Biasakan anak bertudung sejak kecil lagi mudah berbanding kita nak memaksanya bila dah besar. Walaupun tak diwajibkan lagi untuk anak kecil apa salahnya kita membiasakannya supaya mereka rasa seronok.
Tip dari Puan Nurkhomsiah Bakrim ini yang mendidik dua anak be.rtudung sejak awal sangat mudah tanpa perlu disuruh setiap kali nak keluar. Berikut antara tipnya
1 . PERSEDIAAN
– Mulakan seawal mungkin dengan sediakan tudung saiz kanak-kanak. Biasakan anak perempuan dengan pakaian sopan sejak kecil. Dunia semakin ‘sakit’ untuk kita membiarkan anak-anak kecil berpakaian seksi.
Ada masa tertentu, anak-anak keberatan untuk bertudung. Usahakan dengan gantung tudung-tudung comel mereka di dalam kereta. Dengan pujukan kasih sayang bersulam ketegasan, inshaa Allah mereka mahu juga untuk bertudung sebelum keluar dari kereta. Ini bukan paksaan. Sekadar latihan awal untuk membiasakan.
2 . PEMILIHAN
– Pilih tudung dengan design ringkas. Anak boleh pakai sendiri secara independent sepantas 5 saat. Pilih fabrik yang selesa dan tidak panas. Corak comel pada tudung dengan watak kartun popular adalah bonus untuk menarik minat anak kecil.
3. PUJIAN
– Puji usaha dan kemahuan anak-anak untuk bertudung. Bagitahu, bertudung bukan suruhan ibu bapa tetapi suruhan Allah. Reward sebenar bila buat baik datang dari Allah, bukan ibu bapa. Ceritakan tentang pahala dan Syurga. Mereka pasti teruja mendengar cerita.
Walaupun belum tahap wajib bertudung, tak salah untuk biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Bawa imej Islam ke mana-mana. Pepatah Melayu menyebut, “Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.”
4. PERSOALAN
– Pilih soalan yang betul bila berkaitan tudung.
Contoh soalan yang betul,
“Kakak nak pakai tudung pink ke purple untuk pergi kenduri?”
Bukannya tanya,
“Kakak nak pakai tudung ke tak nak masa pergi kenduri nanti?”
Contoh soalan yang betul,
“Kakak nak bawak dua helai ke tiga helai tudung masa travel nanti?”
Bukannya tanya,
“Kakak nak pakai tudung ke tak nak masa travel nanti?”
5. PEMERHATIAN
– Anak-anak kecil peniru tegar orang dewasa. Melalui pemerhatian, mereka belajar dan meniru banyak perkara. Maka, ibu harus jadi role model terbaik kepada anak tentang aurat. Wajib bertudung bila ada saudara mara lelaki bukan mahram di dalam rumah. Wajib bertudung setiap kali sidai kain dan buang sampah di luar rumah. Dari pemerhatian, mereka belajar bertudung satu kewajipan bukan satu fesyen berpakaian.
6 . PERSEKOLAHAN
– Jika anak dihantar ke tadika antara umur 4-6 tahun, pastikan uniform sekolah itu lengkap bertudung. Pada peringkat permulaan, mungkin bertudung sekadar ikut peraturan. InshaaAllah.. Cepat atau lambat boleh jadi satu kebiasaan yang dibuat dengan kerelaan.
7. PERGANTUNGAN
– Kemahuan anak-anak kecil bertudung bukan kerana usaha kecil ibu bapa tetapi kerana rahmat Allah yang membuka pintu hati mereka. Maka, selitkan doa bergantung sepenuhnya kepada Allah dengan mengharap pengampunan dan pertolongan dari-Nya.
Mengapa mohon ampun?
Boleh jadi 6 usaha kecil di atas tidak berhasil kerana dosa kita sendiri.
Mengapa mohon pertolongan?
Tiada daya kekuatan melainkan atas izin Allah.
Nurkhomsiah Bakrim
Berkongsi Pengalaman Yang Sedikit
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI