Selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 4 April lalu, pelakon Puteri Aishah dan suami tampil berkongsi nama buat cahaya mata sulung mereka.

Malah Puteri Aishah juga turut memuat naik gambar keluarga pertama mereka bertiga.

“Alhamdulillah. Puteri dah selamat melahirkan anak sulung kami Muhammad Faliq pada hari Khamis, 4 April 2024, jam 8.17 malam.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami,” tulisnya.

“Moga Jadi Anak Soleh” Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang!

Ads

Malah Puteri Aishah juga turut berkongsi pilihan namanya buat putera sulung mereka, Muhammad Faliq.

“Semoga Muhammad Faliq menjadi anak yang soleh, sihat, kelak bermanfaat untuk agama, keluarga, bangsa, dan sesama umat manusia. Amin YRA,” tulisnya lagi.

“Moga Jadi Anak Soleh” Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang!

Biar pun masih berada di dalam pantang, namun penampilan Puteri Aishah di hari raya cukup cantik jelita malah dipuji ramai.

Ads

Malah Puteri Aishah yang kini bergelar ibu dilihat semakin pulih dan sihat selepas melalui proses melahirkan cahaya mata sulungnya.

Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!

Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!

Ads

Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI