Siapa yang tidak terharu melihat anak-anak gembira bila impian mereka direalisasikan. Bagi Fad Bocey dan isterinya, impian anak-anak sudah semestinya ditunaikan selagi mereka mampu kerana anak-anaklah punca rezeki mereka sekeluarga.

Begitu kata isteri Fad Bocey, Syaheera Rahman menerusi instagramnya. Demi membuatkan kedua anak kembarnya, Hayyan dan Zayyan gembira, satu majlis sempena hari jadi diadakan khusus buat mereka.

“Mommy Daddy Bagi Sehabis Baik,” Isteri Fad Bocey Tempah Hadiah ‘Besar’ Untuk Birthday Anak, Pilih Tema Superhero!

 

“Their theme this year, superheroes. Ada spiderman, ada captain america, ada superman dengan supergirl. Kenapa mommy tak pakai ikut tema? Sebab mommy kan dah macam supergirl dalam rumah kita. Tak dak mommy agak-agak apa jadi.

“Benda paling best bila anak-anak happy. Doa korang la punca rezeki mommy daddy. Korang la saksi susah senang keluarga kita. So sehabis baik mommy daddy akan bagi untuk korang,” katanya berkongsi.

“Mommy Daddy Bagi Sehabis Baik,” Isteri Fad Bocey Tempah Hadiah ‘Besar’ Untuk Birthday Anak, Pilih Tema Superhero!

Ads

Namun dek kerana kenaikan virus Covid-19 yang tinggi di Lembah Klang dan takut untuk bercuti seperti yang selalu dilakukan mereka sebelum ini, ibu kepada empat orang anak ini menggantikan yang lebih istimewa buat anak-anaknya.

Demi memberi kegembiraan berganda pada anak-anak, Syaheera dan Fad menyewa sebuah kolam gergasi ala taman tema ke rumah mereka. Katanya dia cuba menunaikan janjinya pada anak-anak.

“Mommy dah janjikan. So ni la birthday gift, tak leh pi trip mana-mana so enjoy dengan abang dan kakak semua,” katanya menerusi satu entri berasingan.

Ads

Dalam pada itu, melalui entri terdahulunya, ibu cantik yang kini giat menjalankan perniagaan ini juga turut mendoakan kedua anak kembarnya ini menjadi anak yang soleh, patuh pada Allah dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

“Small celebration untuk Hayyan Zayyan semalam sebab daddy kerja harini. Tarikh 11.12.2015 tahun paling mommy akan ingat sampai bila-bila. Anak pertama yang ajar mommy daddy banyak benda, pembuka rezeki keluarga kita, saksi susah senang mommy daddy cari duit dan banyak sangat yang mommy daddy dapat melalui kalian.

” Mommy doakan Hayyan Zayyan jadi anak yang soleh, anak yang patuh perintah Allah dan sentiasa dilindungi Allah swt. We love you much,” katanya lagi.

Ads

 

Terdahulu Syaheera dan Fad berkahwin pada 14 Mac 2015 dan kini mereka dikurniakan empat orang cahaya mata pelengkap bahagia mereka, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall serta Ibrahim Jibriel.

Artikel berkaitan: Muka Dah Jadi Biru Sebab Takut, Syaheera Kongsi Detik Kelahiran Anak, Luah Penghargaan Buat Fad!

Doakan Saya Jadi Anak Soleh, Syaheera Kongsi Wajah Ibrahim Jibriel Yang Comel Semolek Maksud Namanya!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI