Mudah Dukung Baby, Belakang Badan Pun Tak Sakit. Mona Allen Kongsi Cara, Guna Swaddle Je!

Share

Bila nak bawa bayi berjalan, kadang-kadang renyah juga perlu bawa stroller dan sebagainya. Nak guna baby carrier, tetapi teringgal pula. Lenguh juga kalau perlu dukung si manja yang dah semakin ‘sihat’ tu.

Bukan saja akan menyebabkan ibu atau ayah sakit belakang, tetapi bayi pun sebenarnya tak selesa bila didukung terlalu lama tanpa sokongan. Cara paling mudah sekiranya tertinggal baby carrier tetapi mahu anak tetap selesa ketika dibawa berjalan-jalan, bolehlah guna swaddle mereka.

Baca Juga:

“Morning Sickness Setiap Hari.” Dah Hamil 7 Bulan, Nadia Aqilah Asyik Muntah

Tiga Tahun Jadi Anak Tunggal, Reaksi Si Abang Jumpa Adik Memang ‘Priceless’. Comelnya!

“Kalau Boleh Memang Nak Bersalin Hujung Tahun Ni.” Fazura & Fattah Rancang ‘Beri’ Fatima Adik!

Pelakon cantik, Mona Allen ada berkongsi tutorial menggunakan swaddle ketika membawa bayinya berjalan-jalan. Mudah saja, hanya perlukan swaddle dan bantuan dari suami!

Sumber foto: Instagram Mona Allen

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat Mona sedang mendukung Petra Pekin. Dengan menggunakan swaddle yang dilipat menjadi segi tiga, Peking menutup bahagian belakang bayi mereka dan kemudian mengikat kemas kain tersebut di belakang tubuh Mona.

Jom tengok video tutorial ini;

@mona_allen Tutorial !! ramai tanya mcm mana ikat baby dgn kain swaddle!! good luck mommies! selamat mencuba❤️❤️# #tutorial #swaddle #gendongbaby #malaysia #fypシ゚viral🖤tiktok #fyp #tiktokmalaysia #tiktokviral #monaallen ♬ original sound – Mona Allen

Kalau lihat caranya, memang mudah sangat. Yang penting swaddle cukup lebar supaya boleh menutupi belakang tubuh bayi dan boleh diikat kemas pada ibu. Ikatan perlu kuat supaya kedudukan bayi ‘terletak’ dan tidak bergerak.

Sekurang-kurangnya dengan cara ini dapat memberi sedikit sokongan kepada ibu atau ayah yang perlu mendukung bayi mereka. Berikut tangkap layar antara komen yang ditinggalkan oleh warganet;

Tidaklah rasa terbeban dan sakit belakang. Bagus sangat perkongsian dari Mona dan Pekin ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada ibu ayah yang mahu mendukung bayi dengan mudah. Selamat mencuba!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Emy H