Mohon Penderma Darah B & O Bantu Aliff. Hidap Talasemia Major, Seluruh Badan Pucat

Share

Ada yang sudi bantu? Jika anda mempunyai darah jenis O atau B, dialu-alukan untuk menderma kepada adik Muhammad Aliff Mahdi bin Rosli yang berusia 3 tahun 8 bulan yang menghidap Thalasemia Major. (rujukan rawatan ttc Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Likas Kota Kinabalu.)

Menurut ibunya, Agnes Anjilus Nis, hari demi hari Aliff Mahdi semakin pucat. Seluruh badan dah menjadi kuning pucat sangat. Ya Allah saya merayu buat anda semua tolong viralkan untuk mencari penderma darah untuk Muhammad Aliff. Tolong sangat-sangat.

Dah 3 minggu menunggu bekalan darah sampai ke minggu ini masih belum mendapat penderma yang sepadan.

Di perlukan darah B atau O yang memiliki cod jk3 r1r1. Untuk pengetahuan ramai HB terkini Muhammad Aliff 6.2 sangat-sangat  rendah. Kepada sesiapa yang melihat perkongsian ini mohon ada yang sudi bantu. Semoga ia menjadi amal kebaikan kita bersama di dunia dan akhirat.

Dalam perkongsian ibu adik Muhammad Aliff juga, dia memberitahu status kesihatan terkini anaknya juga adalah denyutan nadi yang laju dan sentiasa pucat kepenatan.

Sekarang masih dalam pantauan doktor dan bila-bila masa sahaja akan masuk ke emergency. Dengan ini saya menyeru orang ramai untuk menderma darah. Pihak hospital mengalami sedikit kesulitan bekalan darah. Harap keprihatinan membantu Muhammad Aliff meneruskan hidup dengan sihat.

Saya ucapakan terima kasih buat yang sudi kongsikan perkongsian ini dan yang sudi dermakan darah dan doa buat Muhammad Aliff. Insya-Allah niat baik Allah balas pasti yg terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh terus tinggalkan pesanan di FB Agnes Anjilus Nis

Kredit: Agnes Anjilus Nis

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy