Bila dengan datuk atau nenek, anak bukan main lagi manja. Semua nak dapat. Siapa ada pengalaman macam ni? Haa boleh katakan semua ibu bapa akan alami situasi ini kan.

Mommy, Daddy Kalah! Nina Baru Faham Bila Anak Sendiri Dimanjakan Atok Dan Neneknya

Bagi isteri pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri, gelagat anak sulungnya Jeanelle Nika Mandagie yang sangat manja dengan atok dan neneknya ternyata buat mommy dan daddy tak boleh nak buat apa.

 

Menurut Nina di instagramnya, masa dengan atok dan nenek, anak perempuannya ibarat ada lesen besar. Mommy dan daddy tiada kuasa nak marah atau bantah.

Menerusi sekeping gambar yang dikongsikannya, Nina menjelaskan bila nampak atok dan nenek anak sulungnya terus gembira kerana apa yang dimahukannya terus dapat.

IKLAN

 

Jika sebelum ini Nina hadkan penggunaan gajet pada Nika tapi bila dengan atok, apa yang cucu mahu terus dapat.

Mommy, Daddy Kalah! Nina Baru Faham Bila Anak Sendiri Dimanjakan Atok Dan Neneknya

Masa ni mommy boleh senyum je dan tak boleh nak buat apa. Nak marah pun tak boleh,” kongsinya.

IKLAN

 

Melalui ruangan komen, rata-rata peminatnya beritahu mommy kena reda.

Mommy, Daddy Kalah! Nina Baru Faham Bila Anak Sendiri Dimanjakan Atok Dan Neneknya

IKLAN

Sementara itu, dalam instagram ayah Nina, Datuk Ismail Sabri beliau juga mengakui bila dengan cucu mesti akan kalah.

Betul la agak nya orang kata.. Atuk lah yang biasanya over manjakan cucu. Dengan mommy dan daddy mesti tak akan dapat makan cookies tu tapi bodek atuk mesti dapat punya.

 Sumber: ig @ismailsabri60 & ninaismailsabri

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI