Menjelang sambutan hari raya yang tinggal lagi 17 hari, ada baiknya kita membuat persiapan untuk menyediakan biskut raya buat anak-anak dan keluarga.
Nak buat biskut apa yang mudah dan tak banyak bahan? Apa kata kali ini cuba biskut Bebola Coklat Cheese ini pula. Hanya gunakan biskut manis sebagai bahan utama. Memang mudah.
Assalamualaikum. Jadi la habuan untuk anak-anak makan.
Bebola kek coklet bercheese
Bahan-bahan:
1 peket biskut marie perisa coklat atau asli
250g cheese tatura
Coklat masakan
Kisar halus biskut marie dan gaulkan bersama cheese tatura.
Kalau nak lebih sikit manis, tambahkan je gula icing. Kalau tak nak manis tak perlu letak.
Menarik: Resipi Kuih Sagupal Kegemaran Orang Pantai Timur, Sedap Berlemak, Nak Buat Pun Senang!
Hari Ke-10 Puasa, Khairul Aming Kongsi Resipi Creamy Sagu Mangga, Padu Habis
Resipi Jemput-Jemput Nasi Jejari Ketam Isi Penuh & Lembut, Buat Makan Lepas Terawih!
Bulat-bulatkan.
Double boiler coklat masakan dan golek bebola dalam coklat cair. Kalau nak tabur badam, panggang sekejap. Sejukkan.
Dah siap!
Nota : Lepas celup dalam coklat cair, letak dalam paper cup ye, dan terus masuk peti ais.
Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Kredit: Ieda jahaya