Saban hari kek coklat, kek pisang. kek marble dan beraneka kek lain menjadi pilihan kita untuk hari-hari istimewa. Kek Nestum Viral yang sedang hangat di media sosial ini wajib anda cuba untuk minum petang bersama keluarga. Anak-anak pastinya teruja menanti di depan ketuhar anda hingga masak. Memang sedap rasanya.

Paling menarik, rupanya cara hendak membuatnya amatlah mudah malah tidak menggunakan bahan yang banyak. Resipi asal daripada Lieyaa Homemade yang dikongsikan oleh Narma Che Kub ini boleh tahan hebatnya. Wajib cuba!

Mudah Sangat Buat Kek Nestum Ni, Lembut & Gebu, Bahan Pun Tak Banyak!


Mudah sangat membuatnya. Alhamdulillah, sedap & gebu helok. Tak nak hampakan permintaan en somi, malam-malam pun kita membaking. Nak makan petang-petang katanya. Kandungan gula & susu telah dikurangkan dari sukatan asal.

 

Kek Nestum Viral daripads resepi Lieyaa Homemade‎. Betul-betul sedap. Rasa lemak-lemak dia pada nestum.

Kek Nestum Gebu Viral

IKLAN

Bahan-bahannya:
200g majerin dalam secawan (tengok cawan jugak nak tepat pakai timbang) mak pakai cawan minum kopi je
150g gula perang dalam 1 cawan lebih sket
Sedikit esen vanila
50g nestum original atau 2 peket yang macam gambar tu
3sb susu pekat
160g tepung naik sendiri dalam 1 1/2 cawan
5 biji telur
Kacang pecan atau sukati ko nak letak apa atas dia
Note -Tambahan: 1 sudu ovelete (lagi gebu sis😊)

Mudah Sangat Buat Kek Nestum Ni, Lembut & Gebu, Bahan Pun Tak Banyak!

1. Majerin dengan gula perang mix dulu sampai kembang sebati.

2. Baru masukkan susu pekat 3sb dan mix sebati.

IKLAN

3. Masukkan satu-satu telur total 5 biji ya.

Mudah Sangat Buat Kek Nestum Ni, Lembut & Gebu, Bahan Pun Tak Banyak!

4. Slow kan mixer masukkan tepung tadi, baru masukkan nestum kita tadi tu. Ok setel

5. Lapik loyang pakai baking paper. Tuang adunan dan tabur kacang pecan. Tak nak tabur apa-apa pun boleh, terpulang.

IKLAN

Mudah Sangat Buat Kek Nestum Ni, Lembut & Gebu, Bahan Pun Tak Banyak!

6. Bakar suhu 170-170 masa 45-55 minit api atas bawah. Siap keluar kan dari oven dan terbalikkan pada board. Terbalik kan semula.

Mudah Sangat Buat Kek Nestum Ni, Lembut & Gebu, Bahan Pun Tak Banyak!

7. Dah siap gebu memang sedap memang laku keras kalau buat jualan.

Artikel berkaitan: Kek Pisang Coklat Versi Kukus Lembut & Gebu, Senang Guna Sukatan Cawan!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI