Setiap ibu yang ada anak kecil pasti akan melalui fasa anak sedang melasak, menyepahkan rumah, makan tumpah dan macam-macam lagi. Momen ini akan dilalui dalam tempoh beberapa tahun sahaja sebelum anak boleh berfikir dengan baik.
Begitu juga yang dilalui oleh influencer dan jurusolek popular, MUA Bellaz yang mempunyai empat orang anak yang masih kecil dan masing-masing turut mempunyai ragam berbeza. Mungkin orang tengok MUA Bellaz tenang-tenang saja urus anak namun hakikatnya sama seperti ibu lain juga.
Menerusi perkongsian MUA Bellaz di instagramnya baru-baru ini, dia berkongsi kisah anak-anaknya yang turut sama menyepahkan rumah dan tetap kena kemas juga kerana tidak mempunyai pembantu rumah.
Geram memang geram tapi nak marah pun tak boleh juga sebab anak bukan faham sepenuhnya lagi kecuali kita yang kena ajar dan didik sebaiknya.
“Gamaknya anak ku ni tau mak dia nak buat look suri rumah malam ni.. Sebelum live tadi mereka ada minta KFC. Bellaz order siap-siap sebelum live. Lepastu habis live ku turun dari tingkat atas ke bawah, tengok masyaAllah habis bersepah mereka buat.
“Allah anak, padahal baru kemas, tak sempat seminit dua habis bersepah semula. Terus tak ada mood nak bergaya melawa,” tulisnya.
Bellaz berkongsi kehidupannya secara real sebagai ibu suri rumah kerana inilah realiti sebenarnya. Orang nampak Bellaz make up cantik je.
Sesekali bila ditunjukkan keadaan sebenar, ramai yang menyokong Bellaz dan memahami kehidupan sebenar suri rumah yang sentiasa perlu urus anak dan rumah tangga sepanjang masa.
Perkongsian Bellaz telah mendapat maklum balas positif dan ramai memuji Bellaz. Walaupun berduit, hidup senang, bab menguruskan anak dan rumah tangga dia masih uruskan sendiri.
“Suri rumah vogue ni..”
Kredit: IG MUA Bellaz
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)