Selalunya kita beli, apa kata kali ini kita hasilkan sendiri kuetiaw untuk dibuat hidangan. Tak susah pun, paling senang dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja.
Macam mana nak buat? Perkongsian Pn Fiza Mh ini memang cukup mudah. Hanya gunakan dua bahan sahaja iaitu tepung ubi dan tepung beras sahaja. Mudah!
Kue Teow hommemade. Tak payah beli, buat je sendiri. Pasni nak buat char kue teow ke ladna ke kungfu ke goreng mamak style ke sume boleh. Dah jom, ini resepinya:-
Bahan-bahan Batter:
1 cwn tpg beras*
1/2 cwn tpg ubi*
11/2 cwn air*
Sedikit minyak sayuran
Loyang untuk mengukus
Sediakan kukusan. Saya guna kuali je.
Satukan kesemua ramuan (*) kacau rata jangan sampai bergentel.
Ads
Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
Tuang sesenduk adunan batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan better dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi. (guna senduk lauk tu).
Kemudian kukus sehingga masak dalam lebih kurang 7-10 minit. Biarkan sejuk kejap pastu griskan permukaan kue teow dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan. (Ulangi proses ini hingga selesai)
Ads
Sapukan permukaan pisau dengan minyak pastu bolelah dipotong mengikut saiz yang anda suka. Siap!
Tips * Semasa memotong kalau pisau anda pendek boleh lah lipat dua lempeng kue teow tu. Senang sikit nak potong.
* Yang saya buat ni ada tebal sikit. Mungkin boleh ditambah air sedikit untuk lebih nipis.
Biasanya bila anak mengamuk, buat itu tak kena, ini tak kena ibu ayah kena tahu apa puncanya. Elak sesekali menyalahkan anak sebab asyik nak buat perangai. Sebaliknya sama-sama selesaikan masalah itu.
Jika diikutkan mudah untuk nak lembutkan hati anak. Hanya melalui kata-kata dah boleh meresap ke jiwa mereka. Tak perlulah nak menghukum mereka setiap masa.
Perkongsian dari Puan Norlina Ali mengenai cara dia ambil hati anaknya yang mula marah dan memberontak boleh diamalkan oleh semua ibu bapa.
Bila anak-anak mula marah dan memberontak, itu tandanya kita kurang duduk bersama dengan mereka.
Tip untuk kurangkan tantrum anak-anak:
Selawat sebanyak yang mungkin. Hembuskan pada ubun-ubun anak
Peluk dan cium dahi anak sambil gunakan ayat untuk melunturkan hati mereka. “Ummi sayang Abang, Ummi sayang Abang kerana Allah “
Tanya soalan wajib “Kenapa Abang marah ?”
Dengar penjelasan dengan baik, cuba atasi dengan baik ( jadi lah pendengar setia)
Insyaallah proses ini sangat membantu untuk tenangkan anak-anak.
Selamat mencuba semoga ilmu ini menyenangkan serba sedikit ibu ayah diluar sana
Kaedah ini sesuai untuk anak-anak dari usia 3 bulan sehingga anak-anak remaja.
Sebagai ibu bapa memang ramai yang tahu bahawa kanak-kanak memerlukan tidur yang cukup untuk perkembangan tumbesaran yang baik. Namun dengan gaya hidup pada hari ini, untuk menidurkan si kecil kita memang sesuatu yang agak mencabar.
Menurut Khairul Abdullah melalui pembacaannya dalam satu jurnal, pakar menyatakan bahawa anak-anak yang tidur lambat berpotensi untuk mengalami obesiti, gagal dalam akademik dan juga dalam hidup.
Dia juga turut menyatakan waktu tidur sesuai dengan usia anak-anak. dalam masa yang sama bapa ini juga turut berkongsi beberapa tip untuk mendidik anak-anak supaya cukup setiap malam.
Selain itu juga, ayah ini turut berkongsi kebaikan tidur yang cukup buat anak-anak:
Korang tahu tak, anak-anak yang tidur lambat berpotensi untuk gemuk, gagal dalam akademik dan juga dalam hidup. Itu kata pakar kanak-kanak mengikut artikel yang aku baca.
Anak-anak yang seawal jam 8 dah bersiap sedia untuk tidur didapati lebih sihat dan kurang risiko dijangkiti penyakit, kurang risiko untuk gemuk bila dewasa dan berjaya dalam akademik.
Waktu tidur untuk anak anak yang disarankan adalah seperti berikut:
Bayi 0-1 tahun perlu tidur antara 12-16 jam.
Anak berumur 1-2 tahun perlu antara 11-14 jam.
Anak berumur 3-5 tahun antara 10-13 jam.
Anak-anak yang tak cukup tidur akan terganggu kemampuan depa untuk belajar, menyimpan maklumat, dan mengatur emosi. Kesan lain tak cukup tidur ni adalah potensi untuk kena penyakit, dan juga gemuk bila meningkat remaja.
Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pediatrik (link ada di bahagian komen) menunjukkan tidur awal dikalangan kanak-kanak memberi kesan yang besar bila anak tu remaja. Yang tidur awal lebih sihat, kurang gemuk dan lebih berjaya dalam akademik.
Jadi, jomlah mak ayah sekalian pakat-pakat latih anak-anak untuk tidur awal. Lagi awal lagi bagus kerana tidur yang cukup:
Membantu tumbesaran. Hormon tumbesaran dirembaskan sewaktu anak-anak tidur dengan nyenyak.
Menyihatkan jantung. Anak yang tak cukup tidur tahap glukosa dalam darah dan kortisol depa meningkat yang menjadi punca kepada obesiti, diabetis dan masalah jantung.
Mengelak kegemukan. Anak yang tak cukup tidur di dapati tabiat makan dia berbeza dengan yang cukup tidur dan sebab tu depa akan lebih gemuk.
Membantu melawan kuman. Waktu tidur badan mengeluarkan protein bernama Cytokines yang mana diperlukan oleh badan untuk lawan jangkitan kuman, penyakit dan juga stress. Sebab tu waktu kita demam atau selsema badan lemah asyik nak tidur sebab badan nak keluarkan protein tu nak lawan penyakit.
Mengurangkan risiko kecederaan. Kajian mendapati budak tidur tak cukup 9 jam selalu tercedera. Jatuhlah, berlanggar lah, patah tangan lah dan macam-macam.
Kurang hyperaktif. Budak tak cukup tidur lebih hyper berbanding yang cukup tidur. Kalau start umur 3 tahun tidur lambat, nanti umur 6 tahun masalah impulsif dan hyperaktif akan muncul.
Membantu pembelajaran. Tidur yang cukup memberikan daya ingatan yang baik kepadasemua peringkat umur terutamanya anak-anak kecil.
Jadi, paksalah anak tidur awal yer. Tips aku dah share dalam post sebelum ni.
Bagi depa main dan penat.
Bagi makan awal dan elakkan benda manis.
Lepas Isyak gelapkan rumah tutup semua lampu.
InshaAllah dalam sejam lepas tu depa akan tidur dah. Cuba dan terus cuba sampai berjaya okeh.
Teringat waktu aku tinggal di Jerman dulu.
Pukul 9.30 semua rumah dah sunyi sepi, pakat tidur habis dah. Korang tak akan nampak budak-budak di luar rumah, di kedai, di restoran, mall dan sebagainya selepas 8 malam.
Kalau diorang nampak kau bawak anak jenuh kau kena tegur dan marah dengan orang ramai. Depa kata budak-budak pukul 8 tu patut dok atas katil dah. So pukul 6-7 malam semua orang kelam kabut bawak balik anak dan bersiap untuk tidur dah.
Kita pulak bawak anak pergi mamak jam 11 malam okeh.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Air tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya. Hasil kajian yang dilakukan akar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasihAir tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya.
Hasil kajian yang dilakukan akar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasAir tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya. Hasil kajian yang dilakukan akar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti.
Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya. Namun ibu haruslah beringat tiga perkara ini setiap kali menyediakan masakkan untuk keluarga.
Menjaga hubungan dengan Allah
Solat adalah talian hayat antara Allah dengan hambaNya. Umum mengetahui meninggalkan solat dengan sengaja adalah dosa besar. Solat adalah kayu pengukur pertama kerana ia adalah amalan pertama yang akan dihisab apabila kita di padang Mahsyar kelak. Betapa beratnya amalan solat ini dapat dilihat di mana Allah mensyariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Israk Mikraj sedangkan kewajipan ibadah yang lain hanya diutus melalui malaikat Jibril. Ketika Rasulullah hampir dengan kewafatannya, baginda berpesan kepada Saiyidina Ali yang bermaksud “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggungan mu..” Wahai para ibu, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah agar doa kita dimakbulkan dengan mudah. Apatah lagi ketika memasak, banyak doa yang boleh dibaca untuk kesejahteraan ahli keluarga dan memperbaiki hubungan.
Halal
Anda perlu memastikan makanan yang hendak dimasak datang daripada sumber halal dan suci kerana ia kelak akan menjadi darah daging. Firman Allah yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi mu” (Surah Al-Baqarah, ayat 168).
Sajian sihat
Kata orang, sebuah keluarga akan bahagia jika mempunyai seorang isteri atau ibu yang membahagiakan. Besarnya impak seorang wanita dalam pembentukan sebuah keluarga. Maka, penting bagi anda menyediakan sajian yang sihat dan tidak memudaratkan setiap ahli keluarga. Seperti mana firman Allah yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepada mu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada Nya kamu menyembah” (Surah al-Baqarah, ayat 172).
11 zikir dan doa semasa memasak
1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
2. Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
3. Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
4. Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
5. Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
6. Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
7. Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
8. Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
9. Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.
10. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
11. Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.