Inspirasi

MUA Bellaz Dipuji Pemurah, Agih Bantuan Mangsa Banjir Guna Barang Dari Kedai Runcit Sendiri!

Share

Juru solek terkenal, MUA Bellaz tampil memberi bantuan kepada penduduk yang terkesan dengan banjir selepas Kedah dilanda banjir sejak minggu lalu.

Tidak mahu berdiam diri bahkan Bellaz dan suaminya berulang alik memberi bantuan kepada penduduk sekitar yang terkesan.

Apa yang lebih mengharukan susulan ramai yang mengalami kesulitan dalam mendapatkan bekalan makanan sejak bencana alam itu berlaku, Bellaz dan suami menyerahkan bantuan bekalan makanan dari kedai runcitnya sendiri untuk diagihkan kepada orang ramai. Satu usaha yang seharusnya dipuji.

“Rumah Bellaz dah surut banjir alhamdulilah. Dah boleh keluar dah. Insyallah Bellaz dan Mat Nuart dan Team Bellaz Beauty akan agihkan dalam beberapa bantuan makanan dari kedai Bella Z Mart Nuart untuk mangsa banjir yang terjejas di Alor Setar.

“Insyallah kedai runcit Mat Nuart akan beroperasi beberapa minggu lagi. Doakan hampa semoga dipermudahkan,” tulisnya.

Bahkan hasil pembelian produk orang ramai, Bellaz juga turut menyelitkan keuntungan pembelian itu untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

“Terima ksih buat pelanggan Bellaz Beauty semua yang support Bellaz. Duit yang hampa beli barang Bellaz, Bellaz selitkan jugak bantu keluarga yang memerlukan. Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain,” kongsinya menerusi kapsyen.

Perkongsian ibu kepada empat cahaya mata ini pastinya mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan yang dilakukan Bellaz dan suami.

Wargamaya turut mendoakan agar Bellaz dan suami terus dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan susulan bantuan yang diberikan kepada masyarakat setempat walaupun kediamannya sendiri turut mengalami banjir.

Bellaz sebelum ini turut tular kerana sempat melaram sakan dengan mengambil gambar Oufit Of The Day (OOTD) sewaktu meredah banjir.

Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!

MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil

Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Published by
SRM