Pempengaruh cilik, Fatimah ‘The Family UK’ yang cukup dikenali dengan kepetahannya berdialek Kelantan dikhabarkan semakin lemah selepas prosedur pembedahan biopsi dilakukan pada minggu lepas.
Menurut perkongsian di Instagram keluarga ini, Fatimah yang dikhabarkan tidak sihat dan berulang alik ke hospital sejak Mac lalu mengalami pendarahan sejak lapan hari lalu malah sehingga kini masih tidak berhenti.
“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi mendoakan Shifa’ dan Aafiyah kepada anak kesayangan kami, Fatimah binti Omar Mukhlis yang kini masih lagi berada di hospital.
“Fatimah mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lepas.
“Hari ini sudah masuk hari ke-8 Fatimah mengalami pendarahan dan masih lagi belum berhenti. Keadaan Fatimah semakin lemah semenjak dua hari lepas,” kongsinya menerusi kapsyen.
Ibu dan ayahnya serta seluruh keluarga turut memohon doa dari semua agar keadaan Fatimah semakin bertambah baik dan stabil.
“Pohon jasa baik anda semua untuk membuat doa khusus agar pendarahan berhenti dengan segera. Semoga berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat Fatimah.
“Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.
“Semoga segala jasa baik anda semua dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT,” kongsinya lagi.
Terdahulu, beberapa hari lalu Fatimah dikhabarkan tidak sihat bahkan sering berulang alik ke hospital untuk menerima rawatan sejak Mac lalu.
Menarik: Moga Jadi Anak Soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang
Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil, Bakal Ibu Kena Tenang-Tenang Saja/
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my