Pelakon popular, Nora Danish menangis dan gagal mengawal perasaan sedih ketika menghantar anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia 12 tahun ke sebuah sekolah swasta berasrama penuh.
Menurutnya, walaupun sekolah tersebut hanya terletak tidak jauh dari rumah mereka namun dia tetap tidak mampu berpisah dengan anak sulungnya itu.
“Sedih hari ini, baru sekolah dekat tidak jauh dari rumah , macam mana hendak hantar anak jauh-jauh pergi London, saya memang tidak boleh,”
Tambahnya lagi, Rayqal adalah sumber kekuatan hidupnya kerana melalui anak sulung Nora banyak belajar erti menjadi seorang ibu.
“Kamu adalah kekuatan dan sebab mommy menjadi diri mommy pada hari ini. Sebab kamu sayang. Mommy sayangkan kamu.
“Mommy akan sangat merindui kamu. Mommy tidak tahu bagaimana mahu melaluinya, tetapi Mommy harus menjadi kuat sayang. Untuk kamu!
“Tolong hubungi mommy jika kamu ada masa,”
Melalui hantaran berbeza di lama insta story Nora, dia berharap agar anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim hanya menyambung pelajaran kelak di kawasan yang berhampiran sahaja.
“This boy, tak payah berangan nak pergi mana-mana”
Ibu mana yang tak sebak ketika berpisah dengan anak-anak kesayangan yang dijaga penuh kasih sayang sebesar tapak tangan sehinggalah lebih tinggi dari ibunya kan?
Nora bersama suaminya Nedim dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai sama-sama menghantar Rayqal ke sekolah tersebut.
Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Jejai. Mereka bagaimanapun bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Nora kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Nedim Nazri pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun.
Kredit: Nora Danish
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI