“Mudah Je, Tak Adalah Teruk Sangat Potty Training.” Ibu Kongsi Tip Latih Anak 2 Tahun Ke Tandas

Share

Seiring pertambahan usia ibu perlu melatih si kecil untuk menggunakan tandas. Ia boleh dilakukan apabila anak bersedia.Tip yang dikongsikan ibu ini boleh membantu.

Ibu, Puan Sabariah Sareh Saad berkongsi apa yang dilakukan kepada anaknya, Imani yang berusia 2 tahun 6 bulan. Selain inisiatif ibu bapa, si kecil juga perlu bersedia. Berikut ialah perkongsiannya;

5 Tip Mudah Latihan ke Tandas (Potty Training)

Alhamdulillah Imani sudah bebas diapers siang sampai malam. Cuma masa tido siang atau malam je mama masih lagi bagi pakaikan diapers lagi sebab masa tidur dia dan mama belum ready lagi.

Kalau pergi kedai dekat-dekat rumah dia dah selamat jenjalan tanpa diapers.(dah uji dah semalam pergi kedai dengan daddy dia )

ANAK PERLU FAHAM ARAHAN

1-Pastikan anak paham dulu apa itu “kencing” “berak” .Sebelum mulakan latihan ke tandas ajar anak asas ni dulu. Pastikan juga anak paham arahan.

PASTIKAN ANAK  BERSEDIA& BUAT CATATAN REKOD KEKERAPAN KENCING

2-Pastikan anak dah bersedia. Pastikan masa kering anak 2 jam (pundi kencing dia dah ready) macam mana nak tau ?

bole cuba latihan. 1-3 hari dan catat rutin/kekerapan anak kencing. Kalau anak belum sedia dia kerap terkucil sket2 je air kencing dia tu pundi kencing dia masih belum kuat, boleh cuba training masa anak sudah sedia.

AJAK ANAK KE TANDAS

3-Jika anak sudah bersedia ibu ayah dah tau gap masa kencing dan masa dia minum jadi bole latih ke tandas setiap 15-20 minit.

Macam Imani ,mama ajak ke tandas setiap 30 minit sekali dan kerap bertanya je “imani nak kencing ke?”.(berdasarkan rekod kencing dia).

WAKTU ANAK BUANG AIR BESAR

4-Waktu membuang air besar yang bole di agak setiap hari.(regular bowel movement).

TANDA PUNDI KENCING ANAK BERSEDIA

5-Anak kencing kuantiti yg sangat banyak pada satu2 masa.(pundi kencing dah ready) ni sesuai dah ajar anak latihan ke tandas.

PADA AWALNYA TIDAK BERSEDIA

Ps:Imani pada awalnya agar sukar kencing di tandas sebab dia BELUM BERSEDIA,dia kencing kuantiti sikit-sikit je, selalu terkucil sebelum sampai tandas.(pundi kencing belum ready) tetapi Alhamdulillah Imani pandai sendiri tanpa Mama paksa dia pergi tandas.

Hari 1-4 je kot mama rasa letih mengelap lantai ? lepas tu Imani dah paham walaupon sering terkencing depan pintu bilik air. Alhamdulillah nampak mudah je pon takde la teruk mana “potty training” ni.

Sumber: Sabariah Sareh Saad

IKLAN