Bermula dengan hanya sekadar suka-suka, atas sokongan ramai yang membantu perniagaan candy anak kepada selebriti Achey, Tiara Zinniriah, bapa penyayang itu menyumbangkan sebuah van jenazah untuk kegunaan semua.
Melalui Instagram, Achey memuat naik video ketika berkongsi hadiah itu yang merupakan hasil daripada sumbangan perniagaan Tiara.
Melalui perkongsian Achey, kereta jenis mpv yang dijadikan van jenazah itu adalah atas sumbangan semua orang yang membantu perniagaan anaknya di Tik Tok sehingga tular baru-baru ini.
“Seperti yang dijanjikan, belakang ini adalah achievement seorang anak yang bernama Nur Tiara Zinniriah Nasir.
Ads
“Alhamdulilah inilah adalah pencapaian atas sokongan anda semua yang sokong perniagaan candy Tiara untuk kita semua merasa.
“Sebuah mpv untuk kita semua,” kata Achey berkongsi.
Menerusi videonya kongsi Achey lagi, van jenazah itu tidaklah begitu memuaskan hati namun ia diberikan secara percuma sambil berharap dapat memudahkan urusan pada yang memerlukan.
Ads
Bukan itu sahaja, bahkan Achey sekeluarga juga turut menyediakan set kain kafan percuma buat keluarga waris yang kurang berkemampuan. Saham akhirat yang tinggi nilainya buat keluarga ini.
Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat dan penyokong setia anak kecil itu turut mendoakan agar rezeki Tiara dan Achey sekeluarga merimpah luah.
Terdahulu, Achey melunaskan hasrat anaknya, Tiara untuk berniaga gula-gula di atas talian. Namun tanpa disangka-sangka perniagaan itu mendapat sambutan luar biasa dari orang ramai.
Tahun 2025 merupakan kali pertama diadakan Top Educator Pa&Ma yang menghimpunkan jenama-jenama hebat dari institusi kewangan, taska, pra sekolah, dan pusat perkembangan kanak-kanak untuk diraikan penuh makna.
Ia bukan sekadar penganugerahan tetapi satu pengiktirafan terhadap usaha, keringat dan komitmen mereka yang bekerja tanpa penat demi memastikan ibu bapa di Malaysia dapat memilih pendidikan terbaik untuk anak-anak. Buat julung kalinya telah menyaksikan satu nama yang cukup menonjol dan layak diangkat iaitu KUMON bagi anugerah Pusat Pembelajaran Berprestasi Tinggi Matematik & Bahasa Inggeris 2025.
Di Sebalik Kaedah KUMON: Kisah Seorang Ayah Memahami Anaknya
KUMON bermula dengan cerita yang sangat sederhana tetapi penuh makna. Pengasasnya, Toru Kumon, seorang guru Matematik di Jepun, mencipta lembaran kerja khas untuk membantu anaknya memahami asas matematik secara langkah demi langkah. Dari situ lahirlah falsafah KUMON yang kini digunakan di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Falsafah yang dibawa beliau cukup jelas:
Visi KUMON Malaysia: Membangunkan Potensi Setiap Anak, Satu Lembaran Kerja Pada Satu Masa
KUMON percaya setiap anak menyimpan potensi besar dan ia hanya memerlukan peluang untuk bersinar. Visi KUMON adalah melahirkan pelajar yang berdikari, yakin dan berdaya tahan, dengan asas akademik kukuh serta minda yang optimis.
Dalam operasi harian, falsafah ini diterjemahkan dengan penuh disiplin:
Dalam Kelas
Instruktor memantau pelajar melalui pemerhatian, rekod kemajuan dan ujian diagnostik. Suasana kelas dibuat supaya anak fokus dan berani mencuba dahulu sebelum bertanya.
Modul Pembelajaran
Modul Matematik & English disusun secara kecil dan progresif supaya anak tak rasa terbeban. Latihan harian membina fokus, ketekunan dan tabiat belajar yang konsisten.
Pendekatan Peribadi Kepada Setiap Pelajar Setiap anak bermula pada tahap mereka sendiri, bukan mengikut umur atau darjah. Instruktor pula sentiasa memberi sasaran realistik dan motivasi supaya anak terus maju mengikut ritma mereka.
30 Tahun di Malaysia, Bermula Dari Shah Alam ke 212 Pusat Seluruh Negara
KUMON Malaysia bermula pada tahun 1995. Ketika itu, ‘program pembelajaran kendiri selepas sekolah’ masih asing bagi kebanyakan keluarga Malaysia. Namun, sejak pusat pertama dibuka di Shah Alam, kepercayaan semakin bertambah.
Hari ini, KUMON memasuki tahun ke 30 dengan lebih 42,000 pelajar dan 212 pusat seluruh negara. Mereka juga menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Pusat Pengayaan Matematik Terbesar dan Pusat Pengayaan Bahasa Inggeris Terbesar di Malaysia pada tahun 2025.
Apakah Rahsia KUMON Terus Berkembang?
Ibu bapa memilih KUMON bukan semata kerana akademik, tetapi kerana transformasi karakter yang dibentuk melalui rutin dan disiplin. Kaedah “just-right level” yang mengikut kemampuan anak menjadi tarikan utama. Kanak-kanak yang cepat boleh pergi lebih jauh, manakala yang perlahan diberi asas kukuh tanpa tekanan.
Pada tahun 2023, pelancaran KUMON CONNECT, platform pembelajaran digital berasaskan tablet, menjadikan kaedah ini lebih fleksibel. Anak-anak belajar di mana saja, manakala instruktur memantau hampir secara real time. Ia membuka ruang pembelajaran yang lebih konsisten dan mesra ibu bapa.
Pasukan Pengajar Lebih 200 Instruktur, Lebih 400 Pembantu, Satu Tekad Sama
Di Malaysia, lebih 200 Instruktur Kumon dan 400 pembantu terlatih memastikan setiap anak mendapat perhatian yang tepat. Sebelum seseorang merancang untuk membuka pusat KUMON, mereka perlu mengikuti 3 minggu latihan intensif merangkumi metodologi, bahan pembelajaran, penilaian, komunikasi dengan ibu bapa dan pengurusan pusat.
Selepas itu, sokongan berterusan diberikan melalui seminar nasional, sesi belajar berkumpulan dan persidangan. Inilah sebab KUMON mampu mengekalkan standard global kerana setiap instruktur tahu mereka sedang membentuk masa depan seseorang anak.
Cabaran Awal Meyakinkan Ibu Bapa Tentang Pembelajaran Kendiri
Ketika KUMON masuk ke Malaysia pada 1995, cabaran terbesar bukanlah pembinaan pusat tetapi pembinaan kepercayaan. Pada masa itu, ramai ibu bapa lebih biasa dengan tuisyen tradisional. Namun falsafah ‘setiap anak boleh berkembang pada kadar sendiri’ mula mendapat tempat.
Ramai ibu bapa mula sedar bahawa pembelajaran kendiri membina lebih daripada markah tetapi ia membantu untuk membina watak, ketekunan dan kebolehan anak mengurus masa.
Pencapaian dan Kisah Pelajar yang Menyentuh Hati
Antara pencapaian terbesar KUMON Malaysia ialah rekod nasional sebagai pusat pengayaan Matematik dan Bahasa Inggeris terbesar di negara ini tetapi lebih besar daripada pengiktirafan ialah kisah pelajar-pelajarnya sendiri.
Kisah Nur Khayra Delisyaa, 11 tahun:
“Kumon ajar saya jadi lebih berdisiplin dan yakin. Saya buat worksheet setiap hari lepas sekolah. Bila saya berjaya habiskan tahap yang susah, saya rasa macam menang besar. Tahun 2025 saya masuk Pertandingan Penulisan Esei Komanwel Antarabangsa. Pengajar Kumon saya banyak bantu saya percaya pada diri sendiri.”
Program seperti Advanced Student Forum (ASF) dan English Talk Show pula menjadi platform anak-anak berkongsi kejayaan dan inspirasi, malah kadang-kadang tokoh seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar hadir memberi semangat.
Masa Depan KUMON – Lebih Digital, Lebih Fleksibel, Lebih Terbuka Untuk Semua
Dalam lima tahun akan datang, inisiatif terbesar KUMON Malaysia ialah memperkasa KUMON CONNECT sebagai usaha digitalisasi yang membuat pembelajaran lebih fleksibel.
Berikut ialah gambaran ringkas ciri dan manfaatnya:
Harapan KUMON Untuk Anak-Anak Malaysia
KUMON melihat masa depan yang cerah masa depan di mana setiap anak Malaysia mampu belajar sendiri, yakin dan tidak mudah putus asa. Di mana ibu bapa, sekolah dan komuniti sama-sama menjadi pasukan sokongan untuk membina generasi yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga cemerlang karakter. KUMON percaya apabila seorang anak tahu bagaimana untuk belajar, dia sedang belajar bagaimana untuk hidup.
Tahniah sekali lagi buat KUMON yang telah terpilih sebagai Top Educator Pa&Ma 2025 dengan anugerah Pusat Pembelajaran Berprestasi Tinggi Matematik & Bahasa Inggeris!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy Anam yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Akim sebentar tadi menerusi Instagramnya. Menurut hantaran Akim, Stacy selamat melahirkan anak lelaki mereka pada jam 10.19 pagi tadi.
Menerusi hantaran itu juga, Akim meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki dari Allah malah amat bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan.
“Segala pujian selayaknya untuk-Mu ya Allah.
“Jam 10.19 pagi 6 ogos 2022 bersamaan 8 muharram 1444 hijrah, isteriku tercinta @stacyanam telah selamat melahirkan anak lelaki kami, alhamdulillah,” tulis Akim penuh rasa syukur.
Dalam entrinya juga, bapa kepada seorang cahaya mata ini juga turut berterima kasih atas pengorbanan isterinya dalam melahirkan cahaya mata kedua mereka.
Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Eshaal yang kini berusia 5 tahun serta mempunyai seorang anak angkat perempuan, Bella Deluna berusia 10 tahun.
Beberapa hari saja lagi Ramadan akan menjengah. Apabila menyebut tentang bulan puasa, pasti bayaran zakat sinonim dengannya. Bayaran zakat dikira mengikut jumlah kepala di dalam keluarga (jika dibayar oleh ketua keluarga) dan mengikut harga beras.
Pun begitu, ada segelintir masyarakat yang makan jenis lain seperti beras basmathi atau quinoa. Quinoa merupakan pilihan yang lebih sihat serta mempunyai kandungan fiber yang lebih tinggi serta bebas gluten. Maka dengan itu, harganya lebih mahal dari beras biasa.
Mengikut bebenang yang dikongsikan oleh Ustaz Faisal Rahim, sekiranya seseorang itu mengamalkan quinoa di dalam diet hariannya, maka kadar zakat fitrahnya juga berbeza. Bebenang ini dikongsikan oleh Noryussyairah Yussof di laman Facebook beliau.
Ikuti penjelasan ini:
Baiklah, siapa sini beragama Islam tapi makan beras selain beras putih biasa? (contoh beras lain : Beras Basmathi, Quinoa, dll. Senang cerita beras mahal.)
Korang tau tak, korang yang guna beras mahal ni kadar zakat korang tak boleh sama dengan kadar zakat orang yang makan beras biasa. Kadr zakat untuk pengguna beras mahal ni tinggi sikit. Baca thread bawah ni untuk tau lebih lanjut pasal ni. Nanti refer dengan bahagian Zakat negeri masing-masing ok.
Untuk Ira, Ira memang baru tahu pasal ni. Means last year kami terkurang bayar zakat sebab kami guna beras mahal dekat rumah sewa. So, kami kena ganti balik yang terkurang tu. Semoga bermanfaat untuk korang semua ok! 😊
Menurut Ustaz Faisal, quinoa bukanlah pilihan untuk orang biasa kerana harganya yang mahal. Anggaran harganya untuk berat 400gm adalah lebih kurang seperti harga 10kg beras biasa.
Sekiranya quinoa dimakan sesekali, ia tidak menjadi makanan asasi. Hanya mereka yang makan quinoa setiap hari sehingga menggantikan beras, perlu membayar kadar zakat fitrah yang lebih.
Sama seperti mereka yang mengamalkan beras basmathi atau beras perang. Jika dimakan sesekali dan tidak menjadi kebiasaan, bayaran zakat fitrah mengikut harga beras biasa. Tambah Ustaz Faisal lagi, kebanyakan negeri di Malaysia sudah membuat perbezaan kadar zakat fitrah mengikut beras yang dimakan.
Kata Ustaz Faisal lagi, bayaran zakat fitrah ini hanya berbeza untuk seorang sahaja. Seperti contoh, pasangan yang memakan beras perang. Hanya seorang yang perlu bayar RM21.00 manakal seorang lagi harga biasa iaitu RM7. Jumlahnya RM28.00. Amil tidak akan bertanya jenis beras yang dimakan, si pembayar harus memaklumkan kepadanya.
Jelas ustaz lagi, pengambilan beras dalam kalangan masyarakat ada masanya di atas sebab tertentu. Sekiranya jenis-jenis beras ini dimakan dalam tempoh tertentu, maka ia tidak dikira sebagai makanan asas dan hanya perlu bayar zakat mengikut kadar beras biasa.
Info tambahan:
Hukumnya sunat untuk membayar zakat fitrah mengikut beras yang dimakan. Sebagai contoh, Lembaga Zakat Negeri Selangor telah menetapkan untuk membayar zakat mengikut harga beras yang dimakan. Manakala di negeri Sarawak pula, mereka mengikut majoriti beras yang digunakan penduduknya dan bukan mengikut minoriti.
Justeru, jelaslah penetapan zakat fitrah tidak hanya mengikuti jenis makanan yang dimakan oleh pembayar zakat secara individu sebaliknya berdasarkan jenis purata beras yang dimakan penduduk sesebuah negeri. Wallahua’lam.