Muammar Dah Big Boy, Pandai Nak Makan Sendiri. Tasha Manshahar Kongsi Teknik Nak Bagi Anak Makan Sendiri Bila Tiba Waktunya

Share

Anak-anak memang suka meneroka. Bukan sahaja nak teroka barang-barang yang ada di sekitar mereka malah juga cara penerokaan tentang pemakanan mereka. Setiap anak-anak memang ada fasa dimana mereka sudah mahu makan sendiri.

Seperti yang dikongsikan oleh penyanyi Tasha Manshahar tentang anaknya Muammar yang kini sudah masuk fasa tidak mahu makan sangat. Namun menurut Tasha anaknya itu sangat aktif.

Walaupun anaknya sudah kurang mahu makan, Tasha tidak pernah gagal untuk menyediakan makanan buat Muammar. Jelas Tasha Muammar sekarang sudah berubah selera makannya dan sudah mahu makan sendiri.

Oleh kerana si kecilnya sudah ingin makan sendiri, Tasha ada berkongsi video teknik yang boleh dicuba oleh ibu-ibu lain untuk ajar anak yang masih kecil makan sendiri. Namun teknik ni perlulah di demo terlebih dahulu oleh ibu sebab anak-anak kan lebih mudah belajar dengan cara begitu.

“Muammar dah masuk fasa taknak makan sangat. Makan 2 3 suap pastu taknak dah. Tapi aktif dia ya rabbiiii. But without failed, tetap jugak mommy prepare makanan untuk dia setiap hari walaupun end up byk buang je.

“Porridge, nasi lembik, pasta, dia tak interested sgt dah. Tapi, bila bagi nasi impit dia selera pulak. Pastu kita carikkan siap-siap lauk dia. Tu pun dia taknak org suap ya! Dia nak makan sendiri.

“Bila makan sendiri tu tahu jelah kan, byklah kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan selepas tu Mommy layankan je asal Muammar nak makan. (Jangan risau, ada je resipi kari untuk baby) oh ye, yg dalam video ni nasi impit mini tu belah 4, isi ikan tu dah carik. Ikan dia ada dalam mangkuk lain.

“Ni antara teknik mommies boleh cuba utk ajar anak makan sendiri. Jgn letak byk2. Letak satu2, so dorg akan fokus utk kutip dan suap dlm mulut instead of main2 je dgn makanan tu. Awal-awal mommies kena demonstrate dulu tau. And of course it takes time and kena selalu practice.

“Sehari dua ni bila mommy dah tahu Muammar nak makan macam mana, baru nampak Muammar enjoy makan mcm sebelum-sebelum ni,” tulisnya di Instagram.

Fasa yang berubah-ubah

Menurut penyanyi dan juga guru ini, anak-anak memang akan melalui fasa tumbesaran yang berubah-ubah mengikut peredaran masa. Selera yang berubah juga merupakan salah satu antara fasa yang akan dilalui oleh anak-anak.

Muammar rupanya bakal menyambut ulang tahun yang pertama pada Jun nanti. Dalam perkongsian itu, Tasha menyatakan bahawa dia keliru sama ada untuk gembira atau sedih kerana anak sudah membesar. Biasalah mak-mak kan bila rasa anak membesar terlalu cepat sayu pula hati tu.

“Fasa anak ni mmg akan berubah-ubah. Sebab physically, mentally dorg pun berubah ikut peredaran masa. So yes normal la selera dorg berubah, akal pun makin byk.

“Kita doa anak kita sentiasa mudah diuruskan atau doa supaya kita sebagai ibubapa mudah faham dan adapt dengan perubahan anak, supaya kita dapat beri yg terbaik, mereka pun membesar dgn cara terbaik. Aamiin.

“Tak lama lagi Muammar nak happy birthday dahhhh. Mommy masih confused dengan perasaan sendiri, nak happy ke nak sad. Ada tak friend Muammar dekat sini yang birthday bulan Jun?,” tulisnya lagi.

Tasha Manshahar mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raqib Majid pada 8 September 2018. Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan anak sulung, Muammar Rafiqi pada 21 Jun 2019. Happy Birthday In Advance Muammar!

Sumber: Tasha Manshahar

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah