Bagi anda yang biasa makan jeli kelapa, pasti tahu kesedapannya. Lagi-lagi bila dimakan sejuk-sejuk memang tak cukup sebekas. Biasa jeli kelapa ni akan dijual di kedai makan atau pasar malam. Harga yang biasa dijual antara RM1.50 hingga RM2 sebekas.
Bayangkan kalau yang ada anak ramai, beli 10 bekas belum tentu lagi cukup. Apa kata guna resipi ini untuk anda buat sendiri di rumah.
Resipinya sangat-sangat mudah dan cara nak membuat jeli kelapa pun taklah renyah sangat. Masak semua atas dapur seperti kita nak masak agar-agar. Lepas tu terus boleh tuang dalam bekas.
Resipi jeli kelapa ni lembut je masuk tekak. Sesuai juga suap pada anak-anak kecil.
Jeli Kelapa
Bahan-bahan:
– 1 paket agar-agar tali
– 5 liter air+air kelapa muda (campur 2 jenis air ini, jadikan 5 liter)
– 2 1/2 cawan gula (ikut citarasa masing-masing)
– 2 helai daun pandan
– 2 biji kelapa muda (diparut, rujuk gambar)
– Sedikit garam
Cara-cara:
1. Masak agar-agar bersama campuran air dan air kelapa, secubit garam dan daun pandan.
2. Apabila agar-agar sudah larut, masukkan gula.
3. Tutup api, dan masukkan kelapa muda yang diparut. Jangan letak parutan kelapa terlalu awal, kerana agar-agar akan menjadi kebiruan.
4. Kemudian, tuangkan ke dalam bekas. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
Kredit resepi: Mariatul Khibtiyah
**Teringin nak membeli kelengkapan dapur pada harga istimewa, rujuk sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI