Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa tiada idea untuk nak ajar anak bercakap. Alasannya nanti bila cakap banyak anak tak faham lagi. Jadi cara paling mudah ibu bapa buat adalah dengan tunjukkan buku, sebut ABC, 123, bagi anak mewarna dan tunjukkan gambar-gambar.

Perkongsian dari Patologis Pertuturan, Aishah Kassim sangat membantu dan boleh membuka minda kita sebagai ibu bapa.

Ramai ibu bapa tak sedar cara yang dipraktikkan ini membataskan anak-anak untuk lebih mengembangkan lagi skil komunikasi. Bila ibu bapa hanya melabel sahaja, anak susah nak belajar buat ayat.

Ini kerana jika hanya bergantung kepada nama objek semata-mata, macam mana anak nak belajar buat ayat kan? Jadi kita kena pelbagaikan perkataan yang dicakapkan pada anak.

IKLAN

Macam-macam perkataan ibu bapa boleh guna dan praktikkan pada anak masa bercakap. Contoh seperti gambar di bawah. Jadi masa bercakap dengan anak tu bolehlah sebut jenis perkataan ini.

Mudah Sangat Ajar Anak Bercakap. Buat Hari-Hari Tip Ni Baru Nampak Hasilnya!

IKLAN

Masukkan sekali dalam ayat yang kita sebut. Contohnya masa basuh tangan
– buka paip air
– gosok tangan
– picit sabun
– sejuknya air
– letak sabun kat sinki

IKLAN

Apa-apa sahaja ayat yang sesuai masa tu barulah anak akan belajar banyak perkataan dan yang penting pelbagaikan.

Ingat… Kuantiti & kualiti…

Sumber: Aishah Kassim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI