Akhirnya Allah makbulkan. Setelah sekian lama mengharapkan hadirnya anak kedua, pelakon Saharul Ridzwan dan isteri Deena Amir sekali lagi bakal menimang cahaya mata.
Saharul, atau nama sebenarnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 30, berkongsi satu video mengumumkan berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
“Alhamdulillah, terima kasih untuk doa anda semua sebelum ini.
“Doakan semuanya dipermudahkan dan kami sekeluarga dilindungi Allah. Alhamdulillah syukur,” tulis Saharul menerusi ruangan kapsyen.
Malah, dia turut berterima kasih kepada isterinya di atas pengorbanan yang dilakukan.
Ads
“Terima kasih isteri untuk pengorbanan besar dalam hidup awak sekali lagi. Saya sayang awak,” tulisnya lagi.
Harap kali ni baby girl
Sementara itu, di instagram Deena Amir pula dia turut berkongsi rasa syukur dan gembira kerana sekali lagi Allah bagi peluang untuk zuriat menghuni rahimnya.
Ads
Dia juga bersyukur doanya dan suami untuk memberi adik kepada Ali untuk menjadi abang terlaksana.
This boy going to be a big brother! And this is the reason why suddenly Deena ‘hilang dari radar’.
“Alhamdulillah syukur Ya Allah segala puji bagiMu atas nikmat yang lama ditunggu kini telah tiba pada masa yang tepat.
Ads
“Jangan pernah putus asa & jangan pernah bersangka buruk denganNya.
“Semoga mummy sihat & kuat, baby yang dikandung juga dalam keadaan sihat, sempurna sifatnya, dilindungi dari segala kejahatan/keburukan/kemudaratan, cantik rupa parasnya, baik akhlaknya, menjadi anak yang soleh & solehah. Moga baby girl kali ni. Tolong aamiinkan ya,” kongsinya.
Terdahulu, Saharul dah isteri sememangnya pernah merancang untuk menimang cahaya mata perempuan selepas dikurniakan zuriat lelaki, Muhammad Luth Ali, dua tahun.
Saharul mendirikan rumah tangga bersama Qaabila pada 16 September 2016.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kaki bengkak masa hamil memang kerap dihadapi wanita. Dengan perut yang semakin membesar, kaki yang membengkak menyukarkan pergerakan. Timbul juga kebimbangan apabila melihat kaki semakin membesar, adakah ini berbahaya?
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan bengkak kaki semasa hamil adalah masalah yang biasa dihadapi lebih-lebih lagi apabila memasuki trimester ketiga kehamilan.
Beliau mengupas tentang isu ini secara terperinci. Walau pun ia perkara yang lazimnya berlaku kepada wanita mengandung, ia sedikit sebanyak menyukarkan pergerakan dan menimbulkan rasa tidak selesa. Tapi kalau kaki yang bengkak itu hanya sebelah sahaja bagaimana pula?
Ikuti perkongsian daripada beliau ini;
Apabila bayi semakin membesar, lebih-lebih lagi selepas 20 minggu, rahim anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis sekaligus menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah.
Salur darah yang dipanggil inferior vena cava ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.
Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali.
Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.
Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda bangun dari tidur. Pada sebelah petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya.
Menjelang hujung-hujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.
Bengkak kaki ini adalah perkara biasa, terutamanya pada trimester ketiga. Lebih kurang 50-80% wanita hamil yang sihat akan mengalaminya.
Tips untuk mengurangkan bengkak pada kaki
Minum air yang mencukupi. Kebanyakan pesakit takut untuk minum air kerana beranggapan bahawa minum air yang banyak akan menyebabkan kaki lebih membengkak. Seperti apa diterangkan di atas, badan kita akan mengalami dehidrasi yang teruk kerana air di dalam salur darah sudahpun keluar dari salur darah. Dehidrasi dalam saluran darah akan menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan pembekuan darah senang terjadi. Hal ini akan mengundang kepada masalah lain seperti thrombosis.
Tinggikan kaki semasa baring. Letakkan bantal di bawah kaki supaya aras kaki menjadi lebih tinggi dari pada paras dada. Tarikan graviti boleh mengurangkan pengumpulan air pada kaki dan membantu pengaliran darah.
Baring mengiring di sebelah kiri badan. Dengan mengamalkan posisi ini, janin tidak akan menekan salur darah inferior vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan lebih baik.
Selalu bergerak ke sana ke mari. Pergerakan aktif adalah lebih baik untuk anda kerana pengaliran darah akan lebih lancar. Secara tidak langsung, ia boleh mencegah pembentukan darah beku pada salur darah kaki.
Stokin ini tidak sama seperti stokin harian yang biasa kita guna. Stokin ini direka khas untuk membantu melancarkan pengaliran darah pada kaki. Ianya mempunyai keregangan tersendiri dan perlu diukur dengan tepat daripada aras paha hingga ke tapak kaki. Setiap bahagian setokin ini mempunyai tekanan dan keregangan yang berlainan. Compression stocking ini digalakkan penggunaannya pada waktu malam semasa tidur untuk disesuaikan dengan pengaliran darah menjadi perlahan semasa baring.
Sila gunakan kasut yang selesa, bertapak rata dan sesuai dgn bentuk kaki untuk mengelakkan tekanan pada kaki yang boleh menyebabkan kesakitan. Jangan plak nak melaram dengan kasut tinggi. Silap haribulan jatuh plak!
Perlu ambil perhatian, sekiranya bengkak ini sangat teruk sampai ke paras pinggang melibatkan faraj, bukan la bengkak biasa ketika hamil. Ia boleh jadi tanda-tanda awal pre-eclampsia. Hal ini perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor untuk memastikan tekanan darah anda normal.
Selain dari itu, kaki bengkak juga boleh disebabkan oleh Nephrotic syndrome– penyakit ini berpunca daripada masalah penapisan pada buah pinggang yang menyebabkan protein dan air dikumuhkan keluar daripada salur darah badan kita. Masalah ini memerlukan perhatian doktor pakar buah pinggang kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang secara kekal jika dibiarkan tanpa rawatan.
Kalau kaki saya bengkak sebelah saja. macam mana?
TIDAK NORMAL dan memerlukan pemerhatian doktor. boleh jadi masalah deep vein thrombosis atau darah beku yang tersumbat pada saluran darah kaki . Kadang kala, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit darah yang tidak pernah kita ketahui seperti antiphospholipid syndrome, thrombophilia atau bentuk salur darah yang tidak normal.
Sekiranya tidak dikesan dengan lebih awal, darah beku pada kaki ini boleh pecah pada bila-bila masa. Ketulan darah beku yang lebih kecil ini akan bergerak ke arah jantung dan paru-paru.
Hal ini boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Justeru itu, amatlah penting untuk mengesan penyakit deep vein thrombosis ini lebih awal supaya rawatan dapat diberikan dengan kadar segera.
Jangkitan kuman boleh sebabkan kaki bengkak – dinamakan cellulitis. Hal ini berpunca daripada gigitan serangga ( tanpa kita sedari ) atau dari kaki yang luka. Boleh sembuh jika rawatan antibiotik dimulakan awal.
Walaupun bengkak kaki ni boleh jadi normal semasa hamil, ada keadaan-keadaan dimana bengkak kaki ni tanda-tanda kepada masalah yang lebih serius. Jangan suka buat andaian sendiri, dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari yang bertauliah.
Sel stem atau darah tali pusat memang seelok-eloknya disimpan untuk kegunaan anak dan adik-beradiknya. Keajaiban sel stem mempunyai banyak manfaatnya.
Mama papa ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan menyimpan darah tali pusat boleh ikuti rancangan TV Pa&MA yang mengetengahkan tajuk Kepentingan Stem Cell pada 11Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima (105) & Astro Maya HD (135). Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah sekian lama berteka-teki, baru-baru ini penyanyi Kaka Azraff mengakui dirinya hamil empat bulan.
Apa yang membuatkan kehamilannya ini lebih bermakna apabila suaminya, Adam Azriff, mengambil inisiatif untuk berhenti merokok selepas mengetahui dirinya berbadan dua.
“Saya rasa terharu apabila suami mengambil keputusan berhenti merokok sejak dua bulan lalu.
“Dia buat keputusan itu sebab tahu saya tidak suka kepada bau asap rokok.
“Sepanjang trimester pertama, saya tidak mengalami sebarang alahan terus, hanya tidak boleh bau badan suami. Tapi sekarang dah ok,” jelasnya.
Menurut Kaka, dia tidak berkongsi berita gembira itu lebih awal kerana menghormati permintaan keluarga.
“Saya tidak berkongsi sebelum ini kerana menghormati permintaan keluarga dan selepas doktor sahkan kandungan sihat, barulah saya rasa yakin untuk berkongsi.
“Jadi sempena bulan Ramadan ini, saya ambil kesempatan nak berkongsi berita gembira dengan semua,” katanya pada media ketika majlis berbuka puasa bersama anak yatim baru-baru ini.
Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Noor Atiqa Mohd Azraff, 30, dia tidak mengalami sebarang alahan teruk sepanjang trimester pertama kehamilannya.
Ibu bapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi seorang yang bijak dan pandai. Untuk melahirkan anak yang memiliki IQ tinggi, usaha perlu dilakukan sejak hamil lagi.
Berikut adalah usaha rangsangan perkembangan otak bayi yang boleh mama lakukan sejak dia di dalam kandungan lagi.
1. Rangsangan melalui perbualan
Bayi di dalam kandungan berupaya untuk mendengar, melihat cahaya dan bertindak balas melalui pergerakan. Jadi, ambil kesempatan ini dengan berbual-bual dengan bayi seawal usia kandungan.
Walaupun kemampuannya masih terbatas, namun bayi sudah dapat membezakan suara ibu atau bapanya.
Di Barat, doktornya mengesyorkan agar bayi dipendengarkan dengan muzik-muzik lembut. Tujuannya ialah tindakan ini dipercayai mampu merangsang otaknya sejak dari dalam kandungan.
Bagi Muslim, anda digalakkan untuk membaca atau memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran. Namun sebaik-baiknya, anda dan/atau suami yang membacakannya.
2. Rangsangan melalui visual
Salah satu rangsangan secara visual yang boleh dilakukan ialah melalui penggunaan gambar. Rangsangan sebegini akan melibatkan fungsi otak kanan dan bakal memberi pengaruh positif terhadap perkembangan bayi.
Otak kanan anda boleh dilatih dengan cara merakam gambar dan memotretkannya. Anda boleh juga melihat gambar permandangan. Rasa tenang daripada gambar yang dilihat itu akan merangsang peningkatan IQ pada bayi biarpun dia masih dalam kandungan
3. Rangsangan cahaya
Kajian di Barat mendapati cahaya redup yang dihalakan berdeekatan ibu hamil mampu merangsang bayi dalam kandungannya.
Untuk itu, anda boleh menggunakan lampu picit yang mempunyai kadar pencerahan bertahap. Elakkan pencahayaan yang terlalu terang kerana ia boleh mengganggu keselesaan bayi. Pergerakan yang dilakukan oleh bayi menunjukkan dia memberi tindak balas kepada cahaya yang ditalakan ke arahnya.
4. Pemakanan berkhasiat
Mengambil makanan yang kaya dengan sumber perangsang otak sangat penting untuk perkembangan otak si bayi.
Jadi, makanlah makanan-makanan yang dipercayai membantu usaha ini seperti ikan salmon, tuna dan sardin; minyak ikan, kekacang seperti pistachio, badam dan walnut; sayur-sayuran serta buah-buahan.
5. Kawal stres
Tekanan yang ibu hamil alami boleh menganggu kesihatan diri dan juga bayi. Untuk itu, anda boleh elak dan kawal tekanan dengan membiasakan diri untuk kekal bertenang walaupun menghadapi masalah.
Lakukan senaman ringan agar tubuh dan fikiran lebih relaks yang secara tidak langsung bermanfaat untuk menghindari stres. Ia turut mempengaruhi ketenangan bayi dan meningkatkan kecergasan otaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!