Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa tiada idea untuk nak ajar anak bercakap. Alasannya nanti bila cakap banyak anak tak faham lagi. Jadi cara paling mudah ibu bapa buat adalah dengan tunjukkan buku, sebut ABC, 123, bagi anak mewarna dan tunjukkan gambar-gambar.
Perkongsian dari Patologis Pertuturan, Aishah Kassim sangat membantu dan boleh membuka minda kita sebagai ibu bapa.
Ramai ibu bapa tak sedar cara yang dipraktikkan ini membataskan anak-anak untuk lebih mengembangkan lagi skil komunikasi. Bila ibu bapa hanya melabel sahaja, anak susah nak belajar buat ayat.
Ini kerana jika hanya bergantung kepada nama objek semata-mata, macam mana anak nak belajar buat ayat kan? Jadi kita kena pelbagaikan perkataan yang dicakapkan pada anak.
Macam-macam perkataan ibu bapa boleh guna dan praktikkan pada anak masa bercakap. Contoh seperti gambar di bawah. Jadi masa bercakap dengan anak tu bolehlah sebut jenis perkataan ini.
Masukkan sekali dalam ayat yang kita sebut. Contohnya masa basuh tangan
– buka paip air
– gosok tangan
– picit sabun
– sejuknya air
– letak sabun kat sinki
Apa-apa sahaja ayat yang sesuai masa tu barulah anak akan belajar banyak perkataan dan yang penting pelbagaikan.
Ingat… Kuantiti & kualiti…
Sumber: Aishah Kassim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seronok Bila Si Kecil Suka Membaca. Ini Aktiviti Mudah Bantu Si Kecil Mama Cekap Membaca!
Sukanya ibu dan ayah kalau ada anak-anak yang sedari kecil dah boleh membaca. Sebenarnya kalau nak anak cekap membaca tidak semestinya hanya dengan latihan membaca sahaja.
Menurut Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, Terapis Cara Kerja di Gym Academy, ibu dan ayah perlu membuat latihan bagi cekapkan pergerakan mata. Aktiviti sebegini dapat membantu anak punya fokus mata yang baik sekaligus membantu mereka untuk membaca di awal usia.
Main baling bola merupakan aktiviti yang boleh mama papa praktikkan dengan anak-anak untuk membantu mereka cekap membaca. Ikut perkongsian beliau:
Tahu tak, MAIN BALING BOLA boleh bantu anak CEKAP MEMBACA?
Kita selalu rasa kalau nak bagi anak membaca, latih membaca je lah kan?
Kita ajak anak duduk, ambil buku, minta anak kita mengeja dan baca.
Hmm… Tulah kesilapan kita.
Kita selalu rasa untuk membaca, anak kena dilatih membaca je.
Tapi….
Sedar tak kita kalau anak nak membaca, anak kena ada fokus mata yang cekap?
Ada anak yang selalu ter”skip” perkataan atau baris masa membaca.
Anak-anak ni kita selalu kata mereka cuai.
Tapi, sebenarnya, mungkin mereka kurang latihan untuk cekapkan pergerakan mata tu.
Cekap pergerakan mata ni ada dua :
- Kecekapan anggar jarak
– ni penting untuk anak boleh anggar jarak dari satu huruf ke satu huruf. Anak boleh kenal pasti jarak antara perkataan tu dengan baik.
Barulah anak tak terskip perkataan. Untuk menulis pun penting ni supaya anak boleh tulis dengan kemas.
- Kecekapan anggar masa
– ni penting supaya anak tak baca kelam-kabut.
Mata anak akan boleh nak fokus dari satu huruf ke satu huruf tanpa tergopoh-gapah nak baca huruf atau perkataan seterusnya.
Main BALING-TEPUK-SAMBUT akan bantu latih kedua-dua kecekapan mata ni.
Caranya:
1. Anak baling bola ke atas,
2. Tepuk tangan sekali sementara bola masih di atas,
3. Tangkap/sambut bola dengan baik bila bola turun ke bawah.
Boleh cuba pada anak bermula usia 5 tahun ke atas.
SHARE INFO ni supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya ya
Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susah Hati Anak Suka Makan Makanan Ringan. Kawal Sebelum Jadi Ketagih!
Seorang ibu yang dulunya pencinta makanan ringan berkongsi kenapa semua ibu kena hentikan anak-anak daripada makan makanan ringan.
Puan Nur Amirah berkongsi keburukan makanan ringan kepada semua orang terutamanya kanak-kanak.
Sentiasa ingatkan anak
“Ummi, hari ni dekat school kakak, ada birthday kawan. Kakak termakan satu gula-gula. Maafkan kakak, kakak terlupa,” kata anak sulung saya, Marissa, sebaik saja masuk ke dalam kereta.
Sejak saya berazam untuk mengubah pola pemakanan kami kepada makan yang lebih sihat, saya sentiasa selitkan pesanan untuk anak-anak untuk tidak mengambil apa-apa ‘junk food’ di tadika atau dimana-mana mereka berada.
Junk food atau makanan ringan merupakan makanan yang di proses yang mempunyai kandungan kalori, gula, garam, lemak, dan kolesterol yang tinggi.
Anak-anak zaman kini banyak mengambil makanan ringan seperti kerepek, keropok, kentang goreng, gula-gula, sosej, nuget dan sebagainya bila mereka terasa lapar.
Kebanyakkan makanan ringan atau makanan rapu tersebut tidak memberi sebarang manfaat dan nilai pemakanan.
Makanan ringan atau makanan rapu mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Bila dah habis satu peket keropok contohnya, pemakan akan cenderung untuk menambah lagi makanan tersebut.
Ini disebabkan makanan tersebut tidak membekal tahap tenaga yang diperlukan oleh seseorang. Bayangkan, bila habis satu, kita tambah lagi dan lagi.
Bila kita asyik makan makanan rapu, hal ini akan memberi impak kepada perjalanan oksigen ke otak.
Sebab dalam makanan rapu tersebut terdapat kandungan lemak yang tidak baik. Bila ini terjadi, fungsi otak menjadi lemah. Kalau tidak sekarang, lambat-laun, kita akan merasai kesannya juga nanti.
Selain itu, kandungan kolesterol yang tinggi dalam makanan rapu boleh mengakibatkan pembentukan plak di arteri (pembuluh darah) seterusnya mengganggu jantung untuk mengepam jumlah darah normal dalam badan kita. Kesannya, kita mudah rasa letih dan lelah.
Menurut kajian, kanak-kanak yang yang makan lebih banyak makanan rapu berisiko tinggi untuk mendapat berat badan berlebihan, masalah jantung dan hati.
Mereka juga berkemungkinan besar boleh menghidap penyakit kencing manis kerana terkumpulnya kandungan gula yang tinggi dalam badan pada peringkat awal dek kerana terlalu banyak makan makanan rapu.
Dan tahukah kalian, segala macam makanan rapu ini memang disediakan dalam pelbagai variasi dari segi bentuk, rasa, warna dan ia dijual pada harga yang murah untuk menjadikan anda ketagih, mahukan lagi dan lagi.
Mungkin kesannya pada sesetengah orang tidak drastik, tetapi, ia pasti akan beri kesan yang amat teruk di kemudian hari.
Oleh itu, sebagai ibu bapa marilah kita sama-sama berganding bahu untuk melatih anak-anak kita untuk mengamalkan tabiat makan makanan yang sihat.
Kalau hari ini tak berjaya, esok cuba lagi dan lagi. Jangan mudah berputus asa. Anak-anak kita amanah yang perlu dijaga. Di akhir nanti, akan disoal kepada kita atas apa yang dipertanggungjawabkan.
Pilihlah makanan sebenar atau ‘real food’ dalam pemakanan kita. Makan yang baik, untuk otak, badan dan akhlak yang baik, demi generasi yang lebih baik.
Nur Amirah
Jom Hijrah Makan Sihat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usia 0-6 Tahun Waktu Paling Ideal Ajar Anak Bahasa Inggeris. Anak Mahir Bahasa, IQ Akan Meningkat
Usia enam tahun pertama adalah MASA EMAS atau waktu paling ideal untuk mengajar bahasa kedua anak.
Berdasarkan perkongsian Pengasas Mofazz Readerz, Puan Azlina Nawi, ketika usia ini, otak mereka sangat mudah untuk menerima sehingga proses penyerapan bahasa mampu berlangsung dengan sangat lancar. Tambahan pula daya penyerapan bahasa mereka berfungsi secara automatik.
Menurut pakar bahasa Profesor Fred H. Genesee, semakin awal usia kanak-kanak belajar bahasa asing, semakin mudah untuk mereka kuasai bahasa itu. Kanak-kanak lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya berbanding orang dewasa.
Menurut pakar neurologi Dr Eric H. Lennenberg pula, sebelum anak capai usia baligh, otak kanak-kanak memang mudah dilentur sebab itu mereka mudah belajar bahasa asing.
Ini 25 tips yang boleh kita lakukan untuk anak-anak kita
- Mulakan sejak dalam kandungan
Kalau nak anak mahir dalam English, boleh MULA ajar mereka sejak dalam KANDUNGAN lagi.
Bagaimana?
Berbual dengan baby dalam perut dalam BI, nyanyi lagu –lagu dalam BI, nyanyi lagu nasyid dalam BI. Saya suka menyanyi lagu English kanak-kanak yang terdapat dalam youtube seperti Super Simple Song.. Banyak kompilasi lagu yang mendidik anak-anak berbahasa Inggeris yang mudah. Search je dalam youtube.
- Bila anak dah lahir, teruskan BERBUAL.
Banyakkan berbual/berkomunikasi dengan anak dalam English. Bagaimana caranya? Gunakan teknik One Parent One Language. Camner tu? Maksudnya mak cakap BM penuh, ayah cakap BI penuh. Atau sebaliknya. Tengok sapa yang lebih fasih BI. Bila anak selalu dengar dua bahasa ni dalam hidup seharian, anak akan mahir dalam dua bahasa.
Boleh juga gunakan teknik mengikut hari.
Contoh hari Ahad cakap BM, hari Isnin cakap Bi dan seterusnya.
- Pelbagaikan sumber pengajaran
Sumber pengajaran termasuklah kad imbas bergambar, poster, VCD, CD dll. Sumber pengajaran ini untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk anak-anak belajar.
Kepelbagaian sumber ini sangat berkesan, mudah dan sesuai untuk anak kerana tidak semua anak akan menjalani pendekatan pembelajaran yang sama kerana setiap anak ada perbezaan ‘style learning’ mereka. Samada ‘learning style’ mereka kinestetik, audiotary atau visual.
- Jangan jadikan kita lemah BI sebagai alasan
Walaupun kita tidak fasih dan mahir dalam penguasaan English, jangan jadikan ia alas an untuk tidak dedahkan anak-anak kepada English.
Apa yang kita sebagai ibu bapa perlu buat adalah; belajar semula English untuk anak-anak. Tak perlu sampai betul-betul mahir untuk mengajar anak, kita boleh sentiasa upgrade ilmu kita dengan sentiasa rujuk pada yang pakar, buku-buku dan juga youtube.
Kalau boleh follow mereka yang pakar dalam ilmu dan bidangnya dengan ‘set see first’ fb mereka supaya ilmu mereka yang dikongsi tidak terlepas. Follow rapat-rapat ye.
- Guna kad imbas gambar
Tambah vocab BI anak guna kad imbas gambar. Boleh buat permainan kad imbas yang menarik seperti memory game.
- Jangan malu/segan ajar anak di khalayak ramai.
Tak usah malu/segan jika kita speaking BI dengan anak di luar rumah, pasaraya atau ketika balik kampung. Teruskan berbual seperti biasa. Usah peduli cakap-cakap belakang.
- Bila anak mahir dalam bahasa, IQ akan meningkat.
Ye, IQ akan meningkat kerana anak banyak vocab dan dapat menggunakan vocab tu dengan baik. Mampu berfikir dengan krratif dan kritis.
- Tak faham tanya orang lain yang lebih mahir BI
Kalau kita sebagai ibu bapa tidak faham, jangan segan untuk tanya dengan orang lain.
- Beli buku cerita yang menarik seperti banyak gambar.
Melalui gambar-gambar pun kita boleh berkomunikasi dengan anak.
- Rajin bacakan buku cerita pada anak.
Pupuk sikap suka membaca bahan-bahan bacaan dalam BI. Mintak anak pilih buku kesukaannya. Baca dengan intonasi suara yang menarik. Baca ketika mood anak baik, terutama selepas mandi dan nak tidur.
- Dapatkan sokongan suami/isteri.
Kena ada team effort. Jangan buat sorang-sorang. Boleh juga minta bantuan ibu bapa/ mertua untuk sama-sama bantu
12. Kalau mampu hantar ke tadika English medium. Kalau tak de bajet, boleh ajar sendiri dengan berkesan.
13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minat.
Kalau dia minat Sesame Street belilah VCD Sesame Street. Sekarang ni banyak cerita kanak-kanak yang sudah ada versi BI, contoh upin ipin dan Aqil the story.
- Pilih rancangan-rancangan tv yang sesuai untuk anak-anak anda seperti Sesame Street, Noddy, Bob the Builder dll. Bila anak banyak mendengar perkataan English, mereka akan familiar dan tidak kekok untuk guna perkataan itu.
- Jangan paksa / beri tekanan kepada kanak-kanak yang masih kecil.
Anak kecil ini cepat moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So cari teknik-teknik pengajaran yang tidak membosankan. Jangan ajar lama-lama dan cari masa yang sesuai bila dorang boleh beri lebih tumpuan.
- Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah pastu terangkan pada mereka dan kena rajin ulang-ulang apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka mudah lupa. Banyak poster-poster besar mengikut kategori seperi buah-buahan, kenderaan, badan manusia dll. Rajin-rajinlah gunakan poster itu. Apa yang kita boleh buat, kita mintak anak carikan gambar mengikut apa yang kita sebut. Say and find. Boleh juga kita buat game mix and match. Kalau ada mainan buah-buahan, match dengan gambar poster.
- Kalau betul caranya, kanak-kanak boleh menguasai 5 bahasa serentak
- Jangan risau, anak takkan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil.
Mula-mula je pening, tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.
- Konsisten dalam pengajaran.
Jangan kejap cakap BM dan kejap cakap BI atau campur dalam ayat anda. Jadi rojak!
- Jangan guna bahasa bayi.
Sebut betul-betul dan gunakan ayat dan grammar yang betul.
- Kalau anak sebut tak betul, betulkan sebutan mereka dengan kita mengulang-ulang semula apa yang mereka sebut.
- Belajar balik BI kita.
Kadang-kadang kita rasa dah betul sebutannya rupanya salah/ kurang tepat. Boleh buka kamus yang ada simbol phoneme untuk belajar sebut dengan betul. Sebelum tu kenalah belajar dulu ilmu phoneme grapheme ni( ilmu phonics)
- Guna kamus BI-BI bukan bi- BM.
Yang ni adalah mesti buat. Sebab bila kita tengok meaning dalam BI, secara tak langsung kita dapat tambah vocab baru.
Guna kamus BI-BI ni saya diajar masa kelas tuisyen form 5 dulu.
- Gunakan label
kalau tak ingat perkataan, tampal label di tempat yang sesuai seperti di peti sejuk, almari, pintu etc
- Carilah kaedah yang sesuai untuk membantu anak cepat belajar membaca English.
Contohnya kaedah fonik. Berguru dan belajarlah dengan orang yang mempunyai ilmu dalam bidangnya.
Sumber: Azlina Nawi (Pengasas Mofazz Readerz)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI