Bila sudah bergelar anak selebriti popular, apa sahaja yang dilakukan mereka sudah semestinya turut mendapat perhatian.
Terkena tempias ibunya, gelagat comel Aafiyah, anak sulung Dato’ Sri Siti Nurhaliya sudah pastinya mencuri perhatian ramai.
Terbaru, menerusi video yang dikongsikan oleh Dato’ Siti yang sedang berlatih Muay Thai, tanpa sedar disabotaj anak kesayangannya itu yang dilihat sedang mencuba untuk melakukan tutorial make up.
“Bila ibu sibuk nak Muay Thai, Aafiyah sibuk nak join sama. Inilah hasilnya ye.. 😅🤣.
“MuayThai VS Makeup tutorial ghituu,” tulis Dato’ Siti di kapsyennya.
Ketika sedang asyik menonton aksi lasak Dato’ Siti yang berlatih bersama jurulatihnya, peminat dihidangkan dengan kehadiran Aafiyah yang tiba-tiba muncul dengan gincu bibir merah terang.
Gelagat Aafiyah semememangnya comel. Dengan gincu di tangan, Aafiyah lantas mengenakan ke bibir mulusnya dengan yakin di dalam video ibunya. Comel!
Tidak hanya bersolek dengan gincu merahnya bahkan Aafiyah turut lalu lalang sambil muncul beberapa kali dalam video yang dirakamkan ibunya. Memang comel.
Dalam pada itu, reaksi comel Aafiyah yang membuat cubaan tuturial make up itu sudah semestinya menarik perhatian ramai.
Terdahulu, Aafiyah anak sulung Dato Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Muhammad Jiwa dilahirkan pada 19 Mac 2018. Kini Aafiyah berusia empat tahun.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma