Menggosok gigi anak kecil yang baru tumbuh gigi kelihatannya mudah. Namun, jika silap caranya dia akan trauma dan mengelak untuk membuka mulut setiap kali sesi menggosok gigi perlu dilakukan.

Menurut perkongsian Hanis Zalika di dalam Instagram theyusufiskandar, dia dan suaminya ada cara tersendiri mengajar Yusuf menggosok gigi dan kaedah itu berkesan.

“Sejak Yusuf kecil, kalau gosokkan gigi dia, kami akan duduk depan cermin sama-sama. Jadi dia boleh nampak apa yang tengah berlaku supaya dia tak nervous kita buat apa kat mulut dia. Lepas tu lama-lama dia belajar buat sendiri walaupun tetap makan ubat gigi tu.”

Kini Yusuf sudah pandai menggosok giginya sendiri. Mudah sahaja kan, cara yang dipraktikkan oleh ibu bapa si comel ini?

Mudah Je Keknis Ajar Yusuf Gosok Gigi. Kena Duduk Depan Cermin Sama-sama!Selain daripada tip yang diamalkan oleh Hanis Zalikha, ada beberapa kaedah lain yang boleh anda gunakan. Jom kita ketahui cara-caranya.

IKLAN

Ajar ketika anak masih kecil

Mengajar sesuatu perkara yang rutin perlu dimulakan sejak kecil kerana kanak-kanak mudah dibentuk perlakuannya.

Setiap kali mandikan anak, terus gosok giginya dengan lembut. Pasti anda kagum apabila lama-kelamaan anak anda sendiri akan minta berus gigi untuk menggosok giginya sendiri.

Gosok gigi bersama

Semasa memandikan anak dan mahu menggosok giginya, anda digalakkan untuk sama-sama menggosok gigi juga.

IKLAN

Dengan cara itu, dia dapat melihat cara yang betul menggosok gigi dan mempraktikkan untuk kebaikan dirinya sendiri.

Jadikan rutin gosok gigi jadi seronok!

Salah satu caranya ialah menggosok gigi sambil menyanyi. Nyanyikanlah lagu kanak-kanak kegemarannya. Pasti dia suka!

IKLAN

Beri pujian kepada anak

Kanak-kanak memang suka dipuji. Setiap kali selesai menggosok gigi, berikan kata-kata pujian yang bersesuaian.

Pasti anak anda akan berasa bangga dengan pencapaian dirinya pada waktu itu. Sebut juga yang dia memiliki gigi yang cantik. Secara tidak langsung, ia dapat memotivasikan dirinya untuk selalu menggosok gigi setiap kali mandi bagi mengekalkan kecantikan giginya itu.

Biar anak buat pilihan sendiri

Apabila anak sudah besar, beri dia peluang memilih sendiri berus dan ubat gigi yang disukainya. Berikan dia kebebasan memilih warna dan corak yang ada pada berus gigi pilihan. Begitu juga dengan perisa ubat gigi yang bakal digunakan.

Dalam masa yang sama, anda tetap perlu pastikan berus dan ubat gigi pilihan itu selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI