“Moga ayat-ayat al-quran tidak lekang dari bibirmu” ialah doa Siti Sarah sempena ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Uwais Al Qarni yang ketujuh. Doa ini membuatkan ramai netizen tersentuh hati.
Sarah turut menceritakan tentang asalnya nama anaknya, Uwais. Nama Uwais Al Qarni ialah asalnya dimiliki oleh wali Allah yang sangat taat kepada ibunya serta segala doa yang dipinta dimakbulkan. Oleh kerana mengagumi, dia telah meletakkan nama anak sulungnya dengan nama tersebut.
Anak Sarah, Uwais yang kini berusia 7 tahun sudah menghafal banyak surah. Sebelum ini, Sarah & Shuib pernah dipuji kerana menggunakan kaedah ganjaran di mana Uwais akan diberikan barang permainan sekiranya menghafaz surah-surah yang terkandung dalam Al-Quran.
Sarah turut mendoakan agar anaknya, Uwais menjadikan ayat Al-Quran sebagai nyanyian dan tidak lekang dari bibir si anak, menjadi insan yang taat kepada Allah SWT , Rasulullah SAW serta ibu bapa serta menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Tidak lupa, didoakan semoga si anak beroleh kebaikan di dunia dan akhirat.
Bila dah berumahtangga, banyak benda yang perlu dikongsi bersama temasuklah perkara-perkara penting seperti password bank, nombor akaun bank, simpanan, harta, bil-bil penting dan sebagainya.
Anda perlu bersedia untuk berkongsi semuanya bersama pasangan kerana kelak ia akan memudahkan pasangan untuk menguruskan apa yang patut ketika kecemasan seperti perkongsian daripada super daddy ini.
Tadi waktu LIVE, aku share 5 perkara yang pasangan wajib buat sementara belum kehilangan. Nanti pasangan dah takde korang menyesal pulak. So buat 5 benda ni:
1. Saling menghargai dan meluahkan.
Nanti bila pasangan kau dah takde kau akan rindu nak cakap i love you atau saya sayang awak, saya rindu awak dan sebagainya. Waktu tu kau menyesal macam aku. Dah tak guna okeh. So sementara masih ada ni kau cakaplah setiap hari. Selalu juga cakap terima kasih, suami bawak balik barang dapur cakap terima kasih, isteri masak sedap cakap terima kasih, isteri gosok baju cakap terima kasih.
Luahlah selalu. Jangan harap pasangan masing-masing faham. Saling appreciate each other. Jangan merendahkan kerja suami dan jangan sesekali merendahkan kerja isteri kalau dia hanya duduk di rumah.
2. Belajar skill masing-masing
Isteri, belajar cara jumpstart kereta kalau bateri kong. Belajar dari suami cara isi angin tayar, ikut gi bengkel sesekali dan tengok orang repair dan belajar serba sedikit. Belajar juga macamana nak repair benda-benda simple kat rumah.
Suami belajar cara masak nasi, macamana nak siang dan goreng ikan, macaman nak spaghetti yang anak-anak suka tu. Tak perlu banyak dua tiga masakan dah cukup. Belajar juga cara asingkan dan basuh baju, nak guna setting yang mana dan sebagainya. Macam-macam lagi chores yang kena sama-sama belajar dan ambil tahu.
Macam remeh jer, tapi ini survival skill. It will help a lot.
3. Kongsi semua data pasangan dan keluarga.
Buka file dan simpan maklumat pasal pasangan. Letak dalam tu segala username dan password email, FB, IG apa shaja akaun yang ada. Detail akaun bank, akaun kwsp, tabung haji, segala harta, segala hutang piutang dan sebagainya.
List semua details bayaran bulanan, hutang bank, bayaran takaful dan apa sahaja tanggungan. Nombor pin kad bank tu pun tulis di situ, sangat penting okeh. Lagi satu password handphone pun share jugak, sangat penting. Takut apa, kongsilah semua details.
Buka juga fail untuk anak-anak. Masukkan segala details pasal anak, buku biru dan pink simpan dalam tu, segala jadual imunisasi dia. Pasal sekolah dia, pasal rekod perubatan, ubat dia pernah ambil dan segalanya.
Apa-apa jadi senang nak rujuk. Macam kes aku, semua smooth sebab semua rekod disimpan dengan lengkap.
4. Sediakan Takaful Hibah.
Sediakan wang untuk isteri dan anak-anak. Kalau kita mati, isteri dan anak ada duit untuk teruskan hidup dan mulakan hidup baru. 2 tahun pertama sangat sukar untuk orang yang kehilangan pasangan ni. Kalau takde duit nak survive maka ia akan jadi bertambah sukar.
Cari kawan-kawan ejen takaful dan tanyalah plan hibah yang murah. RM20++ sebulan pun dah boleh dapat RM100K. Cukup untuk pasangan teruskan hidup sementara dia dapat income lain.
5. Sediakan Wasiat.
Kita selalu tak ambik port pasal ni. Sebab tu banyak gila harta orang islam terbeku di Amanah Raya. Tak boleh nak dikeluarkan sebab tak cukup segala dokumen, tiada perwarisan dan sebagainya. Dekat MAIS dengan serendah RM300 dah boleh buat wasiat. Kat As-Salihin Trustee dalam RM1400 macam tu. Buatlah.
Buatlah semua yang aku ceritakan tu.
Benda ni nampak remeh. Alahhh tak perlulah semua tu. Selagi kau tak rasa maka kau tak tahu betapa pentingnya semua benda yang aku senaraikan di atas. Aku dah lalui semua dan aku share supaya semuanya mudah untuk korang nanti.
Semoga semua pasangan panjang umur dan tua bersama. Namun sesungguhnya, salah seorang akan pergi dulu meninggalkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak bergelar ibu, Betty Rahmad yang juga adik bongsu kepada Erma Fatima dan Umie Aida sentiasa menjadi perhatian ramai kerana caranya membesarkan anak lelaki sulung yang diberi nama Ardy Wira cukup berdisiplin terutama dalam bab pemakanan.
Menurut Betty, walaupun baru mempunyai seorang anak, tapi dia begitu peka dengan perkembangan Wira kerana dia yakin corak pemakanan itu akan menentukan perkembangan anak yang sihat selain didikan ibu bapa.
“Betty memang cerewet bab makan Wira. Sejak dari usia Wira 6 bulan sampailah 2 tahun, Betty banyak dapatkan info mengenai pemakanan anak melalui pembacaan, google dan pengalaman ibu bapa lain.
“Dari situlah Betty belajar dan sediakan menu yang sihat dengan memastikan sumber karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan diberi secara seimbang.
“Prinsip Betty walaupun makanan Wira tiada gula dan garam sehingga umurnya 2 tahun, tapi semua jenis makanan kena sedap. Betty akan buat sendiri stok ayam, stok sayuran-sayuran untuk beri rasa pada menu yang dimasak.
“Memang orang akan nampak Betty struggle sediakan menu sarapan, makan tengahari dan malam tapi kepuasan itu ada bila Wira akan makan dengan berselera tanpa menolak pun apa-apa menu yang disediakan,” katanya.
Wira tak memilih makan
Sebagai ibu, Betty rasa berbaloi dengan usaha yang selama ini dilakukan pada Wira kerana di usia yang bakal mencecah 3 tahun, semua jenis makanan dia akan makan. Bagilah udang, ayam, ikan, sayur, buah atau apa saja yang disediakan padanya memang tak tolak.
Ada yang bertanya Betty, macam mana Wira begitu suka makan pelbagai sayur. Jawapannya mungkin semasa perkenalkan makanan di awal-awal tu, Betty selalu bagi brokoli, saderi, lobak merah yang di stim serta macam-macam menu sihat. Bila dah biasa makan macam tu, letak je apa sayur dalam pinggannya dia tak tolak sampai sekarang.
Malah mak, mak mentua dan ahli keluarga Betty faham yang Betty tak suka orang suapkan makanan orang dewasa pada Wira masa usianya 2 tahun ke bawah.
**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
Betty tak nafikan, sebelum tu ada juga orang cakap bagilah anak rasa macam-macam makanan tapi Betty bertegas tak boleh sesuka hati suap. Betty tahu ada je ibu bapa akan suap aiskrim, makanan yang kita makan kerana kasihan dan anak pun nak rasa.
Tapi cara Betty, biar kita bertegas dulu daripada anak memilih makan sampai besar. Tak apa, masing-masing ada pendirian. Selepas Wira 2 tahun barulah Betty bagi makanan keluarga dan sampai sekarang hidanglah apa pun semua dia ok.
“Setakat ni semua makanan dia makan dan tak menolak walaupun masakan itu ada halia dan berempah sekalipun. Alhamdulillah!
Nak tahu lanjut perkongsian Betty mengenai tips yang dilakukannya buat Ardy Wira, tonton video di bawah ini:
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Abang cepat mandi, kalau lambat mama tinggal!” atau “Kemas toys cepat, kalau tak ayah buang!” situasi ini biasa terjadi pada ibu ayah ketika berurusan dengan anak-anak. Senang kata, ugut je kalau nak anak lakukan apa-apa perkara yang disuruh.
Tapi makin lama anak makin tak nak dengar kata. Ada masa dia buat tak peduli je apa yang mama ayah suruh buat. Ada ke kaedah yang betul untuk anak buat perkara yang disuruh? Ikuti perkongsian daripada Puan Uswatun, Konsultan Tangisan & Tidur Bayi.
Tiga silap BESAR paling biasa ibubapa bila mahu anak dengar cakap/bekerjasama:
1. Bila ibubapa AJAK anak untuk buat sesuatu yang dia patut dan perlu buat. Sebarang ayat AJAK hanya sesuai digunakan dalam situasi di mana anak ada pilihan untuk nak buat atau tak nak buat. BUKAN dalam situasi yang anak patut dan perlu buat.
Bila ibubapa guna ayat yang bersifat ‘AJAK’, maka anak akan sentiasa ada pilihan untuk tolak. Lepas tu, ibubapa pula yang naik geram dengan jawapan anak.
2. Bila ibubapa tanya soalan bersifat ‘open end’ (terbuka). Misalnya: “ Bila kakak nak mandi ni? Dari tadi tak mandi -mandi lagi..”
Anak: “Kejap lagi laaaa. Kakak tengah main dengan si tompok ni”
Bila 40X ibubapa ulang tanya soalan open end yang sama, 40x juga anak akan jawab dengan jawapan yang tak ada kesudahan. Bukan salah anak bila ibubapa sendiri yang tanya ‘bila’ kerana perkataan ‘bila’ itu sampaikan mesej bahawa apa-apa saja jawapan anak samada kejap lagi ke, petang nanti ke atau esok pagi ke akan dan patut di terima oleh ibubapa.
Lepas itu ibubapa juga yang stress. So NEVER EVER guna soalan bersifat open end kepada anak.
3. Bila ibubapa ugut, gertak dan marah.
Misalnya: “Abang, pergi mandi sekarang!. Kejap lagi kita semua nak jalan pergi mall. Kalau abang tak mandi, mama tinggal je abang”.
Seriously mak? KITA SEMUA tahu mak TAK AKAN tinggalkan anak kecilnya seorang diri di rumah. Anak pun tahu juga🫣🫢 Maka, tak pelik pun jika puas ugut dan gertak anak tetap liat sampai akhirnya mak kena guna kekerasan seperti jerit macam petir, rampas mainan atau piat telinga barulah anak nak angkat punggung.
Kekerasan tanda mak di pihak yang ‘kalah’ dan terdesak.
So, saya berikan 3 skrip alternatif untuk buat anak lebih mudah berkerjasama:
3 Teknik mudah buat anak bekerjasama:
– Nak suruh mandi, pakai baju dan lain-lain
1. Teknik Sandwich (Yes-No-Yes)
“Main ball memang seronok” – YES
“Tapi adik tak boleh main kalau tak pakai baju sebab nanti badan adik panas kena sun” -No
“Kita main lepas pakau baju” – YES
2. Guna teknik now & then
3. Tambah sprinkles
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB, KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI