
Ragam anak kecil memang mencuit hati kita. Anak comel ini yang berusia 3 tahun tujuh bulan nekad buat susu sendiri selepas kakak dan abangnya enggan membantunya.
Menerusi perkongsian ibunya di Tik Tok, @lebiu_capital_a, anak kecilnya itu mula rasa putus asa bila mana meminta bantuan kakak dan abangnya untuk dibancuhkan susu tidak dilayan.
“Sebab kerap sangat mintak susu, asyik kena marah abang dan kakak.
“Dia nekad buat sendiri,” tulisnya di kapsyen.
Anak kecil berusia tiga tahun tujuh bulan itu nekad untuk membancuh susunya sendiri.
Tanpa kekok, anak kecil itu meletakkan air ke dalam botol susunya dengan sukatan tepat dan kemudiannya menyedok susu sendiri ke dalam botol susunya.
Paling menarik perhatian pastinya gaya ‘pro’nya yang berjaya menyedok susu dengan begitu baik tanpa sedikit pun tertumpah ke lantai. Memang terbaik.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji gaya pro anak kecil itu yang begitu tekad untuk membancuh susu sendiri.
Watch on TikTok
Menarik: Pandai Dia Mengadu, Daddy Mummy Kena Kerja, Bijaknya Fatima Mengadu Nasib Dengan Nenek!
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mahu Beri Aafiyah Adik, Siti Nurhaliza Target Tambah Cahaya Mata Sebelum 43 Tahun

Siti Aafiyah, anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia menjadi kesayangan ramai. Dato’ Sri Siti Nurhaliza mensasarkan untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
Beliau yang dilahirkan 11 Januari 1979 menerima kehadiran permata hati pertama pada iaitu Siti Aafiyah yang kini sudah berusia satu tahun selepas 11 tahun menanti.
Artikel berkaitan: [Dah Buat Rawatan IVF 5 Kali! Datuk Seri Siti Nurhaliza Kongsi Dugaan Menanti Zuriat Selama 10 Tahun!]
AWALNYA MAHUKAN ANAK RAMAI
Kata Siti kepada Gempak, hasrat pada awal perkahwinan ialah untuk memiliki anak yang ramai.
“Selepas berkahwin, saya memang teringin untuk mendapat cahaya mata yang ramai. Tetapi hasrat itu tidak kesampaian.
“Alhamdulillah, selepas menanti lama baru saya dikurniakan dengan kehadiran Siti Aafiyah.”
MAHU TAMBAH BILANGAN ANAK SEBELUM USIA 43 TAHUN
Isteri kepada Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa ini juga menyatakan hasrat untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
“Insya-Allah, jika diizinkan Allah dan ada rezeki, saya mahu menambah bilangan cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
“Sebelum itu, saya harus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihar terlebih dahulu.
“Saya mohon doa yang baik-baik dari semua peminat, Insya-Allah,” kata Siti.
SEBAK LIHAT AAFIYAH MEMBESAR
Siti yang ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersama kelab peminatnya, Sitizone di The Pearl Kuala Lumpur menyatakan rasa sebak melihatkan perkembangan si kecil Aafiyah yang kini semakin membesar.
“Masa itu terlalu cepat berjalan. Rasa macam sekejap sahaja, kini Aafiyah sudah boleh berjalan. Jujur saya akui saya rasa sebak dan gembira melihat dia membesar depan mata.
SYUKUR ATAS PENGALAMAN MENJADI IBU
Penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini juga memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan Ilahi memberi peluang menjadi ibu. Siti turut mendoakan pasangan yang masih menantikan kehadiran zuriat dalam rumah tangga.
“Naluri ibu, saya rasakan semuanya pasti dapat fahami apa yang saya sedang hadapi sekarang. Alhamdulillah, Allah memberikan rezeki untuk saya merasai pengalaman menjadi ibu.
“Saya juga mendoakan agar semua ibu bapa yang menanti cahaya mata di luar sana turut dikurniakan rezeki yang sama, Insya-Allah,” katanya lagi.
Sumber: www.gempak.com
Artikel berkaitan: Atas Nasihat Doktor, Siti Bakal Lahirkan Anak Secara Pembedahan 2 Minggu Lagi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Merajuk Sebab Bosan, Joy Revfa Nak ‘Sewa’ Kawan Untuk Anaknya

Anak-anak walaupun masih kecil, namun mereka juga kenal erti bosan. Hari-hari melalui rutin yang sama, ditambah pula tiada adik beradik untuk berkawan, memang membosankan! Yang menjadi mangsa, semestinya kita sebagai ibu dan ayah mereka!
Itulah yang dihadapi oleh USAHAWAN kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin yang berkongsi kisah anaknya di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian itu, anaknya Arryan sering merajuk bila tiada sesiapa ingin main bersamanya. Meskipun sudah menghantarnya ke sekolah untuk berjumpa kawan-kawan, Arryan masih lagi tidak puas bermain dan sering menyebut “nak kawan” semasa di rumah.
Joy yang buntu dengan permintaan Arryan itu turut bertanyakan di kapsyennya untuk menyewa anak lelaki sesiapapun sebaya dengan anaknya untuk sejam kerana dia dan ibunya sudah letih melayani Arryan!
Asyik nk merajuk je kalau takde siapa nk main dgn dia setiap hari. Duk sebut “nak kawan” “nak kawan” sbb dia sorg2 kt rumah ni ? kat school pun still lagi tak puas jugak jumpa kawan2 ??♀️ Mmg sejenis yg nak kena ada “kawan” melayan dia ? Agak2 ader sesiapa yg boleh sewa anak lelaki sebaya Arryan tak per hour..?? ? ibu & tok ibu arryan letih dh ni ?
Anak selalu jadikan kita mangsa untuk main bersama mereka? Ibu ayah perlu ikut cara ni!
1) Bawa anak ke taman permainan
Mungkin di sekolah terhad untuk anak anda bermain bersama kawan-kawannya. Cuba untuk bawa mereka ke taman permainan! Di sana mereka akan berjumpa dengan ramai kawan sekaligus melatih skill komunikasi mereka.
2) Buat kerja rumah bersama mereka
Selalunya ibu akan buat kerja sendirinya dan anak-anak diberikan mainan supaya tidak menggangu mereka. Apa kata ibu ubah sikap ini dengan buat kerja rumah bersama-sama anak! Mesti mereka lebih rasa dihargai kerana bantuan mereka diterima dan dapat mengasah mereka supaya lebih berdikari selepas ini!
3) Berikan tugasan untuk mereka
Selain dari mengajak mereka membuat kerja rumah bersama-sama, ibu juga boleh ‘umpan’ mereka dengan beri tugasan berbentuk permainan untuk mereka. Misalnya, selesaikan pecahan puzzle atau latihan minda seperti sudoku. Kemudian sediakan ganjaran jika mereka berjaya selesaikan tugasan tersebut. Dengan cara ini dapat mengaburi mereka untuk mengajak ibu ayah bermain sekali.
4) Keluar di hujung minggu
Disebabkan hari biasa ibu ayah terasa penat bekerja, mereka lebih memilih untuk berehat di rumah. Namun sebaliknya bagi anak-anak! Mereka sudah terperap di rumah sepanjang ibu ayah bekerja, jadi hujung minggu adalah masa untuknya mendapatkan perhatian ibu ayah mereka!
5) Daftarkan mereka ke kelas
Kenali kemahiran atau minat anak-anak, daftarkan mereka ke kelas tersebut! Bukan hanya dapat berjumpa dengan kawan, malah boleh gilap bakat yang ada dalam dirinya.
SUMBER: Joy Revfa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Orang Negara Maju Sanggup Bawa Car Seat Naik Flight. Pentingnya Car Seat Bagi Mereka

Topik pengunaan kerusi keselamatan bayi/kanak-kanak sangat hangat diperkatakan kerana pada tahun hadapan iaitu tahun 2020 ada peraturan baru yang dikeluarkan kepada semua pengguna jalan raya yang membawa kereta iaitu PENGGUNAAN CAR SEAT telah DIWAJIBKAN di MALAYSIA.
[Baca Selanjutnya: Tak Perlu Sayang Duit Beli Katil Untuk Bayi! Tidur Bersama Hanya Akan Membahayakan Bayi]
Tujuan utama menggunakan car seat adalah untuk KESELAMATAN, bukan undang2-undang semata. Sebaiknya, car seat harus dibeli sebelum anak dilahirkan. Ini untuk persediaan setelah kita dibenarkan pulang dari hospital. Lagi awal kita perkenalkan anak dengan car seat, lebih mudah untuk anak membiasakan diri mereka dengan rutin keselamatan ini.
Di negara luar yang maju, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak telah lama diwajibkan di negara mereka. Malah mereka sanggup membawa kemana sahaja kerusi keselamatan anak-anak demi mematuhi undang-undang dan keselamatan anak-anak. Puan Eda Othman yang bercuti di luar negara tertarik dengan budaya tersebut.
Sekecil-kecil booster tetap dibawa kehulu-hilir
Apa yang saya belajar sepanjang musafir di negara orang. Negara maju… Adalah mentality mereka… Tak dinafikan apabila law mengetatkan untuk memakai car seat, mak ayah ni sampai sanggup bawak naik flight.. Dalam seat kapal terbang pun ada yang pasang.. Dan ada juga yang checked in car seat mereka bila travel intercity atau negara lain. Bila negara mereka buat undang-undang begitu, memang mak ayah letak car seat ni jadi priority. Sekalipun sekecil-kecil booster tetap mereka bawak kehulu kehilir.
Demi keselamatan anak
1 sebab keselamatan anak, 1 lagi sebab mereka akan kena tahan polis dan didenda kalau takde carseat.
Bersyukurlah kerana masih mampu melindungi anak anda
Bila fikir kat Malaysia car seat bakal diwajibkan tahun 2020, saya rasa keluarga yang anak 3 ke bawah dan punyai kereta sekecil-kecil myvi, bersyukur lah kerana anda mampu letak 3 car seat dalam kereta dan mampu lindungi anak anda.
Kemalangan bayi tercampak dari kereta paling tinggi dalam dunia
Saya ada sahabat yang berkerja di jabatan bomba di jln pudu pernah berkongsi bahawa kemalangan maut melibatkan bayi yang tercampak keluar daripada kereta antara yang paling tinggi dalam dunia. Statistik bayi tidak berdosa meninggal dalam keadaan begitu sangat-sangat merisaukan di Malaysia. Selalu di pangku ibu di seat hadapan.. Bahkan anak 2,3 tahun yang kerap gerak ke depan belakang pun sama.. Tanpa carseat..bahkan ada yang sanggup beli tilam angin untuk anak tidur tapi bila ada impak kuat, anak-anak lagi mudah tercampak apabila guna tilam itu.
Letakkan keselamatan anak paling utama
Persoalannya sampai bila kita nak tengok anak-anak tak berdosa terlibat dalam kemalangan yang pada awalnya mampu dicegah? Biar anak menangis daripada kita yang menangis. Untung mereka yang anak tak ramai dan ada kenderaan. Letakkan keselamatan anak paling utama daripada barang-barang beg dan sebagainya.
Tolong alert tentang ini
Untuk mereka yang beranak lebih dari 3, saya doakan moga dipermudahkan urusan kita semua. Yang penting kita usaha cari jalan agar kita tak menjadi sebahagian daripada statistik kemalangan yang menyedihkan ini.
Ibu dan golongan BAPA lebih-lebih lagi.. Tolong alert bab ni..kadag-kadang tengok anak takde car seat, ayah main hp time driving, bawak laju lagi.
Masyarakat barat letak sebagai keutamaan dan keperluan
Kagum tengok masyarakat barat. Sebab mereka letak bab ini sebagai keutamaan dan KEPERLUAN berbanding kemahuan.
Jangan salahkan kerajaan, saban tahun ratusan ribu anak terlibat dalam kemalangan membunuh.
Insyallah. Slowly but surely. We can make a change. Yang penting jangan salahkan kerajaan. Ketahuilah saban tahun ratusan ribu anak-anak terlibat dlm kemalangan membunuh. Yang pasti pakai car seat ni tidak sesukar makan ubat kerana makan ubat ada allergy dan sebagainya tetapi bila pakai car seat, ia mampu melindung jika tidak banyak mungkin sedikit. At the very least!!! Pilihlah CE certification dan jenama yg diiktiraf agar tidak jadi masalah di kemudian hari. Nyawa anak-anak tiada galang ganti.
Survey harga car seat
Harga carseat juga boleh kita survey. Dengar cerita bakal ada promo besar-besaran untuk memberi peluang ibu bapa belikan car seat untuk anak-anak.
Sama sama kita doakan. Sharing With Love.
Sumber: Eda Othman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI