Selamat melahirkan bayi sulungnya pada 29 Januari lalu, selebriti dan usahawan berjaya, Neelofa kini sedang menjalani rutin berpantang seperti ibu-ibu lain.
Malah Neelofa yang baru melalui fasa baru dalam hidupnya kini turut mendoakan agar fasa baru bagi wanita yang baru melahirkan anak sepertinya di permudahkan Allah SWT.
Menerusi Insta Storynya, wanita yang kini bergelar ibu ini turut memuat naik sekeping gambar katil bayi pada jam 3.48 pagi yang kini menjalani rutin baru, khusus buat bayinya, Muhammad Bilal.
“Moga Allah mudahkan rutin baru semua para ibu yang baru melahirkan,” tulisnya di Insta Story disusuli dengan emoji berbentuk hati.
Ads
Usaha minum banyak air
Meninjau di Insta Story ibu cantik ini lagi, Neelofa kini menjalani rutin barunya dengan menyusukan anaknya dengan pengambilan air yang mencukupi untuk memperbanyakkan susu.
“3 liter done, 1-5 liter to go,” tulisnya lagi.
Ads
Semuanya bagi mempersiapkan dirinya untuk membekalkan susu buat putera tersayang, Muhammad Bilal.
Terdahulu, suami Neelofa, PU Riz atau Haris Ismail memaklumkan Neelofa dan anak lelaki mereka kini berada dalam keadaan baik.
Ads
Malah Haris turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai yang sekian lama mendoakannya dan isteri.
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Luluh hati ibu saat mendapat tahu kamu dah tiada sayang.. Hanya tinggal beberapa minggu je lagi ibu, abah, abang dan kakak nak jumpa. Walaupun ujian ini sungguh berat, ibu terima takdir ini. Mulut mungkin boleh cakap sabar tapi dalam hati, ibu tetap merindui sampai bila-bila. Tak sangka hanya beberapa minit saja ibu dapat menatap wajahmu sebelum dikebumikan. ”
Perkongsian yang cukup menyentuh hati dari Puan Emy Salina mengenai kisah anak syurganya ini boleh dijadikan peringatan bersama buat ibu yang sedang mengandung.
Rasa sakit mengeras bahagian perut dan pinggang
Hari ni diberi sedikit kekuatan untuk berkongsi cerita dengan sahabat sekalian. 2 Ramadhan pukul 12.30 tengah malam, rasa sakit mengeras di bahagian perut dan pinggang. Saya cuba mencari posisi yang selesa dengan meletakkan bantal di bawah perut.
Nyenyak sungguh saya tidur masa tu. Sudah menjadi kebiasaan dengan usia kandungan 35 ++ minggu agak sukar untuk saya tidur, mana taknya, dengan tendangannya, sikunya memusing-musing, sungguh aktif baby masa tu. Tapi malam 2 Ramadhan tu tiada sebarang gerakan dan saya tidur nyenyak sampai pukul 5 pagi.
Mula rasa tak sedap hati
Bangun je terus kalut siapkan juadah bersahur, terfikir masa tu yang bayi tak bergerak. Maafkan ibu sayang. Dah selesai bersahur dan solat subuh, kalut pula siapkan anak-anak ke sekolah. Hati memang rasa lain macam tapi mengenangkan memang saya ada appointment dengan doktor dan misi pukul 8 pagi. Lepas hantar anak ke sekolah saya terus ke klinik ibu anak.
Tak bunyi degupan jantung baby
Awal tu jumpa jururawat dulu. Masa tengah periksa bunyi jantung tu memang tak dengar sebarang bunyi. Panggil la seorang jururawat buat benda yang sama. Tak dengar juga. Akhirnya jururawat suruh doktor scan. Waktu scan tu hati ni berdebar-debar..sah!!! Memang tak ada sebarang pergerakan kat jantung baby. Saya dah tak hiraukan sesiapa dah masa tu. Tak tahu nak rasa apa..Sedih, kecewa, marah pada diri sendiri. Macam-macam saya rasa.
Call suami sambil nangis..anak kita dah tak ada
Berat tangan nak bagitau suami tapi saya gagahkan juga. Waktu call suami, dengar je suara dia..saya dah macam orang gila masa tu. Tak boleh cakap, menangis je. Saya gagah juga bagitau suami yang anak kita dah tak ada. Dah meninggal. Suami cuba tenangkan saya, hari tu juga saya naik ambulans terus ke hospital. Sampai hospital kat PAC pukul 10 lebih doktor pakar confrimkan sekali lagi, sah memang baby dah tak ada.
Doktor buat emergency czer
Saya kena segerakan sebab waktu scan tu perut baby nampak dah membuncit. Pukul 2 lebih macam tu, saya kena czer. Waktu czer tu doktor terkejut saya operate dah 4 kali yang last ni jadi 5 kali. Rahim saya cantik lagi, mudah nak belah dan jahit semula.
Tak sempat ibu nak belai dan peluk
Jadi saya bagitau doktor tak payahlah ikat kalau dah cantik, tapi doktor suruh ikat juga takut risiko kalau mengandung lagi. Baby keluar berat 3.09 kilogram, besar juga..anak lelaki. Alhamdulillah cukup sifat. Jururawat bawa kat saya baby tu tunjuk jantina. Lepas tu bagitau nak mandikan baby.
Selesai pembedahan, saya masih menunggu jururawat bawa baby datang pada saya sebab nak belai dia, nak peluk dia. Sekali lagi saya terkilan. Masa tengah tunggu-tunggu tu rupa-rupanya baby dah selamat dikebumikan…Ya Allah..berat sungguh ujian Mu Ya Allah.
Jari ibu ni tak sempat lagi membelaimu…menatap wajahmu..memelukmu…maafkan ibu sayang. Ibu terlambat sedar yang kamu dah tak bergerak dalam perut. Maafkan ibu..Ya Allah tenangkanlah jiwaku supaya aku redha menempuh ujian seberat ini.
Jumpa nanti di syurga sayang..
Pada yang masih mengandung jagalah sebaik mungkin. Sila peka dengan kandungan. Perut mengeras tu sangat bahaya. Doakan saya terus kuat ya..
Al Fatihah untuk baby MUHAMMAD AL RAMADHAN..berlari-larilah kamu disana..tariklah tangan ibu, abah, kakak, abang ya masuk syurga sama-sama dengan kamu. Kamu tetap dalam ingatan ibu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini kita sedia maklum sudah ada sedikit kelonggaran untuk keluar rumah, namun kerajaan masih menyarankan agar rakyat kekal berada di rumah jika tidak perlu keluar.
Akur dengan PKPB yang dilaksanakan, Hafiz Suip meraikan hari jadi isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah serta ulang tahun perkahwinan mereka yang jatuh pada hari yang sama beberapa hari lalu hanya di hadapan kediaman mereka.
Menerusi laman sosial Instagram, Hafiz memuat naik ucapan istimewa sempena ulang tahun isteri dan perkahwinan mereka untuk tatapan umum.
“Saya nak mengucapkan selamat hari jadi dan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kepada ratu hati saya, @nureffyj.
“Terima kasih kerana memahami, menyayangi dan sudi bersama mengharungi suka duka kehidupan dari pertama kita jumpa sampai sekarang.
“Saya doakan awak semoga awak menjadi isteri yang solehah, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat dan semoga hubungan kita akan berkekalan hingga ke Jannah,” tulis Hafiz sebagai kapsyen.
Malah, meraikan dua hari istimewa ini yang jatuh di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mereka sekeluarga hanya mengadakan sambutan di hadapan rumah sahaja.
“Kita celebrate depan rumah pun okay. Adik tidur, abang merajuk nak air merah aduhh! Lagi sekali, happy birthday my love,” ucap Hafiz lagi.
Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.
“Happy birthday Fifi dan selamat ulang tahun perkahwinan buat Hafiz dan Fifi. Semoga berkekalan bahagia hingga ke syurga,” tulis seorang wargamaya.
“Comel je dah ada dua anak. Selamat menyambut ulang tahun buat Fifi dan Hafiz,” komen seorang wargamaya.
“Tahniah guys! Happy anniberseri-seri!” kata seorang wargamaya lagi.
Untuk rekod, Hafiz dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.
Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad Riyadh Zafri, 3, dan Alkaf Zayne yang baru berusia dua bulan.
Tahniah buat Hafiz Suip dan isteri atas sambutan hari ulangtahun perkahwinan yang keempat. Semoga bahtera rumah tangga yang dibina terus bahagia dengan kehadiran anak-anak. Semoga bahagia sampai syurga!
Sebenarnya untuk merawat pesakit ekzema, doktor sarankan pesakit buat ujian darah untuk tahu apa punca alahan. Bukan semua pesakit ekzema boleh terima rawatan yang sama.
Pakar Pediatrik Klinik Dr Pakar Kanak-Kanak Adda, Dr Hairin Anisa Tajuddin menulis panjang lebar mengenai cara rawatan anak yang ada ekzema dan betapa pentingnya untuk ibu ayah tahu apa punca alahan anak hingga mencetuskan ekzema.
Eczema adalah sejenis penyakit alahan. Lain tubuh badan, lain bahan yang kita sensitif or alah.
Rawatannya yang paling penting
1)Elakkan pendedahan kepada bahan-bahan yang anak-anak kita sensitif. Ramai yang tak tahu bahawa bahan or makanan yang didedahkan kepadanya sekian lama & setelah beribu kali pun boleh jadi punca alahan.
Punca keradangan di kulit yang menyebabkan eczema, or paru-paru akan jadi asthma or hidung yang akan jadi resdung.
Untuk try & error dan kenal pasti satu persatu agak sukar sebab anak-anak yang ada penyakit alahan ini akan terseksa dengan simptom-simptom keradangan akut yang teruk.
Jadi saya sarankan lebih baik buat test darah utk Allergen Test. Ada ibu seorang pesakit eczema insist anaknya tak ada alahan kepada Spagethi Aglio olio udang yang anaknya biasa makan. Saya expect mungkin pesakit ini alah kepada udang dan pesakit ini memang sangat suka makan udang.
Bila saya buat test darahnya dan hantar kpd Gribble 54 allergy panel test, 10 hari kemudian dapat result yang dia alah kepada GARLIC dan tepung gandum, tetapi tidak alah udang.
Kesimpulannya doktor pun tak boleh tentukan pesakit alah kepada apa sebab itu amat digalakkan utk buat Allergy Test.
Rawatan eczema
2) Krim antiradang (steroid) & non steroid (saya percaya kepada atopiclair sebab ada moisturiser sekaligus).
Sebelun apply krim Atopiclair, saya akan suruh ibu basahkan dulu kulitnya dengan air bersih & lap sikit. Sapukan krim ini sentiasa kulit masih lembab. Then urut krim ini hingga meresap betul-betul dalam kulit. Selalunya akan terjadi reaksi *perlawanan antara ubat antiradang & radang dlm kulit* di mana kulit pesakit akan jadi lebih merah, agak pedih, then slowly dalam 5-10 min, ada air toxin merenih keluar macam peluh daripada kulit kemerahan tersebut. Agak-agak dalam 30 min, merah itu akan kurang. Then after 1-2 hour bolehlah apply krim pelembab khas untuk eczema.
3) PLEASE APPLY KRIM PELEMBAB INI SEKERAP YANG MUNGKIN. BUKAN 2-3 X SEHARI SAHAJA.
Boleh apply banyak kali. Asalkan kulit kering aje apply krim. Jangan sesekali biarkan kulit mrngering sebab bila kering aje, start gatal & menggaru. Kuman seperti bacteria, fungus & virus akan mudah menjangkiti kulit yang alami radang.
Saya kurang percaya kpada Aqueous krim walaupun ramai doktor lain & pakar kulit lain yang berikan. Maaf masing-masing doktor punya pendapat & pengalaman berbeza.
Jenama yang kalian boleh cuba seperti Ezerra, Cetaphil, Physiogel, QV, Moogoo, Ceradan & Eucerin.
Lain tubuh lain kesesuaiannya.
Ada yang cuba pakai Extra Virgin Olive oil dan lain-lain, tapi saya tak halang untuk cuba kalau tak baik, cubalah krim yang lain.
Digalakkan untuk lembabkan kulit sebelum apply krim.
4) Pastikan mandian yang sesuai seperti jenama-jenama yang sama dengan krim pelembab di atas.
Seeloknya mandian ini bukan jenis berbuih, no fragrance & no colorant adalah paling baik.
5) Ubat antihistamine untuk tahan gatal. Penting jika pesakit terlalu gatal untuk elak menggaru teruk & menyebabkan jangkitan kuman.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.