Penyanyi terkenal, Shila Amzah baru sahaja menyambut hari kelahiran ketiga buat anak sulungnya, Seth Uwais semalam iaitu pada 5 September 2022.
Jamuan hari lahir Seth bertemakan Dinosaur itu diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh sanak saudara serta kenalan rapat di rumah keluarga Shila.
Menerusi laman sosial Instagram, Shila atau nama sebenarnya Shahila Amzah memuat naik satu video anak tercinta untuk tatapan umum.
Sempena ulangtahun kelahiran ketiga Seth Uwais, Shila turut menitipkan ucapan manis dan berjanji akan cuba menjadi ibu yang terbaik buat Seth.
“Mommy janji , akan senantiasa cuba untuk berikan yang terbaik untuk seth”
“Mommy tulis lagu ni masa seth dalam perut lagi. I hope you had a blast sayang ku.”
“Apa jua kekurangan mommy, mommy minta maaf ya sayangku”
Rata-rata warga maya tersentuh dengan video yang dikongsi, ada juga yang tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari jadi buat Seth Uwais.
Kredit: Shila Amzah
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Salah Desak Anak Di Usia Muda, Contohi Cara Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Anak Sukses Matematik & English!
Siapa tak mahu anak bijak dan berjaya dalam hidupnya. Malah anak yang masih kecil tapi sudah menguasai pelbagai kemahiran pastinya didambakan oleh semua ibu bapa. Namun anak yang bijak tak datang sendiri, kitalah yang harus membimbing mereka. Kita sebagai ibu bapalah berperanan lebih dalam menentukan kejayaan anak.
Contoh paling dekat adalah mencontohi Angkasawan negara kita iaitu, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, figura berkarisma malah bapa kepada empat anak yang cukup penyayang. Melihat caranya mendidik anak-anaknya memang hebat. Malah beliau punya falsafahnya sendiri dalam mendidik anak.
“Start young and push your child to their limits” Begitu kata Dato’ Dr Sheikh Muszaphar. Bukan omongan kosong malah beliau membuktikan dua anaknya cemerlang dan mahir dalam pelbagai bidang pada usia yang cukup muda. Hebat!
Mengapa Perlu Desak Anak Lebih Awal?
Orang kata salah bila paksa anak terlalu awal. Bukan memaksa tanpa fakta tetapi ini mama papa kena tahu mengenai otak anak kecil kita. Memang superb!
- Otak kanak-kanak sentiasa berhubung dan membina sambungan dari satu neuron ke satu neuron yang lain.
- Dari lahir hingga usia lima tahun, otak kanak-kanak bertambah menjadi 90 peratus daripada saiz orang dewasa.
- Ketika usia ini, otak anak akan cuba menghapuskan dan menyingkirkan sambungan saraf yang tidak kerap digunakan dan memberi laluan kepada sambungan saraf yang sering digunakan.
- Proses yang dinamakan Synaptic Pruning ini sama seperti proses cantasan pokok dimana sebahagian dahan dicantas untuk memberi laluan cambahan lain berkembang.
- Jika kanak-kanak di bawah usia 6 tahun hanya menggunakan otak mereka untuk satu bahasa sahaja, mereka akan kehilangan sambungan saraf untuk bahasa kedua. Inilah sebabnya mengapa kanak-kanak perlu mengaktifkan semula sambungan ini. Dan Kumon ada jawapannya untuk memahirkan kanak-kanak dengan Bahasa Inggeris yang pantas dan tepat.
- Kerap dan sentiasa menggunakan sambungan saraf ini sememangnya membantu kanak-kanak untuk mengekalkan, mengukuhkan ingatan serta minda mereka dari semasa ke semasa.
- Disebabkan hal inilah, adalah penting untuk menggalakkan, mengasah dan memastikan anak-anak sentiasa mengulangi dan kerap menyemak semula apa yang telah mereka pelajari setiap hari. Ini bagi mengukuhkan maklumat dalam minda mereka.
- Malah pengulangan pada satu-satu benda akan membantu memastikan pembelajaran mereka kekal dalam ingatan pada tempoh jangka panjang.
Contohi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar,
Tahukah anda bahawa otak kanak-kanak berkembang sehingga 90% semasa 6 tahun pertama dalam hidup mereka.
Otak anak kecil itu umpama span yang dapat menyerap pelbagai informasi yang diberikan kepada mereka. Oleh itu, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar menasihatkan ibu bapa supaya buang rasa ketidakyakinan pada anak-anak kerana mereka sememangnya berkemampuan untuk memahami serta mengingati segala informasi yang diberi.
Tak hairanlah kedua-dua anak perempuannya mempunyai jadual penuh setiap hari. Kedua-duanya bersekolah Cina pada waktu pagi, membuat latihan Matematik pada waktu tengah hari sebelum pergi ke sekolah agama Islam pada waktu petang.
View this post on InstagramA post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Malah, mereka turut menghadiri kelas renang dua kali seminggu, kelas catur, kelas ballet, kelas Al-Qur’an 3 kali seminggu, kelas piano, Taekwando, dan kelas-kelas Kumon. Jadi ini terbukti akan keupayaan otak anak kecil kita.
“Kenal pasti impian anak-anak kita. Penting untuk anak-anak kita punya impiannya sendiri. Be it Doctors, Scientists, Engineers or even Astronauts. Bantu impian mereka dengan belikan buku untuk merangsang minat mereka. Saya mahu anak-anak saya jadi seorang doktor jadi saya banyak belikan buku-buku mengenai tubuh badan manusia, eksperimen kanak-kanak dan bawa anak ke tempat kerja supaya dapat beri inspirasi pada mereka.
“Saya juga didik mereka cintakan subjek Matematik dan Sains sejak awal. English juga penting dan kami bercakap dua bahasa ini di rumah supaya anak lebih mahir. Kalau nak jadi doktor, dua perkara ini harus hebat. Paediatrician for Bella and Cardiologist for Tasha .
Inilah sebabnya mengapa saya hantar anak-anak saya ke Kumon seawal usia 3 tahun. Saya suka pembelajaran dan latihan kerjanya dan saya nampak hasilnya pada anak-anak saya. Mereka lebih berdikari dan mampu sudahkan kerja sekolah setiap hari dengan mudah tanpa merungut. Saya amat mengesyorkan Kumon jika anda mahukan anak-anak yang bijak,” kongsi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar di Instagramnya.
Kenapa Perlu Paksa?
- Anak-anak sentiasa dan perlu mencabar diri mereka sendiri malah tidak takut untuk keluar dari zon selesa.
- Anak-anak perlu diajar untuk melakukan perkara-perkara yang mencabar, mengasah minda dan fizikal yang teruji ketika mereka masih kecil.
- Perlu didedahkan dengan pelbagai perkara malah menggalakkan mereka untuk lebih mengenal dunia dengan pelbagai jenis ilmu tanpa sempadan.
- Mendedahkan mereka dengan pelbagai situasi dan perkara yang lebih berat agar lebih yakin dan matang.
- Keyakinan diri anak kecil perlu bila mana mereka menghadapi masalah dikalangan mereka, kanak-kanak dapat berhadapan dengan masalah sendiri dan membuat keputusan sendiri secara matang.
Bagaimana KUMON boleh membantu anak anda mencapai potensi mereka sepenuhnya?
- Kumon mengamalkan pembelajaran dengan sistem pembelajaran melalui amalan latihan berkala disamping pembelajaran yang lebih santai.
- Bila kanak-kanak mula selesa dengan pembelajaran, perlahan-lahan mereka akan mula menerima dengan baik.
- Satu contoh yang dapat dilihat bila mana mereka menyelesaikan kerja rumah yang diberikan, menganalisis kesilapan sendiri dan mengolah kearah yang lebih baik.
- Malah Kumon menggalakkan kaedah pembelajaran sendiri yang lebih santai namun terbaik buat kanak-kanak.
Jika anda ingin jadikan KUMON sebagai alternatif pembelajaran terbaik anak-anak anda, jangan teragak-agak untuk menyertai Kelas Percubaan KUMON secara percuma selama dua minggu.
Jadikan peluang ini sebagai satu titik tolak untuk anak anda menjadi lebih mahir dan berjaya menguasai bahasa Inggeris serta bijak Matematik. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi cawangan KUMON terdekat anda sebelum 17 Mac ini atau layari www.kumonmalaysia.com atau di facebook, Kumon Malaysia untuk keterangan lanjut.
Kredit: @drsheikhmuszaphar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terlalu Tegas Dengan Anak, Anak Jadi Keras Hati. Ini Realitinya Ibu Bapa Kena Faham
Betullah orang kata, kerap marah, jerit-jerit pada anak kesannya anak susah dah nak dengar cakap kita.
Memang nampak anak takut, tapi anak pendam senyap-senyap hingga buat mereka keras hati. Sebab tu tak boleh tegas sangat. Paling mudah kita jadikan anak sebagai kawan dan guna teknik psikologi.
Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais yang suka berkongsi ilmu keibubapaan dan berdasarkan pengalamannya sendiri mungkin boleh jadi panduan ibu bapa mendidik anak.
Padah terlalu tegas dengan anak, anak jadi keras hati.
Selalunya rania takut kalau kena denda tidur kat luar rumah tapi kali ni dia jadi berani pula.
Siap minta bantal dan selimut sekali seolah-olah memang dah redha nak tidur di luar rumah.
Kisahnya begini,
Soal belajar saya memang tegas. Kalau tak dapat buat memang kena marah. Jika masih berulang tak dapat buat akan kena denda baca di luar rumah, tidur di luar pun selalu juga cakap tapi tak pernah lagi di laksanakan.
Kali ni respon rania sangat berbeza. Seolah-olah dia melawan dalam diam.
Bila di suruh baca dia diam sahaja. Suruh macam mana pun dia tetap berdiam diri.
Berulang kali juga mata dia menjeling. Muka memang serius teruk. Mata tak berkelip langsung. Kita pula yang takut.
Papa dia ni pun tak mahu kalah. Tetap berkeras.
“Pergi tidur luar”
Dengan muka selamba, rania ambil bantal dan selimut dia baring dekat luar rumah. Tak berbunyi langsung.
2-3 minit lepas tu tak sampai hati tengok anak terbaring kat luar rumah. Di panggil masuk tidur dalam bilik.
Terkedek-kedek dia bawa bantal dengan selimut naik katil tidurnya. Masa panjat katil tu sempat juga toleh cakap, “nak susu”..
Pergilah kita buatkan susu dia, tak cakap apa-apa bagi susu lepas tu cium dahi dia.
Tiba-tiba terdengar rania menangis.
Ingatkan apa rupanya dia menangis kesedihan.
“Papa, rania minta maaf.”, Rania cakap sambil teresak-esak air mata meleleh.
Dengan tak semena-mena suasana tegang tadi dalam sekelip mata jadi sedih. Hanya dengan satu ciuman je, semua berubah.
Betullah apa yang Dr. Taufiq Razif duk ajar dalam ebook dia. Anak ni kalau kerap di marah, di teriak dan di terjah boleh berlaku gejala 3F.
✔️ Flight ( penakut )
✔️ Freeze ( kaku )
✔️ Fight ( melawan )
Depan mata tengok anak yang baru 5 tahun dah boleh melawan dalam diam. Ini adalah “defense mechanism” otak dia. Lain orang mungkin lain defense mechanism dia.
Daripada kejadian ini saya belajar bahawa anak saya ni perlukan lebih sentuhan, ciuman dan pelukan untuk didikan itu masuk ke hati dia.
Didikan guna kekerasan dan hukuman dapat juga beri kesan tapi didikan tu hanya berkerak di luar hati. Lama kelamaan hati boleh jadi keras.
Mohd Fhais
Taubat! Nak anak lembut hati ayah dulu kena lembut hati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedar Tak Anak Yang Kita Rasa Panjang Akal, Lasak Jadi ‘Ladang Pahala’ Buat Mak Ayah
Anak-anak yang panjang akal, yang lasak, yang bertuah ni selalu je buat kita geram kan?
Tapi, sedar tak, anak-anak ni sebenarnya menjadi ladang pahala kita?
Mereka ni juga menjadi asbab rezeki kita murah dan bertambah-tambah. Kadang-kadang, rezeki muncul dari pelbagai arah! Allah…Masih ingat lagi?
Kita selalu berdoa agar malaikat kecil ini membesar sihat dalam rahim seawal perkahwinan dulu? Tapi, selalu pulak merungut dengan karenah dan telatah mereka. Ye.
Menang penat membesarkan seorang anak. Apatah lagi yang ada dua, tiga atau lebih.
Alina pun manusia biasa jugak.
Ada masa memang geram, kadang-kadang ‘menyinga’ dan ‘mengaum’. Tapi cubalah untuk tenang & sabar. Dua key word ni tak mudah nak amal, tapi tak susah juga nak apply. Anak adalah saham akhirat kita.
Kita corak baik, dapat baik. Kita didik baik, kita juga yang menuai hasilnya. Doalah tanpa henti untuk mereka.
Belajar minta maaf dengan anak-anak jika kita pernah marah mereka, pukul mereka dan sebagainya.
Sebab anak-anak itu rezeki dan amanah yang besar. Begitulah, menjadi ibu dan ayah ni, kita tak boleh ego.
Hidup kita saling memerlukan. Mereka perlukan doa dan redha kita. Kita juga memerlukan doa dan cinta mereka.
3 amalan yang VALID untuk dibawa ‘balik’ ke sana.
– Ilmu bermanfaat.
– Sedekah jariah.
– Doa anak soleh.
Mudah-mudahan. Jom amalkan doa ni sama-sama. Sharekan supaya ramai lagi dapat manfaat.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
‘Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.’
Doakan Alina jugak. InshaAllah!
Kredit: Alina Adenan
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI