
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang manis, lembut dan sejuk!
Jom cuba resepi Puding Kastard simple guna sukatan cawan ni. Sesuai sangat nak hidang masa open house atau waktu santai lepas ziarah-menziarahi.
Nak buat pun senang sangat, bahan pun tak banyak. Yang penting, kuah kastard dia memang padu!
Resepi Puding Kastard (Sukatan Cawan)

Bahan-bahan untuk Puding:
2 ½ cawan air
4 camca besar tepung kastard
5 camca besar gula
1 tin susu cair (apa-apa brand pun boleh)
Secubit garam (bagi rasa lemak sikit)
Cara-caranya:
Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau sampai sebati dulu sebelum buka api.
Guna api sederhana dan kacau tanpa henti sampai pekat dan mendidih. Wajib bagi dia “meletup-letup” sikit baru tutup api.
Tuang dalam bekas pilihan, biar sejuk suam-suam dalam 20 minit baru masuk peti ais ya.
Kuah Kastard:
Bahan-bahan:
2 cawan air
1 tin susu cair
2 camca besar tepung kastard
4 camca besar gula
Secubit garam
Cara-caranya:
Kacau semua bahan hingga sebati dulu, baru buka api.
Masak atas api sampai keluar wap dan mendidih. Ni penting supaya kuah tak cepat basi.
Sejukkan di luar dulu, baru simpan dalam peti sejuk.
Cara Hidang: Bila puding dah sejuk dan keras, boleh hiaskan dengan buah segar – macam anggur, kiwi, strawberi atau buah tin. Masa nak makan baru tuang kuah kastard atasnya. Makan sejuk-sejuk… memang heaven!
Tips: Sentiasa simpan puding dan kuah kastard dalam peti sejuk ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ayam Buttermilk Berkuah Jagung Untuk Bayi, Lemak-Lemak Manis, Lain Dari Yang Lain!

Bukan orang dewasa sahaja gemarkan rasa dari resipi buttermilk, untuk bayi juga tidak salah jika ibu bijak mengolah rasanya. Namun resipi yang satu ini cukup unik. Bukan resipi buttermilk biasa tetapi diolah dengan jagung segar untuk menghasilkan kuahnya yang berkrim seperti rasa buttermilk.
Resipi hebat perkongsian Puan Norlaila Mohd Yusoff buat anaknya Irfan yang berusia lapan bulan ini mama wajib cuba. Lain dari yang lain malah rasanya juga berlemak dan paling sesuai disajikan buat bayi. Hidangkan bersama nasi lembik buat anak. Jom cuba!

Alang-alang ada jagung setongkol, Ibu olah buat resepi baru untuk Irfan. Mula-mula ingat nak buat nasi jagung, tapi tiba-tiba bertukar jadi lain. Resepi ni sesuai untuk baby 8 bulan dan ke atas.
Bahan-bahan (untuk lunch dan dinner 2 hari)
Jagung
Bawang putih
Isi ayam (dipotong kecil)
Kailan (dicincang)
Susu full cream (setengah cawan)
Santan (setengah cawan)
Chicken Feet Stock (CFS)
Unsalted butter
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit tepung jagung

Mula-mula gaul isi ayam dengan serbuk kunyit dan tepung jagung. Goreng dengan minyak. Jangan goreng terlalu garing nanti ayam jadi keras, anak susah nak makan. Dah siap tu asingkan.
Kisar hancur jagung bersama susu full cream dan santan. Asingkan.
Panaskan unsalted butter. Kemudian tumis bawang putih sampai naik bau. Lepas tu masukkan bahan dikisar tadi (jagung, susu full cream, santan). Masukkan CFS.

Masak sampai kuah pekat. Kuah dah pekat tu masukkan ayam yang digoreng tadi dan sayur kailan.

Gaul-gaul sebati. Tutup api. Siap !

Ibu letak dalam bekas kecik. Untuk makan esok Ibu frozenkan. Nanti esok pagi turunkan kat bahagian chiller.

Ibu rasa tadi. Memang sedap le ! Patut buat lebih untuk Ibu. Oh..ye. Irfan makan nanti dengan nasi lembik.

Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Mata Anak Cantik & Penglihatan Jelas? Boleh Beri Jenis Makanan Ini Pada Si Kecil

Kita sudah sedia maklum mengenai khasiat lobak merah kepada kesihatan mata. Kandungan beta-karoten yang ada di dalam lobak merah membantu retina dan bahagian mata lain berfungsi dengan baik.
Bagaimanapun, tidak semestinya anda perlu beri anak makan lobak merah sahaja sepanjang masa. Ketahui jenis makanan lain yang juga baik untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas dan memelihara kesihatan mata si manja anda. Jom ikuti perkongsia dari Hello Health ini.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)

Sayur-sayuran berdaun hijau gelap
Jenis sayuran seperti ini adalah sumber baik antioksidan, yang melindungi tubuh anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal. Sayuran ini juga mengandungi lutein, zeaxanthin, beta-karoten, vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K, kalsium, zink, dan zat besi serta serat pemakanan. Lutein dan zeaxanthin menjaga mata bayi anda daripada sinaran ultra ungu. Selain itu, nutrien ini juga baik untuk mengawal kerosakan retina, katarak dan glaukoma. Bayam, brokoli, kubis, lada hijau, dan timun adalah contoh sayuran berdaun hijau. Anda boleh mendapatnya dengan mudah di mana-mana kedai runcit.
Buahan dan sayuran berwarna kuning dan oren
Kuning dan oren adalah warna utama vitamin A, karotenoid, vitamin C, folat, dan fitonutrien antioksidan lain. Kajian menunjukkan bahawa amaun karotenoid yang tinggi boleh mengurangkan pembinaan masalah mata.
Makanan berwarna merah
Makanan merah selalunya mengandungi vitamin C, lycopene, dan antioksidan lain yang berfungsi melawan penyakit dan menerangkan penglihatan bayi anda, serta memelihara kesihatan tubuh bayi. Kajian membuktikan bahawa seseorang individu yang mempunyai paras lycopene dan vitamin C yang rendah adalah cenderung mendapat masalah mata.
Tomato mengandungi kuantiti lycopene yang tinggi. Makanan berwarna merah lain adalah seperti ubi beetroot, epal, ceri, dan strawberi.
Sayuran dan daging putih
Makanan berwarna putih terkenal dengan sejumlah besar beta-glukan. Sayuran dan buahan putih termasuklah pisang, cendawan, bawang putih, dan bijirin penuh. Daging putih adalah seperti telur putih dan ikan (seperti salmon dan tuna). Ikan putih adalah sumber kaya dengan asid lemak omega-3, DHA, dan EPA yang baik untuk mencegah pembinaan penyakit mata seperti sindrom mata kering dan makular. Tambahkan lebih ikan dalam hidangan harian anda bagi meningkatkan kesihatan anak anda.
Gantikan lobak merah dengan sayuran lain yang kaya dengan vitamin A bagi memberikan pengalaman makan yang menarik untuk si manja anda. Bagaimanapun, ingatlah bahawa amalan pemakanan hanyalah sebahagian kecil dalam usaha anda untuk memastikan kesihatan mata bayi. Mata yang terang dan sihat adalah hasil daripada gabungan pemakanan dan gaya hidup dan tabiat peribadi yang sihat.
__
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-Anak Suka Makanan Manis Tapi Risau Nak Beli Dekat Kedai? Jom Buat 6 Resipi Mudah Ni

Anak-anak suka dengan makanan manis yang menyelerakan. Hidangan seperti kek cawan, pudding roti dan jeli aiskrim tentu jadi pilihan untuk hidangan pemanis mulut si manja. Variasi pilihan resipi khusus untuk si kecil anda jadikan hidangan pemanis mulut untuk anda jadikan pembuka selera mereka.
BANANA LOVER

Bahan-bahan
Pisang
100g coklat masaka
n120g whipping cream
Hiasan
Oreo,badam,manik hiasan,coklat manik
Cara-cara
- Panaskan whipping cream secara double boil
- Setelah krim suam masukkan coklat dan kacau sehingga coklat betul-betul hancur
- Celupkan pisang ke dalam coklat dan taburkan hiasan ke atas pisang yang telah di saluti coklat sepenuhnya .
Tat buah-buahan

Tart shell
125g marjerin
100g gula ising
1 biji telur
250g tepung gandum
Cara-cara
- Satukan marjerin dan gula ising dan pukul sehingga kembang
- Kemudian masukkan telur dan pukul sehinga sebati
- Masukkan tepung gandum dan adun sehingga adunan tidak melekit
Untuk membuat tart shell
- Ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam acuan tart dan tekan atau ratakan sehingga adunan mengikut bentuk acuan
- Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20minit atau sehingga keperang perangan
Filling custard
50g kastard segera
150ml susu
Cara-cara
- Sebatikan kustard segera bersama susu
- Kacau menggunakan whisk sehingga sebati
- Masukkan kustard ke dalam piping beg
- Kemudian paipkan kustard ke dalam tart shell
- Boleh di hias dengan buah-buahan seperti strawberri,blueberry,anggur dan lain-lain lagi mengikut kesukaan.
Puding roti

Bahan-bahan
4 keping roti
250g susu segar
2 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin yang dicairkan
½ sudu the tepung jagung
Sedikit serbuk kayu manis
Cara-cara
- Koyakkan atau potongkan roti menjadi kepingan kecil
- Masukkan ke dalam bekas aluminium atau bekas kaca yang tahan panas
- Masukkan susu,gula,marjerin,tepung jagung dan serbuk kayu manis yang telah dikacau sebati ke dalam bekas roti
- Biarkan seketika sehingga roti benarbenar terendam
- Bakar pada suhu 18- darjah celcius selama 30minit
Sos kustard
½ tin susu sejat
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kustard
Cara-cara
- Masak kesemua bahan sehingga sedikit pekat
- Apabila sejuk,sedia dimakan bersama-sama roti yang sudah masak
Jeli Aiskrim

Bahan-bahan
90g instant serbuk jeli
400g air
Aiskrim vanilla
Cara-cara
- Masak air sehingga mendidih
- Masukkan serbuk jeli dan kacau sehingga tiada lagi ketulan serbuk
- Sejukkan seketika sebelum tuang ke dalam acuan
- Sejukkan selama 3jam di dalam peti ais
- Setelah sejuk sedia dihidang bersama aiskrim vanilla
Donut

Bahan-bahan
6g serbuk yis
250g tepung gandum
50g gula pasir
100ml air
50g marjerin
Hiasan
Coklat masakan
Coklat rice,oreo,gula pasir halus
Cara—cara
- Masukkan serbuk yis,tepung gandum dan kacau seketika
- Diikuti dengan gula pasir.kemudian masukkan air sehingga adunan bersatu
- Masukkan marjerin dan selama 15minit
- Sesudah itu,biarkan adunan selama 15 minitsebelum boleh diuli
- Setelah adunan siap bolehlah dibentuk menggunakan acuan donut
- Goreng sehingga keperang-perangan
Mufin coklat

Bahan a
½ cawan gula perang
50g minyak masak
60g susu
1biji telur
Bahan b
95g tepung gandum
10g serbuk koko
1 sudu the serbuk penaik
Choc chips sebagai hiasan
Cara-cara
- Campurkan kesemua bahan a ke dalam pengisar
- Kisarkan sehingga semua sebati
- Kemudian masukkan bahan b ke dalam mangkuk besar dan gaulkan sebati
- Setelah itu,masukkan bahan a yang sudah di blend kedalam mangkuk bahan-bahan b
- Kacau sehingga sebati menggunakan whisk
- Masukkan ke dalam acuan mufin dan taburkan sedikit choc chips
- Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20minit
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


