Selain kek, puding juga merupakan sajian yang cukup istimewa di hari raya. Terasa tidak lengkap tanpa kek dan puding yang memenuhi meja makan di pagi raya. Tidak perlukan puding yang sarat dan sukar untuk disediakan, puding lapis tiga lapisan ini antara yang mudah disediakan kerana menggunakan bahan yang mudah di dapati.
Resipi puding cantik yang dikongsikan oleh Iza Fenny ini nampak cukup menarik. Anak-anak pasti teruja. Jadi jom cuba.
PUDING MILO OREO JELITA
BAHAN-BAHAN
1 bungkus agar-agar
8 cawan air @1400ml air
2 cawan gula @ kurangkan kalau tak suka manis
1 tin susu cair
1 cawan serbuk milo + 2 sudu serbuk coklat
1 bungkus Oreo (jangan pisahkan cream)
Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula. Kacau dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih, kacau sampai agar-agar hancur dan gula sebati.
Asingkan 5 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati.
Tuangkan 2 setengah cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar-agar membeku.
Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Masukkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan agar-agar milo. ( ada 3 LAPISAN ya ) Lapisan 1 milo, lapisan 2 oreo + susu (asli), lapisan ke 3 milo balik.
Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais.
TIPS UNTUK MELAPIS
Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya, jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.
Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas di atas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya.
Selamat mencuba.
Resipi wajib cuba: Lemak Wangi Ini Sukatan Tepat Nak Hasilkan Ketupat Daun Pisang Super Sedap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI