Penyanyi, Leez Rosli yang juga isteri kepada Aepul Roza, vokalis Drama Band mengumumkan kehamilan anak keduanya pada awal tahun baru lalu.
Tampil dengan satu entri bersempena Tahun Baru, Leez turut mengumumkan kehamilannya kepada seluruh pengikutnya di instagram miliknya.
“Hello 2021! Salam jumaat yang penuh barakah.
“Alhamdulillah, we’re pregnant! cc @aepul.roza Allah Maha hebat. 2020 yang lepas adalah tahun paling mencabar, dan Allah uji tanda dia sayang.
“Moga 2021 yang baik-baik sahaja buat kami sekeluarga dan anda semua juga.
Bismillah! Ya, Alisha nak dapat adik!! 😚#21weeks #5monthspregnant
Bahkan dalam entri yang sama juga, Leez turut memaklumkan kehamilannya yang kini sudah pun memasuki usia 21 minggu.
Tahniah diucapkan buat Leez dan Aepul. Dalam pada itu, rata-rata pengikut Leez di instagram mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Semoga kandungannya baik-baik sahaja dan dipermudahkan.
Terdahulu Leez dan Aepul telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2014 dan dikurniakan cahaya mata, Nur Safiyya Alisha yang kini berusia tiga tahun.
Menarik: Doakan Yang Baik-Baik & Selamat Hingga Melahirkan, Idayu Hamil 5 Bulan Selepas 6 Tahun Berkahwin
Lengkap Sepasang, Mawar Selamat Bersalin Bayi Perempuan, Pilih Nama Raden Seri Rossabella Cinta!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @leezrosli_officialmy