Mona Allen kongsi gambar keluarga, comel Petra pegang adiknya, Persia. Mona Allen selamat bersalin anak keduanya pada 4 Jun yang lalu.
Mona Allen Kongsi Gambar Keluarga, Comel Betul Petra Pegang Adiknya, Persia
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Mona atau nama sebenarnya Muna Hafiraneza, 39, pelakon drama Mr Donut Karamel ini berkongsi gambar keluarganya.
Hantaran Mona dilaman Instagramnya mendapat banyak respon di kalangan warga maya. Ramai yang ‘geram’ tengok gelagat Petra memeluk adiknya, Persia.
Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya:
Untuk info, Mona dan suaminya, Pekin Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos 2022. Manakala anak kedua mereka juga lelaki yang diberi nama Persia Pekin, dilahirkan pada 4 Jun lalu.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Ads
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Noor Neelofa Mohd Nor satu nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Selebriti yang terkenal ini juga merupakan duta-duta bagi produk yang berjenama di luar negara. Kejayaan yang dikecapinya di usia yang muda sangat membanggakan.
Neelofa yang merupakan pengasas kepada Nealofa hijab bersama-sama peminatnya, Neelofa team telah meluangkan masa untuk program CSR di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk melawat si kecil yang sedang bertarung dengan kanser.
Menerusi posting neelofa di instagram, ternyata mereka sangat terharu kerana kedatangan team neelofa disambut baik di HKL.
“I had a great time spending the weekend with my dear fans and these little warriors who are battling cancer at HKL . Thanks to @lajuiceria for joining us with this special csr program. I came to entertain them but at the end, they ended up entertaining all of us with their cheekiness and love ❤ #csrneelofaxneelofateam P/S : @acheykintangkintung , adik Alif nak jumpa Achey ! He’s your biggest fan”
Diterjemahkan
“Saya sangat gembira dapat meluangkan masa hujung minggu bersama-sama peminat saya dan si pejuang kecil ini yang sedang bertarung dengan kanser di HKL. Terima kasih kepada @lajuiceria kerana sudi bersama kami untuk program csr yang istimewa ini. Saya datang untuk menghiburkan mereka tapi akhirnya mereka yang menghiburkan kami semua ❤ #csrneelofaxneelofateam
P/S : @acheykintangkintung , adik Alif nak jumpa Achey ! He’s your biggest fan”
Sedap sungguh suara adik Alif menyanyi kan lagu Achey. Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk tag Achey di ruangan komen Neelofa. Adik Alif nak jumpa Achey, semoga hasratya dimakbulkan.
Tak melepaskan peluang, netizen turut berdoa agar adik Alif cepat sembuh. Sikap Neelofa yang sangat bersahaja dipuji netizen.
Netizen sempat mention nama Achey di ruangan komen Neelofa
Selalunya ramai yang melabelkan anak kedua perangai lain sikit dan berbeza dengan adik beradik lain. Sikapnya orang kata susah nak dijangka tapi jika kena cara didikan dia boleh jadi orang yang hebat.
Istimewa juga anak kedua, mereka lebih pandai berdikari walaupun sesekali agak keras. Ingat walau apa sekalipun, anak-anak kita adalah amanah. Boleh jadi ia ujian, boleh jadi tauladan. Percayalah tiada anak yang lahir terus nakal, cuma kadang-kadang kita yang hilang kesabaran.
Bagaimanapun, perkongsian dari seorang ibu, Nur Haslaily benar-benar menyentuh hati dan boleh membuatkan sesiapa pun mengalir air mata. Beliau berkongsikan sisi lain anak keduanya yang membuatkan hatinya cukup tersentak sehingga tak mampu tahan air mata. Allahuakbar hebat angah!
Orang suka label anak no 2 lain dari yang lain
“Anak nombor 2 ye?”
“Anak nombor 2 memang macam tu…”
Itu ayat biasa yang ibu selalu dengar. Kebanyakan orang suka labelkan anak kedua ini lain daripada anak-anak yang lain. Pelik, unik atau aneh. Malam ni, Allah izinkan ibu melihat anak kedua ibu ini dengan pandangan berbeza. Usai solat Maghrib, ibu minta angah bacakan doa.
“Baca slow-slow boleh ke ibu?” Dia cuba mengelak. Seperti kebiasaannya. “Bacalah kuat-kuat angah. Ibu nak aminkan. Angah nak minta apa? Along dengan adik pun nak aminkan. Malaikat pun nak aminkan.”
“Ala, tak pandai. Malu,” sambil dia tersipu-sipu. “Doalah angah kan nak lego,” along pula menyampuk.
“Bacalah ngah. Bahasa Melayu pun tak apa. Angah anak syurga. Doa angah makbul, Insya Allah.” Ibu pujuk lagi. Dia tarik nafas dalam-dalam sambil menadah tangan.
“Ya Allah tambahkanlah ilmu kami.” “Ya Allah tambahkanlah rezeki kami.” “Amin. Amin.” Ibu sambut. “Ya Allah, bagilah abang aku dapat A dalam semua subjek dia. Janganlah ada B dan C.” “Ya Allah, bagilah abang aku dapat nombor 1 dalam peperiksaan-peperiksaan dia.” “Ya Allah, jadikanlah adik Mu’az ni baik dan bijak.” Kuat dan jelas. Ibu aminkan satu demi satu doanya. Waktu itu mata ibu dah jadi seperti air terjun. Tak mampu ditahan-tahan.
Tulusnya hati mu anak, air mata ibu mengalir laju
Dalam kepala ini automatik terbayang drama dalam TV yang pernah ditonton beberapa tahun dulu. Kisah abang yang hebat, kaya dan berjaya tinggal di kota raya. Adiknya OKU, buta huruf yang tinggal di kampung. Abangnya bila berjaya pandang rendah kepada adiknya yang dilihat serba sederhana. Katanya doanya sentiasa Allah makbulkan. Berbeza dengan adiknya berdoa pun perlu baca pada kertas. Ditakdirkan Allah, adiknya kembali ke Rahmatullah. Ketika abangnya mengemas rumah selepas kematian adiknya, Allah temukan dengan kertas yang terselit di songkok arwah. Teresak-esak abangnya membaca kertas itu. Rupanya doa adiknya. “Ya Allah makbulkanlah segala doa abangku….. ”
Angah Mus’ab masih khusyuk dalam doanya. “Ya Allah banyakanlah rezeki ayahku dan ibuku.” “Ya Allah mudahkanlah kerja ayahku.” “Amin Ya Robbal Alamin.” Terus dipeluk ciumnya ibu.
Pelik agaknya melihat airmata ibu yang masih lebat menitis-nitis laju. “Terima kasih angah doakan kami. Nanti angah doa untuk diri angah juga ye.” Hari ini Allah didik ibu. Pandanglah anak-anak dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tanpa label. Tanpa persepsi. Tanpa sangsi. Kata ulama, “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya, Sekurus-kurus ikan pasti ada isinya. Begitulah juga kita manusia. Sebaik-baik manusia pasti ada kekurangannya. Seburuk-buruk manusia pasti ada kebaikannya.” Kita tak tahu doa ikhlas siapa yang Allah pandang.
Anak-anak kita semua ada kelebihan
Barangkali doa anak kecil yang kita selalu rasa banyak ragamnya. Mungkin juga doa anak yang kita rasa banyak menduga. Ataukah doa anak yang kita rasa biasa-biasa sahaja pencapaiannya.
Boleh jadi doa tulus suci anak yang kita selalu marah-marah. “Ya Allah ampunilah kami. Kami ini ibubapa yang serba kekurangan, yang banyak silap dalam mendidik anak-anak. Tapi mereka ada Engkau, Allah yang Maha Penyayang. Dengan rahmat dan kasih sayangMu, sayangi anak-anak Syurga kami semuanya selama-lamanya…”
Nur Haslaily – Ibu yang sentiasa menumpang doa anak-anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keselamatan anak kecil semasa di rumah sangat penting untuk memastikan tidak berlaku kejadian yang tak diingini. Kadang kala bila di rumah anak-anak akan lebih bebas ke sana sini dan ada ketika ibu bapa tak boleh nak berikan tumpuan sepanjang masa.
Bagi yang tinggal di rumah dua tingkat, keselamatan di tangga sangat penting. Ini kerana anak akan mudah memanjat dan turun tangga sesuka hati. Bukan setakat itu sahaja, jika terlepas pandang pun anak senang je masuk dapur dan bermain dengan peralatan yang ada di dapur.
Sebelum mendatangkan bahaya pada anak-anak, seeloknya kena ada halangan yang selamat untuk mereka. Biar mereka menjerit tak boleh masuk atau memanjat tangga daripada kita menyesal dengan kejadian yang lebih buruk.
Jadi baby safety gate antara yang paling penting mesti ada di rumah jika ada anak kecil. Nak jimat kos boleh cuba DIY sendiri safety gate melalui perkongsian Syazwani Jamil.
Tetiba terasa rajin nak share pasal DIY baby safety gate ni. Padahal dah dekat sebulan dah buat ni.
Okay, ada anak kecil wajib la kena childproof kan rumah terutamanya kawasan yang berbahaya seperti dapur. Sejak Amsyar dah makin rajin explore rumah, selipar dapur pun dia buat main, makanan kucing dalam bekas kat dapur pun dia kutip. Makin clingy jugak, tak boleh kena tinggal, ibu nak masak kat dapur pun dia ikut, maka ayah pun buatkan la safety gate ni.
Design safety gate ni yang terpaling simple je tak canggih pun. Tak boleh slide-slide ke tepi dan tak ada selak-selak berengsel pun. Jenis angkat dan masukkan pintu dalam lubang secara manual je.
Yelah, nak jimat kos dan masa. Kalau tak silap kos barang semua dalam RM30 dan husband buat ni seorang dalam 2 jam je.
Barang-barang yang digunakan semua jenis paip pvc. Nak cerita lebih-lebih tak pandai dan takut salah jadi boleh rujuk gambar je lah ye.
Ala orang lelaki tau la barang-barang ni kan tak yah cerita pun tak apa, design pun simple je ni. Cuma nak bagitau yang husband gam setiap sambungan tu so setakat ni anak pijak, goncang-goncang pagar tu steady lagi lah inshaAllah kukuh jugak.
Cumanya kena kira betul-betul la ukuran sebab dah gam susah nak adjust balik. Ketinggian pagar, jarak antara tiang semua tu boleh la adjust ikut kesesuaian rumah masing-masing. Semoga perkongsian ni bermanfaat.