“Mommy, Daddy Bangga” Ayda Jebat Ajar Anak Sebut ‘Allah’, Cutenya Ana Nayla!

Share

Selepas melahirkan bayi sulungnya pada September lalu, jarang-jarang sekali, ibu cantik ini, Ayda Jebat memuat naik gambar dan video si comel Ana Nayla di Instagramnya.

Melihatkan wajah lembut dan kecomelan Ana Nayla buat hati jadi cair. Persis wajah ibu dan ayahnya.

Namun menerusi Instagram anaknya, @ananylaoffcial, Ayda Jebat kerap berkongsi beberapa video Ana Nayla yang comel. Terbaru, Ayda dan Nabil turut memuat naik video Nayla yang menyebut nama Allah. Biar pun tidak begitu jelas, namun sebutan Nayla yang comel dan seakan menyebut nama Allah itu begitu cute.

Cuba sebut Allah lagi sekali

“Ana Nayla cuba sebut ALLAH.

“Alhamdulillah. Daddy Bil & Mommy ajar sebut, Insyaallah Ana Nayla will improve lagi. Uncles and aunties happy tak?,” kongsi satu hantaran yang terdahulu.

Kali ini, menerusi akaun rasmi yang sama, puteri sulung pasangan ini sekali lagi menyebut kalimah Allah, malah lebih jelas sebutannya. Comel!

 

“Ana Nayla cuba sebut ‘Allah’ lagi.

“Alhamdulillah. Tak jelas, tapi takpe sayang, Mommy & daddy proud of you babygirl. Uncles & Aunties pun proud & sayang Ana Nayla kan?

 

“Muka Ana Nayla lepas cuba sebut, nak mintak puji and kiss. Perasan tak? Aww.. ya clever girl.

“What’s your baby first word mommies and daddies?,” kongsi Ayda ringkas.

 

Dalam pada itu, rata-rata video perkongsian itu mendapat perhatian dari pengikut Instagram si comel Ana Nayla. Malah ramai memuji kecomelan Ana Nayla.

“Her first word!!! Alhamdulillah anak solehah”.

“Ya Allah, bijak sangat ni.”

“Masyallah dahla comel pandai pulak tu. Goodjob ana nayla.”

“Ala pandainya semoga menjadi anak yang solehah inshaallah amin.”

Menarik: Jarang Bergaul Buat Anak Tak Pandai Berkawan, Mak Ayah Boleh Terapkan Skil Ni!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

“Mommy, Daddy Bangga” Ayda Jebat Ajar Anak Sebut ‘Allah’, Cutenya Ana Nayla!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM