
Lima sekeluarga melalui detik mendebarkan apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki dihanyutkan arus deras di Jalan Bukit Rokan, Gemencheh, awal pagi tadi.
Memetik laporan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad berkata, kesemua mereka yang berumur empat hingga 40-an itu yang dalam perjalanan dari Jelai ke Bukit Rokan diselamatkan selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 12 tengah malam.
“Orang awam yang melalui kawasan tersebut nampak si ayah menolak kereta dan cuba membantu tetapi gagal kerana air terlalu deras dan dalam. Kita selamatkan empat ahli keluarga termasuk tiga anak pasangan berkenaan di atas kereta itu kira-kira jam 3 pagi.

“Si ayah sudah hanyut ke tengah ketika itu dan pasukan berjaya menyelamatkan mangsa hampir dua jam kemudian. Kesemua mangsa dibawa ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.”

Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut berdepan dengan cabaran berikutan air terlalu deras dan dalam serta terpaksa berpatah balik menggunakan laluan yang lebih selamat bagi mencari kenderaan yang dihanyutkan arus itu.
Sumber: Sinar Harian & Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak Nak Lepas, Siap Tarik Muka & Cium. Bukan Main Manja Adelia Dengan Patti!

Sebelum ini tular kisah Adelia dan pengasuhnya yang dipanggil Patti. Hubungan rapat keluarga Adelia dan Patti menjadi bukti betapa muafakatnya rakyat Malaysia biarpun berlainan bangsa. Video tular yang menunjukkan Adelia tidak mahu mengikut ibunya pulang ternyata mencuit hati warganet.
Artikel Menarik: [“Bukan Mudah Besarkan Kami.” Buat Kejutan Untuk Parents, Hafiz Mahamad Belikan Kereta]

Terbaharu, ibu Adelia berkongsi foto anaknya itu bersama Patti dengan kapsyen yang sangat lucu. Di dalam foto tersebut dapat dilihat bayi itu didukung pengasuhnya. Apa yang mencuri perhatian adalah wajah Adelia yang putih melepak disapukan bedak oleh Patti. Memang stail nenek-nenek sangat cara sapu bedak tu!
“Bertepung kau nakk patti sapu bedak.. jangan besar nanti abang ngn kakak nyakat kata adelia anak pungut ,ibu ambil dari orang india sudah😂🤣xpe adelia..surat beranak bukti adelia anak ibu, tapi adelia tetap cucu patti even xde pertalian darah❤️.”
Artikel Menarik: [Tahniah Madammu! Perjalanan IVF Penuh Liku Berhasil, Dirinya Kini Hamil 5 Minggu]

Menurut ibu Adelia, mereka menyewa di pangsapuri yang terletak di George Town manakala suaminya tinggal di Manjung, Perak. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak dan Adelia merupakan yang bongsu. Abang dan kakak Adelia tinggal bersama bapa mereka, hanya Adelia dan ibunya berdua di Pulau Pinang.
Sebuah video baru yang dimuatnaik oleh ibu Adelia di Tiktok araa_vaniella juga mendapat perhatian warganet.
Jom tengok video ini;
@araa_vaniellamaybe adelia ingat ibu yang babysitter adelia ni♬ Spooky comedy-like pop – SOUND BANK
Ini komen yang ditinggalkan warganet;





Artikel Menarik: [Jangan Anggap Remeh, Ada Risiko Ginjal Rosak Kalau Kencing Kotor Waktu Hamil]
Patti adalah jiran mereka dan dia sendiri yang meminta izin untuk mengasuh Adelia. Beruntung sungguh Adelia mempunyai pengasuh sebaik Patti yang menjaganya seperti cucu sendiri.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami Tak Beritahu Kenapa Sentap, Tapi Mungkin Ini Yang Isteri Buat Sampai Dia Terasa Hati

Dalam rumah tangga, tidak dinafikan ada pasang surutnya. Biasalah kalau berselisihan faham, itu semua dapat menguatkan lagi rasa sayang antara pasangan. Namun, kebanyakan isteri ada masanya teralpa kerana terlalu sibuk menguruskan rumah tangga, mereka mengabaikan perasaan suami.
Artikel Menarik: [Anak Suka Melawan Cakap, Suami Isteri Asyik Bergaduh. Cuba Check Bilik Air, Confirm Kotor!]
Biarpun suami nampak gagah dan seperti tidak kisah, sebenarnya jauh di sudut hati pasti ada terguris perasaan mereka. Mungkin juga mereka tertanya-tanya ke mana perginya isteri yang memberi perhatian dan memanjakan mereka. Wahai isteri, ketahuilah ada beberapa hal yang boleh membuatka suami tawar hati dan kasih sayangnya terhakis sedikit demi sedikit.
Pa&Ma kongsikan lima sikap isteri yang secara tidak langsung boleh melukakan hati suami dan mengganggu guat kebahagiaan perkahwinan seperti yang dinyatakan oleh familyshare.com
1. Boros & Berbelanja Melebihi Kemampuan
Sentiasalah bersyukur dengan setiap apa yang anda miliki. Jangan berbelanja berlebihan dan paling penting, mengikut kemampuan pasangan. Biarpun anda bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, lebih molek jika berbincang dengan suami sebelum berbelanja. Apabila seorang isteri sentiasa merungut akan kekurangan suami dari segi kewangan, ia sangat tidak bagus. Suami akan tertekan dan merasakan dirinya gagal menjadi ketua keluarga yang baik.
Artikel Menarik: [Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri Amalkan Bacaan Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Ya Latif & Selawat]
2. Asyik Negatif
Jangan terlalu banyak berfikir perkara yang bukan-bukan. Kebanyakan isteri cenderung membebel pada suami tentang perkara yang tidak berkaitan dengan hubungan mereka. Isteri oleh meluahkan perasaan kepada suami, tetapi jangan sampai menjadi rungutan dan membebel tanpa henti.

Lelaki tidak suka jika isteri terlalu banyak marah-marah dan berleter. Anda harus faham, cara lelaki menangani sesuatu masalah secara perlahan-lahan. Mereka lebih suka melakukannya satu per satu, tidak seperti wanita yang suka menyelesaikannya pada satu masa yang sama.
3. Hal Lain Jadi Keutamaan, Suami Tidak Dipedulikan
Apabila isteri terlalu banyak mengutamakan hal-hal lain, suami akan terasa seperti diabaikan. Mereka juga akan terasa dipinggirkan oleh isteri. Sifat lelaki sukakan perhatian, jadi apabila isteri tidak mengendahkan suami kerana sibuk menguruskan perkara lain, sedikit sebanyak ia akan mengguris perasaan mereka.

Bukanlah perlu duduk depan suami 24 jam, tetapi sekurang-kurangnya bertanyalah perihal mereka juga pada hari tersebut. Tidak dinafikan salah satu faktor penceraian hari ini adalah kerana kurang menghargai antara satu sama lain.
4. Tiada Lagi Sentuhan Manja
Suami sangat sukakan belaian dari isterinya. Apabila ereka mengajak isteri untuk ‘tidur’ bersama, tetapi ditolak pastinya ia akan melukakan hati suami. Oleh sebab itulah, di dalam Islam sekalipun menganjurkan supaya isteri sentiasa memenuhi permintaan suami, namun perkara inilah yang serin para isteri terlepas pandang.

Suami yang romantis biasanya suka berkongsi momen intimasi dan peribadi hanya dengan isterinya. Penat bekerja atau tekanan lain yang emngganggu sebenarnya boleh dilegakan denga hubungan intim.
5. Suka ‘Sembunyi’
Isteri biasanya suka protes dan tunjuk perasaan dengan tidak berterus terang dengan keinginan mereka yang sebenarnya. Suami tidak dapat ‘menangkap’ apa maksud tersirat di sebalik kata-kata isteri jika tidak straight to the point. Oleh itu, jika isteri ada apa sahaja perkara yang ingin diberitahu kepada suami, lebih baik jika ia disampaikan secara berterus terang.
Artikel Menarik: [Biar Anak Dah Berderet, Dating Suami Isteri Tetap Penting. Rugilah Kalau Buat Tak Kisah!]
Tiada salahnya untuk sesekali berbalah dengan pasangan. ia sebenarnya mengajar kita erti kasih sayang serta membuatkan kita lebih mengenali dirinya yang sebenarnya. Sekurang-kurangnya apabila perselisihan pendapat begini terjadi, ia akan menjadikan kita dan pasangan lebih matang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi Dua Beranak Ditemui Reput: Adik Luah Sedih, Tak Sangka Itu Kali Terakhir Bertemu Kakak

Tiada siapa sangka, panggilan terakhir itu menjadi yang terakhir. Keluarga wanita yang ditemui meninggal dunia bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir masih terkejut dan tidak mampu menelan kenyataan yang terlalu pahit itu.
Wanita itu daripada tujuh beradik itu langsung tidak menunjukkan sebarang tanda, jauh sekali mengalami masalah kesihatan. Malah, menurut adiknya, kakaknya tidak pernah berkongsi kisah peribadi, apatah lagi untuk merungut tentang beban hidup.
Kini, yang tinggal hanyalah penyesalan kerana tak sempat bertanya lebih, tak sempat peluk lebih erat, dan tak sempat untuk tahu, bahawa seorang kakak sedang menyimpan seribu rasa dalam diam.
Keluarga wanita yang ditemui meninggal dunia bersama anak perempuannya di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir mendakwa mangsa tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.
Artikel Berkaitan: Mayat Ibu Dan Anak Kecil Temui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur
Adik kepada wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Noor berkata, kakaknya tidak pernah berkongsi hal peribadi dengan keluarga sebelum ini.
“Saya selalu juga berhubung dengan kakak melalui panggilan telefon atau WhatsApp. Kali terakhir kami berjumpa pada Mei lalu.”- adik mangsa

“Apa yang saya tahu, kakak saya sihat dan tidak ada sebarang penyakit,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini pada Selasa.
Tambah Noor, mereka sekeluarga masih terkejut dengan kematian wanita yang merupakan anak kedua daripada tujuh beradik itu.
Pihak keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas dimaklumkan mengenai penemuan mayat dua beranak itu oleh pihak polis. Buat masa ini, mereka hanya mampu menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Dalam pada itu, apabila ditanya sama ada kediaman itu disewa, Noor berkata, ia merupakan rumah milik kakaknya sendiri.
“Kakak memang tidak bekerja, namun itu adalah rumahnya sendiri. Dia telah berpisah dengan bekas suami, tetapi saya tidak pasti sudah berapa lama mereka berpisah.”
Dalam keadaan penuh emosi, ahli keluarga memaklumkan bahawa mereka enggan membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut. Mereka akur dengan ketentuan takdir meskipun kehilangan itu amat menyakitkan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


