Bila nak bawa bayi berjalan, kadang-kadang renyah juga perlu bawa stroller dan sebagainya. Nak guna baby carrier, tetapi teringgal pula. Lenguh juga kalau perlu dukung si manja yang dah semakin ‘sihat’ tu.
Bukan saja akan menyebabkan ibu atau ayah sakit belakang, tetapi bayi pun sebenarnya tak selesa bila didukung terlalu lama tanpa sokongan. Cara paling mudah sekiranya tertinggal baby carrier tetapi mahu anak tetap selesa ketika dibawa berjalan-jalan, bolehlah guna swaddle mereka.
Pelakon cantik, Mona Allen ada berkongsi tutorial menggunakan swaddle ketika membawa bayinya berjalan-jalan. Mudah saja, hanya perlukan swaddle dan bantuan dari suami!
Sumber foto: Instagram Mona Allen
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat Mona sedang mendukung Petra Pekin. Dengan menggunakan swaddle yang dilipat menjadi segi tiga, Peking menutup bahagian belakang bayi mereka dan kemudian mengikat kemas kain tersebut di belakang tubuh Mona.
Kalau lihat caranya, memang mudah sangat. Yang penting swaddle cukup lebar supaya boleh menutupi belakang tubuh bayi dan boleh diikat kemas pada ibu. Ikatan perlu kuat supaya kedudukan bayi ‘terletak’ dan tidak bergerak.
Ads
Sekurang-kurangnya dengan cara ini dapat memberi sedikit sokongan kepada ibu atau ayah yang perlu mendukung bayi mereka. Berikut tangkap layar antara komen yang ditinggalkan oleh warganet;
Ads
Tidaklah rasa terbeban dan sakit belakang. Bagus sangat perkongsian dari Mona dan Pekin ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada ibu ayah yang mahu mendukung bayi dengan mudah. Selamat mencuba!
Seorang bayi perempuan yang masih dalam kandungan dikatakan ‘mengandung’ kembarnya sendiri di dalam perutnya baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku di Colombia itu disedari oleh seorang pakar sakit puan, Dr. Miguel Parra-Saavedra. Dia mengesan kehadiran janin yang lebih kecil menerusi imbasan ultrabunyi selepas pemeriksaan awal mengesyaki bayi tersebut mungkin mengalami ketumbuhan pada hatinya.
Bayi bernama Itzamara seberat 3.17 kilogram dilahirkan pada 22 Februari lalu selepas sepasukan pakar bedah terpaksa melakukan pembedahan Caesarean di klinik La Merced bagi mengelakkan kembarnya terus membesar dan merosakkan organ dalamannya.
Sehari kemudian, pakar-pakar bedah melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kembarnya berukuran 45 milimeter panjang dan seberat 14 gram yang meninggal dunia sebaik tali pusatnya dipotong. Janin tersebut mempunyai tangan serta kaki, namun tidak mempunyai jantung atau otak.
“Ia adalah perkara paling pelik dan menarik yang anda dapat lihat dalam bidang perubatan,” kata Parra-Saavedra kepada akhbar tempatan, The Herald.
Ibu bayi tersebut, Monica Vega, 33, mulanya tidak mempercayai perkara itu, namun menerima hakikat itu selepas dia ditunjukkan gambar, video dan bukti saintifik.
Kembar Itzamara. Janin itu mempunyai kaki, tangan namun tak mempunyai jantung dan otak
Kejadian yang dipanggil fetus dalam fetus itu berlaku kerana kelewatan pembahagian sel menyebabkan kembar tersebut tidak terpisah sepenuhnya. – Agensi
Sebelum ada anak, kebanyakan daripada kita jika terasa nak bercuti tak akan fikir panjang. Siapkan sahaja beg dan buat sedikit persediaan dah boleh bergerak ke destinasi yang dituju. Bagaimanapun setelah mempunyai anak, terutama yang masih kecil, mama papa dah rasa terbatas pergerakan. Sebenarnya jangan risau kerana jika perancangan dilakukan dengan teliti, aktiviti percutian keluarga pasti akan memberi momen yang best buat ada seisi keluarga.
Berikut dikongsikan beberapa tip untuk mama papa membawa anak kecil bercuti tanpa rasa stress dan ‘enjoy’.
Pengurusan Masa
Pastinya jika mahu bercuti dengan anak kecil, pengurusan masa sangat penting. Sebelum keluar rumah, rancang dulu perjalanan, contoh berapa lama sampai ke destinasi percutian. Kalau anda bercuti menaiki kapal terbang pula, pastikan sampai awal di lapangan terbang dan sekurang-kurangnya ada tempoh bertenang untuk anak. Jika dari awal mood anak ok, perjalanan juga jadi lebih mudah seperti yang dirancang.
Rancang Jadual Perjalanan Percutian Keluarga
Bercuti dengan anak kecil sangat penting untuk rancang jadual perjalanan dari awal. Anggaran waktu kena bersesuaian dengan percutian bawa anak. Tak boleh buat ‘last minute’ kecuali keadaan itu tidak menganggu jadual dan lokasi juga selesa untuk anak.
Jangan lupa masukkan senarai tempat yang seronok dikunjungi kanak-kanak ketika bercuti nanti. Anak pasti gembira sepanjang percutian tersebut dan mereka boleh belajar sesuatu yang baru.
Buat Tempahan Awal
Kalau bawa anak kecil bercuti buatlah tempahan awal untuk elak beratur atau bersesak dengan pelancong lain. Ingat ya, kita hidup dengan norma baru. Buatlah tempahan awal untuk hotel, kedai makan, atau mana-mana tempat yang mungkin akan ramai orang kunjung. Kita perlu tahu bahawa anak kecil mudah bosan jika dibiarkan tunggu lama-lama.
Kurangkan Penggunaan Beg Kecil
Bila sudah bergelar mak orang ni, kita lupakan sahaja nak bawa bag kecil yang comel-comel. Iyalah, mana nak tengok beg, dukung anak, tolak stroller lagi. Alahai.. Banyaknya barang kena bawa! Jadi, jawapan yang mudah bawa sahaja beg galas belakang supaya mudah bergerak. Tidak perlu lagi nak pegang itu ini. Semuanya kita masukkan je satu beg. Bukan apa, bila bawa beg kecil dalam kuantiti yang banyak risau tertinggal di merata tempat.
Bawa Permainan/ Buku Aktiviti
Sebelum bercuti, bawa siap-siap mainan kesukaan anak. Nak bagi anak leka sedikit, boleh beli beberapa jenis mainan baru. Jika anak dah pandai pegang pensel, mama papa boleh beli buku aktiviti dan buat sama-sama aktiviti menulis atau mewarna. Masa ni kalau anak nak conteng pun layankan je. Dengan cara ini anak tak akan bosan sepanjang perjalanan yang mengambil masa berjam-jam lamanya.
Makanan Bayi/Kudapan Sihat
Untuk anak kecil dibawah 2 tahun, pastikan mama sediakan makanan dan kudapan sihat. Boleh bawa makanan seperti biskut atau snek untuk anak juga. Tidak semua tempat sediakan makanan untuk kanak-kanak dan kita tak tahu bila masa anak tiba-tiba rasa lapar dan nak makan.
Oleh itu, bagi memudahkan mama menyediakan makanan tanpa perlu nak bawa makanan yang dah disejuk beku, Baby Likes ada menawarkan makanan ‘ready to eat’ khusus buat anak dan paling penting cukup semua nutrisi.
Makanan bayi dengan jenama Baby Likes dihasilkan dengan 100 peratus sayur-sayuran organik, buah-buahan, herba dan daging halal.
Bagi memastikan ia senang dibawa ke mana-mana dan dapat digunakan pada bila-bila masa, semua produk Baby Likes tersedia dalam bentuk ‘pouch’. Produk ini telah mendapat pensijilan Halal dan dihasilkan di Perancis.
Kelebihan produk Baby Likes adalah semua bahan yang digunakan adalah semulajadi dan halal – tiada pengawet, tiada GMO dan tiada garam tambahan. Selain itu, ia cepat dan senang untuk disediakan kepada anak.
Baby Likes juga menawarkan 4 perisa yang sedap untuk memberi pilihan buat ibu bapa yang mahukan bahan terbaik dan halal kepada anak mereka. Antaranya Rice And Chicken, Carrot And Lamb Stew, Butternut Squash Rice & Lamb dan Tomato Pasta Chicken.
Dirumuskan dengan kerjasama pakar dalam bidang nutrisi bayi, produk ini dihasilkan mengikut standard yang tinggi untuk memenuhi keperluan peraturan EU dalam pengeluaran makanan bayi.
Pa&Ma juga telah memberi anugerah Makanan Bayi ‘Ready To Eat’ Pilihan Pa&Ma kepada Baby Likes sempena Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.
Kit Kecemasan
Ini antara keperluan penting ketika bercuti. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, bawa keperluan ubat-ubatan yang berkaitan bagi memudahkan urusan seisi keluarga. Kadang sesuatu perkara nak jadi di luar jangkaan.
Stroller & Baby Carrier
Jika nak bawa stroller, lagi mudah pilih yang jenis ‘compact’. Mama senang nak bawa dan anak pun boleh duduk dan tidur dengan selesa. Lagi satu jika pilih untuk bawa baby carrier mungkin boleh juga membantu jika di tempat yang sesak dengan orang ramai atau kawasan yang sempit.
Mama papa perlu faham, tip ini sebagai garis panduan untuk memudahkan percutian. Namun jika dalam tempoh itu ada perkara yang diluar jangkaan seperti anak tak beri kerjasama baik, enjoy je sebab percutian dengan anak kecil suatu pengalaman berharga!
Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah kolong sebuah rumah di Kampung Sapat, di sini.
Bayi lelaki cukup sifat itu ditemui di tanah tanpa seurat benang dalam keadaan kesejukan oleh pemilik rumah yang terdengar tangisan kira-kira jam 4 pagi.
Susulan itu, pemilik rumah seorang lelaki berusia 52 tahun menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka, berkata pemilik rumah dikatakan hendak ke tandas lalu terdengar suara bayi menangis di bawah kolong.
Katanya, selepas hampir 10 minit tangisan itu tidak berhenti, dia beranikan diri turun ke bawah kolong dan mendapati ada objek yang bergerak-gerak.
“Dia mendapati ia adalah bayi yang ditinggalkan dalam keadaan tanpa seurat benang di tanah.
“Selepas itu, dia memanggil isterinya dan meminta membawa tuala untuk menyelimuti bayi terbabit kerana kesejukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, selepas itu mereka menghubungi polis dan bayi dihantar ke Hospital Papar untuk pemeriksaan lanjut.
“Bayi terbabit dalam keadaan stabil dan dimasukkan di Wad Kanak-kanak Hospital Papar,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyembunyikan kelahiran bayi yang masih hidup.
Difahamkan, ini adalah kes buang bayi yang ketiga berlaku di Sabah dalam tempoh seminggu.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://wasap.my/60195440235 atau klik link di bawah
Amsyar dan Keajaiban Roti Canai Terbang: Bakat Luar Biasa dari Si Cilik
Dalam dunia yang semakin moden dan serba canggih ini, kita sering kali terlepas...