Ini namanya ulat buku! Seorang pelajar berusia 13 tahun telah mendapat anugerah pemimjam buku terbanyak di Selangor selepas meminjam 1378 naskah sepanjang tahun lepas.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong, Klang yang menerima anugerah itu di Karnival Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 di Pustaka Tun Raja Uda, Seksyen 13.
Tidak seperti remaja lain yang gemar bermain gajet, anak penghantar makanan, Alif Zachary Mohd Arif, 13, berkata, minat terhadap buku mendorongnya menjadikan Perpustakaan Awam Selangor Sungai Udang, Klang sebagai ‘rumah kedua’ sejak tujuh tahun lepas.
“Jarak perpustakaan dengan rumah kira-kira 30 meter. Sejak berusia enam tahun, saya sudah berjinak-jinak dengan pelbagai jenis genre bahan bacaan dan sehingga kini saya masih berulang-alik ke situ bagi menghabiskan masa terluang membaca serta mendapatkan buku-buku yang diminati.
“Biasanya lepas pulang dari sekolah saya akan berehat seketika sebelum membaca. Waktu malam pula saya akan sambung membaca selepas menyiapkan tugasan sekolah.
Remaja ini yang bercita-cita menjadi seorang pendidik membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 selepas menerima anugerah bagi kategori kanak-kanak.
“Saya mendapat kepuasan apabila dapat membaca sambil menyentuh buku secara fizikal. Ia mudah meresap ke dalam minda dan diterjemahkan semula kepada orang di sekeliling saya.
“Saya anak tunggal, jadi saya banyak habiskan masa dengan buku berbanding melakukan aktiviti lain termasuk meluangkan masa bersama rakan-rakan sebaya di kawasan rumah saya,” katanya.
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad (tengah) bergambar bersama penerima anugerah peminjam buku terbanyak bagi tahun 2024 (dari kiri) Nur Jamilatussyukriyyah Abdullah, Alif Zachary Mohd Arif dan Nik Hasrol Hafiz Hashim pada Karnival Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 di Pustaka Tun Raja Uda, Seksyen 13 di sini hari ini. Foto Bernama
Sementara itu, Nik Hasrol Hafiz Hashim, 39, dianugerahkan penerima bagi kategori dewasa dengan jumlah pinjaman 674 bahan bacaan, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.
Pengurus peruncitan di sebuah syarikat swasta itu berkata, beliau dan isterinya menjadikan budaya membaca sebagai satu kemestian dalam keluarga, terutama buat dua orang anaknya.
“Selain minat membaca, saya mahu anak-anak saya juga terdedah dengan minat sama meskipun masing-masing baru berusia lima dan dua tahun enam bulan.
“Saya kurang galakkan mereka untuk menghabiskan masa dengan gajet, tambahan pula tiada televisyen di rumah saya. Jadi dari 674 naskah buku, ada juga buku untuk mereka berdua,” katanya.
Karnival Jom Baca Bersama 10 Minit adalah program tahunan anjuran Kerajaan Selangor di bawah kendalian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), yang kini penganjurannya masuk kali ke-12 dengan tujuan meningkatkan tabiat serta budaya membaca dalam kalangan masyarakat.- Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasar Kea Farm yang terkenal dengan kunjungan pengunjung di hujung minggu kecoh apabila sebuah kereta merempuh empat pejalan kaki di Kilometer 68 Jalan Kea Farm-Brinchang, Cameron Highlands, pada 12 tengah hari semalam.
Dalam kejadian itu, tiga daripada mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berusia 2, 8 dan 10 tahun manakala seorang lagi lelaki berusia 24 tahun turut sama tercedera.
Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 22 tahun tiba-tiba terbabas ke bahu kiri jalan selepas dikatakan diserang sawan ketika memandu.
“Hasil siasatan awal mendapati pemandu berkenaan diserang penyakit sawan ketika memandu, menyebabkan dia hilang kawalan ke atas kenderaannya,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Semua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk mendapatkan rawatan, namun kesemua mereka disahkan hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Pihak polis turut mengesahkan bahawa pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan mempunyai rekod penyakit sawan yang sedia ada.
Selain itu, pemandu kereta tidak mempunyai rekod saman, bebas pengaruh dadah dan tidak mabuk.
Orang ramai turut dinasihatkan sentiasa berwaspada Ketika berada di tempat awam dan pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pendidikan anak bukan hanya soal memberi arahan, tetapi juga tentang bagaimana kita sebagai ibu bapa membina hubungan yang erat dan penuh kasih sayang dengan mereka.
Salah satu kunci untuk membentuk anak yang mudah mendengar kata adalah memastikan mereka merasa “terhubung” atau connected dengan kita.
Hubungan ini tidak terwujud hanya dengan memberi arahan, tetapi melalui masa yang diluangkan bersama, komunikasi yang penuh perhatian, serta pelukan dan pujian yang memberi rasa dihargai.
Perkongsian ini mengingatkan ibu bapa bahawa untuk mendidik anak dengan baik, kita perlu memahami bahasa cinta mereka dan memberi perhatian pada keperluan emosi mereka. Luangkan masa berkualiti bersama anak-anak, kerana melalui cara ini, kita bukan sahaja dapat mendidik mereka, tetapi juga membimbing mereka dengan penuh kasih sayang.
Salah satu rahsia nak anak mudah dengar kata, anak itu rasa “connected ” dengan ibu bapa. Rasa rapat dan erat.
.
Nak senang faham, kita sendiri sebagai orang dewasa akan lebih mudah menerima nasihat dari mereka yang cuba faham kita, bebas dari judgement kepada kita.
.
Kita lebih mudah terima nasihat dari mereka yang selalu luang masa dengan kita dan kenal kita siapa.
Samalah dengan kanak-kanak.
.
Ibu bapa kurang spend masa bermain ,buat aktiviti, duduk berkomunikasi, ada eye contact,
.
Kurang berikan pelukan , kasih sayang, galakan dan pujian, serta senyuman,
.
Maka anak akan rasa jauh dari ibu bapa.
.
Tak rasa “terhubung”.
.
Sentiasalah cari dan create masa berkualiti dengan anak-anak untuk lebih senang membentuk dan menasihati anak.
.
Lain anak, lain bahasa cinta dan cara penuhkan tangki emosi mereka.
.
Spend time dan perhatikan apa yang buat anak happy.
Dan ulang sentiasa.
.
InsyaAllah, bila anak rasa ” connected “, mudahlah untuk anak dibimbing dan dibetulkan silap dan kurangnya.
.
Sumber: Wan Nur Syakira
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.