Perasan tak setiap kali kita ke klinik yang lain atau beli sendiri ubat di farmasi, dos setiap ubat lain-lain. Sedangkan ubat yang kita minta itu adalah ubat demam untuk anak yang sama.

Ada setengah ubat tu perlu diberikan kurang dari 5ml atau lebih dari itu. Kenapa sedemikian? Ini antara persoalan yang ibu bapa tertanya-tanya.

Contoh sirap Paracetamol 120mg/5ml.

Bagi perkongsian kali ini, anda sebagai ibu bapa akan faham pengiraan untuk setiap ubat yang betul dengan memuat naik aplikasi “Kalkukator Sirap Paracetamol”.

(Situasi) Pada suatu malam di kaunter Farmasi Kecemasan.

A: Ni Paracetamol ya puan, untuk demam. Berikan anak puan minum 7ml, 4 Kali sehari selepas makan.

B: 7ml? (Bertanya dengan nada hairan)

A: Ya puan, 7ml kenapa ya puan?

B: Banyaknya 7ml tu? (Memberitahu dengan nada bertanya)

A: Owh! Memang kena minum 7ml puan. Kita dah kira tadi berdasarkan dose. Berat anak puan 11.2kg kan?

B: Ya, beratnya 11.2kg masa timbang tadi. Tetapi sebelum ni di klinik kat luar tak ada la di suruh minum sebanyak tu. Minum sedikit sahaja.

A: Pasal ini rupanya puan tertanya-tanya. Ok macam ni puan. Ada banyak jenama sirap Paracetamol ni. Selain tu dose sirap pun berbeza. Biasanya 120mg/5ml dan 250mg/5ml. 250mg/5ml ni dose per ml atau kepekatannya lebih tinggi, kalau guna yang ini perkiraannya memang kena minum sedikit berbanding yang 120mg/5ml. Jadi kemungkinan sebelum ni puan guna yang 250mg/ml la. (Rujuk gambar terakhir untuk variasi sirap Paracetamol).

B: Ooo.. Begitu rupanya.

A: Lagi pun kita berikan sirap Paracetamol ni berdasarkan berat anak puan. Saya dah kira balik memang betul 7ml. 15mg/kg x 11.2kg x 5ml ÷ 120mg = 7ml. Mungkin ketika ke klinik luar sebelum ni, berat anak puan berbeza dan tak seberat hari ni. Perkara ini juga boleh menjadi faktor banyak mana sirap Paracetamol perlu diberikan kepada anak puan.

B: Terima kasihlah kerana jelaskan. Terkejut sebab biasanya disuruh beri tak jauh bezanya. Kali ini agak jauh bezanya.

A: Tiada masalah puan. Baguslah bertanya apabila ada sebarang persoalan.

Muat Naik Pautan Kalkulator Sirap Paracetamol

Bagi mereka yang ingin kira sendiri berapa ml sirap Paracetamol yang sepatutnya diberikan kepada anak anda dengan mudah, boleh memuat turun aplikasi “Kalkukator Sirap Paracetamol” yang dibangunkan oleh Nhpsawjsh Mohd Ghazali Ismail, seorang ahli farmasi serba boleh.

Dengan menggunakan aplikasi ini anda hanya perlu memasukkan nilai berat anak anda dan aplikasi ini akan memberikan jawapan berapa ml Paracetamol yang perlu diberikan kepada anak anda.

Pautan untuk memuat turun aplikasi Kalkukator Sirap Paracetamol di Google Play Store:

1. https://play.google.com/store/apps/details…

2. https://play.google.com/store/apps/details…

Boleh rujuk gambar untuk contoh jenama sirap Paracetamol lain yang berada di pasaran. Sebelah kiri 120mg/5ml dan sebelah kanan 250mg/5ml.

Contoh jenama sirap Paracetamol lain yang berada di pasaran. Sebelah kiri 120mg/5ml dan sebelah kanan 250mg/5ml. Gambar ihsan: Farmasi LivingHealth

Sumber: Public Health Malaysia via Marco Lazzaro, RPh.