Melihat isteri tersenyum dan gembira buat suami senang hati. Tak susah pun sebenarnya, cukup kalau tolong ‘pinjamkan tenaga’ 30 minit sehari. Isteri dah senyum sampai ke telinga.
Sebelum berumah tangga, semasa bujang boleh uruskan pelbagai perkara sendiri. Tapi selepas berkahwin sesetengah lelaki tidak lagi mahu melakukan kerja pengurusan diri.
Tugas mencuci & melipat pakaian, mencuci pinggan mangkuk, mengemas rumah dan sebagainya dipandang sepi dengan alasan isteri sudah ambil alih semuanya. Ia seolah-olah subur dalam masyarakat dan isteri dilihat satu-satunya menanggung tugas di bahu mereka.
Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan penyuntik semangat dan idea buat para suami. Sesungguhnya tidak sukar melihat isteri gembira. Cukup sekadar meluangkan masa 30 minit sehari meringankan tulang membuat kerja rumah sudah diibaratkan memberi hadiah berharga buat insan tercinta.
Ia sebenarnya melakukan kebiasaan yang telah dilakukan semasa bujang, melakukan rutin seperti basuh baju kotor, lipat baju kering dan sebagainya.
“Buat kerja-kerja rumah ni tak susah sebenarnya…”
Dari Tingkatan 1 masa duduk asrama lagi dah terbiasa dengan basuh baju sendiri, iron baju sendiri, kemas katil, bilik, menyapu dan sebagainya. Dan bila dah terbiasa, masa duduk umah bujang pun still buat kerja-kerja yang sama.
Dah jadi macam rutin, kalau tak buat, rasa pelik. Balik kerja, mesti akan kemas rumah. Susun apa yang patut, basuh baju kotor, lipat baju kering dan sebagainya.
Ads
JANGAN ‘PINDAHKAN’ KE BAHU ISTERI, BUATLAH
Bila dah kawin, dah ada isteri, bukan bermakna apa yang kebiasaan kita buat tu “dipindahkan” kepada bahu isteri. Kita tetap kena buat jugak walaupun kini dah bergelar suami dan ada isteri…
Balik kerja, instead of bagi arahan atau mempersoalkan kenapa isteri tak buat itu, kenapa isteri tak buat ini, why not kita ja yang buat…
Susah? Tak…
Ambik masa yang lama? Tak…
Guna tenaga yang banyak? Tak…
Ads
30 MINIT DAH CUKUP
30 minit dah cukup untuk memastikan bebanan seharian isteri tu diringankan. Dalam 30 minit kita boleh basuh baju, sidai baju, lipat baju.
Dalam 30 minit kita boleh cuci pinggan, kemas dapur dan buang sampah.
Dalam 30 min kita boleh kutip mainan anak, sapu sampah, kemas rumah.
30 min per day after balik keje digunakan untuk buat kerja-kerja rumah.
TAK LEPAS SEMUA KEPADA ISTERI, CUBA BUAT SEMAMPU YANG BOLEH
Ads
Itu yang selalu saya buat setiap hari…tak melepaskan semua tanggungjawab-tanggungjawab tu kepada isteri, sebaliknya cuba pikulnya dgn masa dan kemampuan yg ada sebagai seorang suami…
RASA SUSAH SEBAB TAK ADA KEINGINNAN MEMBANTU
Benda ni akan rasa teruk dan susah bagi mereka yang tak ada kemahuan dan keinginan untuk tolong isteri…bagi yg dh biasa buat atau selalu buat, keje2 rumah ni tersangatlah senang, mudah, tak memenatkan dan seronok utk dilakukan.
If dengan kekuatan sebgai seorang lelaki itu anda merasakan kerja-kerjarumah itu sebagai satu bebanan dan sukar untuk dilaksanakan. Maka u should be shame of yourself and others…org lain boleh buat, anda plak tak boleh. Anda bukannya cacat, anda cuma MALAS NAK BUAT…
“Perginya mama terlalu cepat. Tiada lagi hero di hati saya dan pengganti sebaik mama. Pastinya segala kenangan sebelum ini akan disimpan dan diingati buat selamanya.”
Bait-bait ayat ini ditulis oleh anak sulung arwah Ustazah Shadiya Abbas, Ahmad Al Fateh selepas kehilangan seorang mama yang cukup rapat dengannya. Bukan mudah nak hadapi situasi ini tetapi janji Allah itu pasti.
Menerusi perkongsiannya di facebook, Ahmad Al Fateh ada meluahkan isi hatinya dan cukup membuatkan sesiapa membaca pun akan tersentuh hati.
Kenapa awal mama pergi?
Innalillahiwainnailaihiroojiun… Mama dh kembali kepada Allah, kenapa awal mama pergi? Mama mesti menikmati di syurga kan? Seronoknyaa… Mama, tahun lps raya 2019 tapi raya tahun ni ( 2020 ) dah xde peluang utk mama suapkan saya… Mama masak sedap-sedap…
Mama hero dihati kami
Mama adalah hero saya, time saya susah mama yg tolong saya. Bila saya stres, mama tenangkan saya. Bila saya marah kat mama, mama redha dgn apa yg saya buat kt mama. Mama dah tolong banyak orang termasuk saya. Mama la mama yg paling terbaik. X sempat saya nk peluk mama.. Salam mama.. Cium pipi mama..
Ya Allah… 5/4/2020 mama dah tinggalkan family kita.. Saya menangis mama dah xdee bila saya baca group ws. Saya rasa mustahil mama dh tiada di hati saya. Mama sentiasa doakan saya supaya saya menjadi seorang penghuffaz AlQuran. Mama jugak ada tegur, nak main game tu, kena ada masa dia. Jangan main slalu dan jangan smpai ketagih mcm dadah. Haihh banyak nasihat mama dkt saya.
Terima kasih jadi mama saya..
Terima kasih mama sbb jadi mama saya. Mama dah buat macam-macam yg saya nak. Saya doakan mama agar mama diampunkan dosa, dan saya doakan agar dimasukkan ke syurga firdaus. Assalamualaikum mama. InsyaAllah kita akan bertemu di syurga. Tunggu saya tau ma? Sayang mama!!!😭❤️❤️❤️
Korang yg ada ummi atau ayah, hargailah mereka kerana kita tak tahu bila masa Allah akan tarik nyawa mak ayah korang.
Semuanya milik Allah. Kita akan kembali pada-Nya
Sementara itu, dalam tazkirah arwah Ustazah Shadiya Abbas pada 28 Mac lalu yang dibuat secara live anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Petaling & Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, yang mengupas tajuk ‘Apa Khabar Imammu?’ seolah-olah memberi pesanan pada kita semua.
Dalam intipati tazkirahnya, arwah ada menyentuh mengenai segala-galanya atas dunia ini adalah milik Allah. Kita kena sentiasa reda dan yakin Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa.
🔴 [LIVE] APA KHABAR IMAMMU? | USTAZAH SHADIYA ABBASDapatkan Info Islamik:Click Link ni https://www.facebook.com/teamfatehteamAnjuran: Pejabat Agama Islam Daerah Petaling & Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong#PAIDPetaling #MTAJ #fatehteam
Cemasnya bila terjadi sesuatu kepada anak. Tambahan pula jika masih bayi. Boleh berderau darah bila tahu anak tertelan bateri.
Bayi kecil banyak meneroka dan rangsangan pada mulut atau mouthing menyebabkan mereka cenderung memasukkan objek ke dalam mulut. Namun objek yang ditelan bayi ini bukan calang-calang, ia bateri bersaiz kecil yang boleh menyebabkan terbakar dalam badan (rujukan disini).
Perkongsian Puan Nor Haspiza ini boleh dijadikan teladan. Beberapa hari lalu, anaknya, Ahmad Mukhriz, 8 bulan tertelan sebiji bateri yang dipasang pada lampu. Asalnya si abang bermain dengan lampu tersebut dan membuka penutup bateri dan menyebabkan adik mengambil bateri tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut.
Debarannya menunggu hari esok untuk rawatan turut dikongsi di sebuah grup di Facebook. Tambahan pula bila mendapat info tentang efek yang boleh terjadi kepada anaknya itu. Doa dipohon untuk anak. Hatinya jadi sayu memikirkan apa yang telah terjadi…
BERI MINUMAN KULTUR & PISANG UNTUK LAWASKAN
Ketika dihubungi Pa&Ma, Nor Haspiza memberitahu bateri tersebut telah dapat dikeluarkan melalui najis.
“Saya beri anak makan pisang dan minuman kultur supaya dia lawas. Hari pertama saya periksa najis dia kecewa sangat sebab tak keluar lagi baterinya. Alhamdulillah semalam akhirnya keluar. Doktor nasihatkan untuk berikan anak makan banyak-banyak.
BAYI MASIH KECIL
“Sebab dia masih bayi, baru 8 bulan doktor tak bagi ubat. Kalau dalam masa 4 hari tak keluar baru lakukan prosedur seterusnya. Prosedur seterusnya itu ialah scop. Kalau tak boleh juga barulah dibedah.
“Dia bayi lagi, doktor juga beritahu tak boleh kerap scan untuk terus buat scop. Untuk scop kena scan lagi bagi mengetahui kedudukan bateri dekat mana. Sebab baru lepas scan.
SYUKUR AKHIRNYA BATERI DIKELUARKAN MELALUI NAJIS
“Alhamdulillah dengqn izinNya keluar juga melalui najis. Ramai yang bagi cadangan makan pisang dan vitagen,” kata Nor Haspiza.
Ibu ini juga turut berkongsi dia lampu lilin hiasan yang menjadi punca. “Khilaf saya letak hiasan di tempat rendah. Tak terfikir pun si abang membuka tempat penutup bateri tu. So lepas ni kalau nk beli mainan kena beli yang penutup yang ada skru. Ada jnis mainan yang just tekan je. Dah keluar bateri. Macam hiasan ni la, tak ada skru,” kata ibu ini yang lega setelah segala debarannya telah berakhir.
Keadaan bateri yang dikeluarkan juga sudah berkarat. Ibu ini mengakui amat takut sekali. Syukurlah ia selamat dikeluarkan daripada tubuh anaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapapun tak mampu untuk menerima hakikat bila anak yang dihantar ke taska dalam keadaan sihat tetapi lemah tidak bermaya ketika mengambilnya ketika waktu pulang. Namun inilah ketentuan yang terpaksa di lalui pasangan suami isteri ini.
Muhammad Aakif Iskandar Meor Ikhram, bayi berusia empat bulan yang meninggal dunia selepas dihantar ke sebuah taska di Bandar Seri Botani semalam disahkan meninggal dunia akibat masalah paru-paru berair.
Hal ini disahkan sendiri oleh pihak polis. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superitendan Mazuki Mat berkata, keputusan itu diperolehi selepas bedah siasat selesai sekitar jam 12 30 tengahari semalam.
Muhammad Aakif Iskandar Meor Ikhram sebelum ini menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, selepas didapati dalam keadaan lemah ketika dalam jagaan sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Bandar Seri Botani.
“Anak Saya Dalam Keadaan Sihat”
Menurut bapanya, Meor Ikram Addnan, 32, anak bongsunya itu baru sebulan dihantar ke taska berkenaan selepas isterinya, Ismahani Zainal Abidin, 30, selesai berpantang.
“Sebelum hantar anak ke taska Jumaat lalu, anak ketiga saya berada dalam keadaan sihat, namun hidungnya sedikit berair akibat selesema.
Saya menerima panggilan daripada pihak taska sekitar jam 6 petang yang memaklumkan keadaan anak saya dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.
Saya sempat bertanyakan pengasuh macam mana anak boleh jadi sampai macam ini, tetapi kami tidak menerima sebarang jawapan,” katanya lagi yang cukup terkilan dengan semua yang terjadi.
Muhammad Aakif Iskandar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Larang, Ipoh selepas solat Zuhur semalam.