Anak kecil kita kebiasaannya akan moody bila bangun tidur, namun lain pula halnya dengan anak kedua penyanyi, Tasha Manshahar yang begitu baik moodnya.
Semuanya selepas dipujuk oleh abang sulungnya, Muammar Rafiqi dengan begitu lembut sekaligus diajak untuk bermain.
Video perkongsian Tasha menerusi Instagramnya itu tentu sahaja menarik perhatian ramai malah mengagumi gaya abang sulung itu memujuk adiknya, Mateen Rizqi.
Menurut perkongsian Tasha, anak keduanya, Mateen sebenarnya cukup mengidolakan abang sulungnya itu.
“Bismillahi MasyaAllah. Mateen ni mengidolakan Muammar. Maybe sebab Muammar jelah kawan dia sekarang.
“Apa abang dia buat, dia nak buat. Abang dia pergi mana-mana dia nak ikut. And apa je yang Muammar cakap atau minta tolong, dia buat,” katanya berkongsi.
Bahkan kongsi Tasha lagi, anak sulungnya itu seperti punya kemahiran untuk memujuk adiknya dengan baik dan itu sudah pasti menyenangkannya sebagai ibu.
“Kalau Mateen merajuk atau takde mood, Muammar macam ada skill nak pujuk dia.
“Mateen bangun tidur especially kalau tidur petang macam dalam video ni mesti dia nangis. Masa ni dah senja nak maghrib, mommy malas nak layan moody dia bangun tidur tu.
“Tu mommy minta tolong Muammar kejut. Elok je kan kalau abang. Tapi ada time berantem jugak dua beradik ni! Tak sempatnya nak record. Semoga Muammar Mateen jadi best friends sampai bila-bila,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut setia Tasha turut kagum melihat kelembutan suara Muammar dan gayanya yang cukup baik dan bertanggungjawab sebagai abang sulung.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!