Ibu bapa mana sanggup lihat bayi yang dilahirkan sihat dan normal tapi ketika usia 4 bulan, Allah uji anak kecil ini. Benjolan yang timbul secara tiba-tiba dan membesar dari semasa ke semasa benar-benar merisaukan.
Apatah lagi anak comel ini masih tak mengerti apa-apa dan sekarang hanya menunggu untuk dilakukan pembedahan. Kini doa orang ramai sangat diperlukan agar si comel ini kembali sihat dan membesar dengan sempurna.
Berikut perkongsian Puan Nor Azira Musa mengenai anaknya yang mesra dipanggil Icha.
Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum…Alhamdulillah. Mata yang sedang melihat, mohon selitkan sedikit doa buat anakanda saya NUR ARISHA BT AMRAN (8 bulan).
Di sini saya kongsikan sedikit mengenai anakanda saya (Icha). Masa Icha 4 bulan lebih tiba-tiba ada benjolan naik betul-betul atas ubun-ubun kepala. Masa tu tak besar mana lagi, tak ada jatuh atau kena apa-apa. Kami dah buat CT scan dan MRI tapi doktor masih tak kenal pasti lagi ketumbuhan jenis apa tu. Semakin hari semakin besar. CT scan dan MRI kami terpaksa buat di hospital swasta.
28/3/2021 hari pertama timbul 19/4/21 X-ray 28/4/21 Refer bahagian kanak-kanak, refer pakar neurosurgeri
Ads
23/5/21 admit wad untuk CT scan petang balik reject sebab tak urgent. 30/5/21 buat CT scan di hospital swasta
2/6/21 refer pakar for results CT scan, doktor cakap kena buat MRI. Tapi dapat tarikh bulan 3 tahun depan.
10/6/21 buat MRI 14/6/32 refer pakar for results MRI. Pakar bagi tarikh untuk operation 4/7/21
30/6/21 hospital call bagitahu operation postpone lepas raya haji 25/7/21.(Jujur saya sedih dan kecewa bila dapat tahu tarikh operate Icha ditangguhkan.
Bagaimanapun, kesedihan kami akhirnya terubat berkat doa orang ramai sebelum ini yang tak putus mendoakan kesembuhan Icha dan dipermudahkan urusan rawatan. Kami dah dapat tarikh baru untuk melakukan pembedahan iaitu pada 11 Julai ini.
Ads
Hanya doa dari orang ramai kami perlukan sekarang ini agar Icha selamat menjalani pembedahan dan boleh kembali sihat dan normal seperti anak-anak yang lain.
Selagi ada peluang, kami akan usahakan yang terbaik. Bukan sahaja rawatan hospital, sebelum ini pun ada juga berubat secara tradisional dan berjumpa ustaz.
Ads
Alhamdulillah Allah hadirkan orang-orang yang baik, keluarga yang sentiasa membantu, kawan-kawan yang tak jemu bagi semangat. Syukur Ya Allah.
Terima kasih tak terhingga kepada hamba-hamba Allah yang telah memberi sumbangan kepada Icha, sumbangan tu sangat-sangat membantu kami semasa buat CT scan dan MRI di hospital swasta sebelum ini. Syukur Ya Allah.
Kepada semua yang mengenali saya Ira/Achik dan suami Amran Amy mohon doakan semoga Allah kurniakan kesembuhan pada anak kami.. Semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua.
Saya izinkan pada siapa-siapa yang nak share kisah Icha ni, semoga ada dikalangan orang-orang alim mendoakan kesembuhan Icha. Alhamdulillah..Terima kasih Allah atas ujian yang Engkau berikan pada kami.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sememangnya kes jangkitan Covid-19 dikalangan kanak-kanak dikatakan jarang dijumpai, namun hari ini sudah ramai kanak-kanak yang telah terkesan dengan virus yang merbahaya ini. Malah di luar negara ada yang sudah terkorban kerana Covid-19
Sebelum ini pelakon dan pengacara popular Neelofa pernah memuat naik perkongsian tentang anak sepupunya yang berusia enam bulan disahkan positif Covid-19. Dalam IG story yang dimuat naik itu, Neelofa memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan si comel Noor Sameera Mohd Nazlee yang tinggal di Brunei.
Sameera anak kepada sepupu Neelofa, Noor Cahaya dijangkiti virus tersebut daripada kontak rapat yang merupakan ahli keluarga yang baru pulang dari luar negara.
Tapi syukur kepada Yang Maha Esa, dalam perkembangan terbaru di akaun Instagram milik Noor Cahaya, anak perempuannya itu difahamkan telah pulih daripada jangkitan tersebut. Menurutnya si comel Noor Sameera telah bebas daripada virus dan kini sudah boleh pulang ke rumah selepas 18 hari menjalani sesi rawatan di salah sebuah pusat perubatan di Brunei.
Noor Cahaya dalam perkongsiannya itu juga mengucapkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan menitipkan doa buat Sameera.
Alhamdulillah 🤲🏻😭 syukur ya Allah after 18 Days finally Noor Sameera is recovered from covid19 and shes home ! Thankyou to everyone, family friends followers who keep checking on her thru msgs and DMs and who keep us in ur prayers n doa.. hanya Allah sahaja Dapat balas jasa baik semua … 🤲🏻 Semoga Allah lindung kita dari wabak penyakit ini dan segala penyakit amin amin .. 🤲🏻❤️
Buat pengetahuan ibu, berurut bukan untuk golongan dewasa sahaja. Bayi juga perlu diurut tapi ada caranya. Mengurut bayi dengan lembut akan membuatkannya berasa lebih tenang.
Jika diikutkan mengurut bayi bukanlah sesuatu yang pelik kerana telah ramai ibu bapa mengamalkannya. Mengurut bayi adalah aktiviti yang menyenangkan dan membuatkan pasangan dapat memanfaatkan masa mereka bersama anak.
Sambil mengurut dengan lembut anda boleh bercakap dengan bayi. Nak lagi menyeronokkan boleh menyanyi dengannya. Anda boleh lihat reaksinya dengan senyuman, ketawa atau keletahnya.
Bayi memerlukan ungkapan kasih sayang daripada ibu bapanya. Salah satu cara untuk melahirkan kasih sayang tersebut adalah dengan mengurut bayi. Dengan cara mengurut yang tepat, bayi anda akan mendapat banyak manfaatnya.
Kebaikan Mengurut Bayi
Kasih Sayang
Bayi akan rasa satu sentuhan kasih sayang daripada ibu atau ayahnya ketika diurut. Kasih sayang merupakan perkara yang penting untuk perkembangan dan tumbesaran bayi. Sentuhan lembut dari tangan dan jari ibu dan ayahnya membuatkan fizikal dan emosinya lebih stabil.
Bantu Tumbesaran
Proses tumbesaran bayi akan menjadi lebih baik dengan cara mengurut bayi. Malah bagi bayi pramatang, proses urutan sangat bagus dan mempercepatkan pertambahan berat badan berbanding bayi yang tidak diurut.
Kesihatan bayi lebih baik
Bayi yang diurut biasanya perjalanan darah lebih lancar, proses penghadaman baik selain memperbaiki pernafasan bayi. Malahan dengan mengurut juga boleh meningkatkan sistem antibodi bayi.
Lebih tenang
Bukan sahaja bayi lebih tenang, ia membuatkan tidur bayi anda lebih lama kerana keselesaan yang diperoleh selepas urutan. Di samping itu, mengurut bayi juga sangat bagus untuk menguatkan otot sepanjang tempoh tumbesarannya.
Peringatan buat ibu ayah, mengurut bayi boleh dimulakan di bahagian telapak kaki kemudian barulah ke belakang, dada, perut, lengan dan muka bayi. Jika bayi menangis segera hentikan urutan. Boleh jadi bayi berasa tidak selesa kerana lapar, ingin didukung ataupun nak tidur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah puting merekah berkemungkinan berpunca daripada pelekapan yang tidak betul (shallow latch), kelainan pada lidah atau bibir seperti bersambung (tongue-tie/ lip tie),jangkitan pada puting seperti jangkitan kulat dan sebagainya.
Pertama sekali, kita perlu mencari punca masalah ini kemudian barulah mendapatkan penyelesaian. Dapatkan bantuan konsultan laktasi bertauliah (IBCLC) jika usaha yang anda lakukan tidak berjaya.
Semasa penyusuan
*Susukan bayi pada sebelah payudara yang tidak sakit supaya dia boleh menyusukan dengan lebih lembut pada payudara yang sakit. Pelekapan ketika ini akan menyakitkan. Tuam ais pada puting untuk mengurangkan kesakitan.
*Bereksperimen dengan payudara dan berikan si kecil payudara yang anda selesa dan tidak sakit.
*Jika penyusuan secara terus amat menyakitkan, lebih baik susu diperah untuk mengelakkan mastitis dan mengelakkan produksi susu merudum. Gunakan perahan tangan jika perahan menggunakan pam menyakitkan.
Selepas penyusuan
*Bilas dengan larutan air garam (saline) supaya payudara tidak sakit. Cara menyediakan larutan saline ialah dengan mencampurkan setengah sudu teh garam ke dalam gelas berisi lapan oz air bersih. Sediakan baru setiap hari untuk mengelakkan kontaminasi. Anda juga boleh membeli larutan saline yang siap dalam pek individu di farmasi.
*Selepas penyusuan, rendamkan, atau pancutkan puting yang merekah dengan larutan saline ini selama seminit.
*Elakkan merendam terlalu lama melebihi lima minit kerana ia boleh menyebabkan kulit puting menjadi kering dan lambat sembuh.
Keringkan dengan tisu.
*Jika bayi menolak payudara kerana ‘rasa’ puting yang agak masin, bilas dan keringkan puting payudara sebelum menyusukan.
Selepas bilasan air garam
Sapukan susu ibu pada puting untuk menggalakkan penyembuhan.
Sapuan krim atau gel boleh membantu melembap dan memulihkan bahagian terbabit.
Jika ada jangkitan thrush, sapukan dengan salap anti fungus setiap kali selepas rendaman air garam. Jika perlu, sapukan ubat antibiotik seperti Bactroban/mupirocin, atau Polysporin setiap kali selepas menyusukan.
Ubat sapu seperti Per Hale, Bactroban (mupirocin adalah pilihan paling selamat bagi ibu menyusu). Ubat-ubatan ini hanya boleh didapati melalui preskripsi oleh doktor.
Manakala Polysporin (Polymyxin B Sulfate and Bacitracin Zinc) pula boleh didapati di farmasi tetapi terhad pada bagaian puting sahaja.
Ubat-ubatan ini tidak perlu dicuci sekiranya disapu sedikit sahaja. Tetapi jika sapuan agak banyak, lapkan bahagian terbabit dengan kain lembap.
Antara penyusuan:
*Udarakan puting sebanyak mungkin. Pastikan juga anda menukar pad payudara sekerap mungkin. Pakai breast shell untuk mengelakkan puting yang merekah lembap dan terhimpit.
*Jika anda berasa sakit, letakkan pek ais yang dibekukan bebalut kain pada puting yang merekah selama 20 puluh minit dalam selang masa 20 minit.
*Ibuprofen (Advil, Motrin) atau acetaminophen (Tylenol) juga penahan sakit yang boleh diambil bagi ibu menyusu.
*Gunakan sabun tanpa pewangi bukan anti bakteria untuk membersihkan kawasan yang merekah kemudian bilas di bawah air yang mengalir. Penggunaan sabun pada puting tidak digalakkan pada waktu biasa melainkan ia merekah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...