memang masih kecil dan comel, tapi jangan terpedaya kerana mereka juga boleh menjadi sangat manipulatif. Mereka akan cuba memanipulasi keadaan untuk mendapatkan keinginan mereka.
Ibu ayah perlu respond bila anak merajuk supaya sikap ini tidak terbawa-bawa hingga besar.
Ingat bahawa rajuk adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk membentuk emosi dan tingkah laku mereka.
Ajar anak untuk melabel emosi mereka. Ibubapa tak boleh mengharapkan anak-anak memberitahu emosi mereka sedih, gembira, dan sebagainya kerana mereka masih lagi tidak memahami kosa kata tersebut. Tapi anda boleh mengajar mereka dengan melabel emosi tersebut.
Contoh “adik marah ke” atau adik sedih ya” dan sebagainya mengikut situasi yang sesuai. Cara ini kanak-kanak boleh belajar bahawa ada perkataan yang boleh mereka gunakan untuk sampaikan perasaan mereka.
Apabila usia anak menghampiri 3 tahun, mereka sudah mulai faham perkataan tersebut dan mereka akan meluahkannya melalui perkataan yang mana ianya lebih sesuai.
Ingat pengajaran ini bukan sekadar belajar tentang perasaan, tetapi ianya pembelajaran awal untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat, menguruskan kemarahan, memahami perasaan dan bergaul dengan orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!